Entry seterusnya berkenaan ibadah umrah yang suki laksanakan baru-baru ini adalah lawatan ke Madinah Al-Munawwarah..jarak perjalanan dari Mekah ke Madinah adalah lebih kurang 5 jam..suki bertolak jam 2 petang dan sampai lebih kurang hampir ke jam 8 malam..suhu juga amat berbeza antara Mekah dan Madinah..di Mekah suhunya adalah 31 darjah celcius manakala di Madinah suhunya 19 darjah celcius..sejuk dan berangin..masa di sini suki dapat lihat ramai jemaah yang dah berusia mula kurang sihat...kebanyakkan batuk dan selsema..
Keindahan Masjid Nabawi memang tak dapat disangkal..cantik, canggih dan mewah ukirannya...paling menakjubkan adalah payung di kawasan dataran masjid..yang mula dibuka masa solat subuh dan kembali ditutup masa solat maghrib..suki sempat juga melihat proses payung tu dibuka..mmg tinggi teknologi payung ni..sebabnya masa ditutup pun cantik..masa dibuka pun cantik..semua dibuka secara automatik dan payung seperti ni juga akan dibina di Masjidilharam..moga berpeluang ke sana lagi...
|
Pintu masjid, jemaah dah mula solat didepan pintu sebab dalam masjid dah penuh |
Perbezaan ketara Masjid Nabawi dan Masjidilharam adalah pintu-pintu masjid untuk bahagian lelaki dan perempuan diasingkan..di Masjidilharam semua pintu lelaki dan perempuan boleh guna sama2 tp di Masjid Nabawi diasingkan..tempat mustajab berdoa di Masjid Nabawi adalah di raudah yang disifatkan taman syurga oleh Rasullulah S.A.W. selain berdoa jemaah juga digalakkan melaksanakan solat sunat di situ..bagi kaum wanita ada waktu-waktu tertentu untuk masuk ke raudah dan disebabkan itu berlaku kesesakan untuk ke sana..tp tak perlu risau sebab setiap orang berpeluang untuk masuk..
Di Madinah, hotel-hotel penginapan terletak bersebelah pagar masjid..maka keliling Masjid Nabawi adalah hotel-hotel dan tiada masalah untuk berjalan jauh ke Masjid seperti di Mekah..Madinah juga dipenuhi dengan kedai-kedai jualan di sekeliling masjid selain yang dijual dijalanan setiap kali abis waktu solat..jangan risau untuk berkomunikasi sebabnya di sana peniaga memang fasih berbahasa melayu..hebat betul penangan shopping orang kita hihi
|
Sabar menunggu giliran untuk masuk ke raudah |
|
Dihadapan pintu untuk ke raudah..dah nampak kubah hijau..waktu ni perasaan sayu sangat |
|
Kedai kurma di Ladang Kurma |
Di Madinah juga para jemaah dibawa menziarah Masjid Quba dan Masjid Qiblatain selain ke Ladang Kurma dan Pasar Kurma untuk melontar bak kata ustaz kitaorang..hihi..melontar duit untuk shopping kurma..suki yang tak gemar kurma selama ni dah mula suka sebab kurma nabi atau kurma ajwa di sana amatlah sedap..dan sampai sekarang suki makan hari-hari..mcm supplement pulak dah hihi..
|
Pasar Kurma yang terletak bersebelah Masjid Nabawi |
|
Peniaga jalanan..setiap kali lepas waktu solat diaorg berniaga untuk satu tempoh dan kemudian perlu beredar |
bestnyeeee >,<
ReplyDeletenak ke sana lagi yaya..dah rindu mekah n madinah
Delete