Friday, March 18, 2016

Hotel Al-Shohada, Mekah Al-Mukarramah


Semasa di Mekah, suki menginap di Hotel Al-Shohada kira-kira 200m perjalanan ke Masjidilharam..laluan suki betul2 di sebelah Safwa Tower yang menjadi tempat tumpuan jemaah untuk membeli belah dan menjamu selera..makanya perjalanan pegi dan balik masjid dipenuhi permandangan indah barang-barang jualan di Mekah..dan standard barang jualan di sana adalah sejadah, wangian tanpa alkohol, jubah lelaki dan wanita, kemenyan untuk wangian rumah, tasbih dan pelbagai barangan cenderamata lagi..



Boleh dikatakan setiap hotel di Mekah memang dipenuhi dengan kedai jualan barangan cenderamata dan keperluan harian...termasuk ler Hotel Al-Shohada ni..kiri dan kanan pintu masuk hotel dipenuhi dengan kedai jualan...jadi tak perlu risau jika ada barang keperluan yang hendak dicari..semua ada di kiri kanan hotel..di Mekah kehilangan sejadah dan selipar adalah perkara biasa..maka kalau nampak yang jalan berkaki ayam masuk kedai tu faham ler..beliau kehilangan selipar dan sedang mencari selipar baru hihii...sejadah pula..suki dan ramai orang lain hanya pegang di tangan..jadi bila berasak-asak keluar masjid maka senang sangat sejadah tu utk tercicir..nak cari balik mmg tak jumpa le..jadinya beli je yang baru..suki nasihatkan sesape yang nak pegi beli je sejadah nipis yang boleh lipat dan letak dalam beg supaya tak mudah hilang..tp kalau hilang takde masalah..banyak lg sejadah di kedai..hihi


Berbalik pada Hotel Al-Shohada ni, dari luaran nampak macam hotel biasa-biasa je..maklum ler kalau nak dibanding di KL..hotel semua gah-gah kan..tp jangan terkejut..bila masuk je dalam hotel ni..wah cantiknya decoration..mewah sangat..bilik pun cantik..dan view dari bilik suki adalah clock tower yang menjadi landmark masjidilharam...yang bestnya hotel2 di mekah..setiap washroom mesti disediakan tempat mengambil wuduk..moga hotel2 di Malaysia boleh sediakan tempat mengambil wuduk di washroom especially di lobby..






4 comments:

  1. teringin ke sana juga..doakan saya suki

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga Allah makbulkan impian sedara..niat yang baik ni pun dah dapat pahala

      Delete
  2. cantik hotelnya
    dapat pergi mekah rupanya
    alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sop..plan dari tahun lepas, rezeki tahun ni

      Delete