Friday, January 27, 2017

Sunway Velocity Mall


Korang dah sampai ke Sunway Velocity Mall ni?  Suki pun baru first time jejak kaki ke sini.  Kalau yang belum tahu mall ni bukan terletak di Sunway ye, ianya terletak di Cheras..berhampiran dengan IKEA Cheras..berpusing-pusing juga mencarinya..sebab GPS kete suki belum update dengan latest mall ni..



Masa mula-mula sampai suki amat tidak berpuas hati..bukan apa..mall ni masih dalam pembinaan rupanya..so jalan sekitar situ agak sempit dan terhimpit dengan lori-lori besar, kren-kren pembinaan di tepi jalan...suki mmg tak suka suasana gitu..selain jem...bahaya pun ye...tu belum dikira dengan habuk2 yang berterbangan lagi tu...pekerja binaan pun kiri kanan ada tengah siapkan keje...


Tapi bila dah masuk dalam...terlupa hiruk pikuk kt luar tu...hihi...suasana mall yang luas dan besar...banyak kedai best-best..tempat makan banyak...tempat solat bersih...not bad ler kan, kalau dibandingkan dengan luaran tadi...kebetulan sekarang dalam mood nak sambut chinese new year..so suki berpeluang ler tgk tarian singa...selain tu masa suki dalam butik adidas ada dua ekor singa buat persembahan kt situ..dan mengusik pengunjung2 adidas..dari jauh suki berani..tp dekat cm seram pun ada..ramai amik kesempatan selfie dengan singa tu...tp suki lari..haha..dalam mall ni selain butik2 persendirian ada juga Parkson, AEON dan Harvey Norman...maksudnya selain shopping2 baju atau kasut boleh ler sekali beli barang keperluan kan..konsep mall ni mcm di Publika iaitu ada mall, ada shop lots dan juga ada condo...kira semua tiga-tiga ni digabungkan serentak dalam satu kawasan..condo dan shop lots masih dalam pembinaan sebab tu ler kawasan luar agak hiruk pikuk dan kelam kabut..once dah siap semua, mungkin smooth ler perjalanan kot..cuma mall ni terletak di kawasan yang kurang luas..masalah jem akan jadi masalah utama nak ke mall ni kelak...pendapat suki ler..



Wednesday, January 25, 2017

NOVA Holistic, Segamat


Hari terakhir Suki di Segamat, kitaorg gerak ke satu kawasan yang dipanggil NOVA Holistic yang terletak di dalam ladang getah...kalau takde orang tempatan yang guide kitaorg, rasanya tak jumpa tempat tu..sebab rasanya waze atau gps kete mmg tak membantu..jauh ke dalam..


NOVA Holistic ni adalah tempat perusahaan madu kelulut...untuk menghasilkan madu yang berkualiti, tempat tersebut mengusahakan juga tanaman herba..so kelulut akan dapat madu dari tanaman-tanaman herba yang dihasilkan di situ..tempat ni baru diusahakan setahun oleh seorang anak muda tempatan tanpa sebarang bantuan kewangan dari kerajaan negeri ataupun persekutuan..hebat kan..


Sebelum ke situ, dan selama ni suki faham kelulut adalah sejenis lebah..hihi..teruk tul suki kan...dan bagus juga join program ni..baru dapat ilmu baru...rupanya kelulut bukan lebih..sejenis haiwan terbang berwarna hitam yang juga menghasilkan madu..di Malaysia sahaja terdapat 86 jenis kelulut kalau tak salah suki, orang tu bagi penerangan...


Di NOVA ni madu dihasilkan dari A to Z ... semua proses di buat di situ..suki berpeluang untuk tengok sarang atau box tempat kelulut2 tu hasilkan madu tu..sarang tempat simpan madu tu dipanggil propolis..juga boleh dimakan dan khasiatnya sama seperti khasiat madu..



Selain menghasilkan madu kelulut untuk diminum..ada juga produk hiliran lain seperti sabun, losyen dan sebagainya..tak sangka kan mcm2 boleh buat rupanya...tp bukan mudah nak hasilkan madu ni..satu box tu dapat sikit je hasilnya..sebab tu ler harga madu asli mahal...so kalau yang dijual murah2 tu bukanlah asli ye kawan2..suki pun banyak dapat info selepas ke ladang herba dan kelulut tersebut...



Tuesday, January 24, 2017

Hotel VIP, Segamat


Sepanjang berada di Segamat, suki menginap di Hotel VIP yang terletak di Jalan Buluh Kasap..di Segamat takde hotel 5 star, sebab diaorg tak perlukan pun semua tu..banyak hotel2 kecil dan hotel budget yang ada di shoplot lain...untuk stand alone hotel hanya ada dua iaitu VIP Hotel dan Villa Hotel tak salah suki...


Walaupun hotel kecik tp suki puas hati..tempat parking luas dan banyak pilihan..tak risau masa nak parking semalaman...berada tak jauh ke dalam...maksudnya kedudukan hotel tu memudahkan kita nak cari tempat makan...tempat lepak..dan nak ke tempat program pun tak jauh..



Condition hotel suki puas hati..bersih..kemas..staf yang friendly..makan pun sedap..ada gym tepi swimming pool lagi you..so apalagi...guna ler semua kemudahan yang ada kan..

Thank you VIP Hotel for your kind hospitality! Definitely will choose you again.




Monday, January 23, 2017

Pengalaman Pertama Ke Segamat

{Papan Tanda Segamat}

Permulaan tahun 2017 suki ke luar daerah ataupun out-station adalah ke daerah Segamat, Johor..ini atas program universiti juga...bila dapat tahu kena gi tempat yang tak pernah pergi mesti excited...ye ler boleh kenal tempat orang kan..

Suki terpaksa tanya beberapa orang kawan untuk dapat kepastian exit apa harus diambil untuk ke Segamat..suki google memang takde jawapan..masuk website Plus Highway takde exit Segamat..apa lagi gelabah ler suki...dalam dua hari sebelum bertolak abis kawan2 orang Johor suki tanya..tak semua ye orang Johor tahu.hihi..sebab kalau dia orang JB..dia tahu area situ je..ni plak Segamat...

{Antara kedai best di Segamat}

Akhirnya sebelum bertolak, suki dapat ler jawapannya..iaitu exit Tangkak..kalau search dalam Plus website mmg takde exit Segamat..tp kalau kita driving..exit Tangkak tu memang tertulis, Tangkak-Segamat-Muar...maksudnya tiga-tiga tempat tu guna exit yang sama..

Rupa-rupanya sekejap je KL - Tangkak...tak sampai 3 jam pun...punya ler happy, tak sabar nak check in hotel kan..sekali baru ku tahu..exit Tangkak memang ler kejap je..rupanya nak ke Segamat tu agak jauh ke dalam...kita kena lalu banyak ladang kelapa sawit..lalu ladang takpe..yang tak tahan sebab double lane dan terpaksa follow lori yang bawak mcm siput tu huhu...teringat peristiwa memandu di Gua Musang..tp jalan Segamat ok lagi ler...

{Tempat program universiti}

Setelah melepasi dua tiga ladang sawit dan double lane dan follow lori..akhirnya jumpa ler town Segamat...wah meriah town ni...seolah macam diaorg yang tinggal Segamat ni dipisahkan dari bandar-bandar lain tetapi diaorg tetap maju sebagai satu daerah...selalunya if kita ke tempat yang jauh ke dalam ni..contohnya trolak or sungkai (ikut pengalaman suki)..kita akan jumpa satu pekan cowboy yang masih belum maju dan jauh ketinggalan...tp amat berbeza dengan Segamat..daerahnya amat jauh ke dalam..di kelilingi ladang sawit..tetapi pekannya amat jauh ke hadapan..unik kan..

So tak boring ler sepanjang 3 hari 2 malam suki berada di Segamat...banyak tempat makan dan lepak..dan lagi satu..baru suki tahu yang kedai kain JAKEL tu berasal dari Segamat..owner nya anak Segamat..dan kedai asal masih ada...jangan terkejut sebab kedai asal tu masih mengekalkan keadaan asalnya..takde ler mewah dan besar macam di KL tu...amat sesuai untuk diaorg mengimbau kenangan sejarah penubuhan syarikat diaorg...

Friday, January 20, 2017

'NCIS: Los Angeles' actor Miguel Ferrer dead at 61



(CNN)Miguel Ferrer, a familiar face on the big and small screens, died Thursday following a battle with throat cancer, according to a statement from his current employer CBS. He was 61.

Ferrer, who appeared on CBS's "NCIS: Los Angeles" for seven seasons, was the son of Academy Award and Tony winner José Ferrer and singer Rosemary Clooney.

"Actor Miguel Ferrer passed away peacefully in his home this morning after losing his battle to cancer," CBS said in a statement. "He was surrounded by close family and friends, including his wife Lori, sons Lukas and Rafi, and his brothers and sisters."

Ferrer was also the cousin of actor George Clooney.

Source : CNN

Jawapan Kepada Isu Viral Tepung Gandum


Sebelum ni kecoh isu ni kan...tp suki rasa lega ler juga sebab memang pakai brand Faiza pun..tp dulu2 sebelum faiza pakai Cap Sauh juga..itu yang glemer kan...sejak ada Faiza baru tukar..ok di bawah ni jawapan yang sah dari Kemeterian Kesihatan Malaysia..jangan risau2 ye...


Senang citer..selalunya produk yang dah lama bertapak di pasaran ni memang dah ikut banyak prosedur yang ditetapkan..yang patut kita risau adalah produk-produk murah yang tak pernah nampak jenama tu..dijual pula di kedai2 yang tak sepatutnya...barang makan harap kita jaga ler ye..jangan nak bantai murah je..badan nak pakai lama tau...if barang bukan makanan boleh ler cari yang murah2..

Wednesday, January 18, 2017

Hari ke 18 di tahun baru


Setelah melalui 18 hari di tahun 2017 baru suki berpeluang nak update entry pertama..so busy...busy dgn pelbagai urusan...target nak ada byk entry walaupun busy, harap dapat ler target tu...walaupun tujuan suki blogging just untuk dapat kawan-kawan alam maya tanpa mendapat sebarang imbuhan wang ringgit mcm dulu2..tak tahu sebab apa suki dah takleh masuk website nuffnang dan nak collect pendapatan suki...tahun lepas langsung takleh cash out...adakah syarikat tu dah bankrup...

Takpe,, walaupun blogging for free tp suki happy..sebab ada kawan-kawan di sini...selain dapat berkongsi citer di sini..dan dapat juga membaca kisah-kisah kawan blogger yang lain...terima kasih pada korang yang tak jemu melawat blog suki walaupun kadang-kadang bersawang je...insyaAllah suki akan lebih rajin update lepas ni...

Happy New Year 2017