Tuesday, January 15, 2013

Yuna Minta Maaf



KUALA LUMPUR 15 Jan. - “Kak Uji, secara peribadi Yuna mohon maaf sangat-sangat atas apa yang telah berlaku," demikian antara dialog penyanyi Yunalis Zarai yang sanggup menelefon sendiri penyanyi kesayangannya, Uji Rashid baru-baru ini.

Penyanyi wanita yang sedang merakamkan album dengan komposer popular antarabangsa, David Foster itu membuat panggilan telefon dari Amerika Syarikat sekitar pukul 1 pagi, Sabtu lalu.

Yuna berbuat demikian semata-mata untuk meminta maaf atas insiden Uji Rashid disingkirkan daripada menyanyikan lagu ciptaannya, Terukir Di Bintang sempena Anugerah Juara Lagu Ke-27 minggu lepas.
“Yuna menelefon sendiri Uji Rashid untuk memohon maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.

“Yuna juga melahirkan rasa sedihnya kerana Uji telah diperlakukan sebegitu oleh pihak penganjur tanpa pengetahuannya.
“Ketika perbualan itu juga, Yuna menafikan sama sekali dia telah membuat keputusan untuk menggantikan Uji dengan penyanyi lain," beritahu pengurus Uji Rashid, Mas Anizah kepada Utusan Malaysia.

Sumber : Utusan Online


2 comments:

  1. Bukan salah yuna...tapi aizat did a great job! mungkin bukan rezeki uji nak perform..! TV3 sangat tak profesional!

    ReplyDelete
  2. pening baca berita..kejap org tu salah..kejap org ni salah..heheeh..sape pun taknak mengaku esp TV3

    ReplyDelete