Wah lamanya suki tak menulis..antara salah satu puncanya adalah suki pergi menunaikan umrah selama hampir 2 minggu..selepas balik dari umrah kesihatan kurang baik..kemudian mood untuk memulakan rutin harian tu mmg lmbt nak start..termasuk mood nak start study balik hihi..
Suki dah plan nak buat umrah dari hujung tahun lepas lagi..tapi macam biasa asyik bertangguh2..akhirnya tahun ni juga yang pegi..lepas ni kalau dah terpikir nak pegi tu booking je terus jangan bertangguh...suki guna khidmat TH Travel and Services iaitu anak syarikat Tabung Haji...
|
Dataran di Masjidilharam |
|
Salah satu pintu masuk ke Masjdilharam |
Suki bertolak pada 21Feb dan balik pada 3 Mac 2016..baru suki paham perasaan orang yang dah ke sana sebelum ni samada mengerjakan haji ataupun umrah..kebanyakkan mesti akan berharap dan berdoa akan dapat ke sana lagi..dan sekarang suki dah dapat rasa perasaan tu...dalam seminggu pertama suki balik ke tanahair perasaan rindu berada di sana dah kembali..ye ler..di sana setiap detik, setiap masa kita gunakkan untuk beribadat, berbuat amal kebajikan..takde sikit pun rasa nak bermalas-malasan di sana..perasaan sayu masa berdoa dan masa mengadap kaabah tak dapat digambarkan..
|
Suasana depan kaabah selepas solat Subuh |
|
Kawasan saei bukit Safa ke bukit Marwah |
Di Mekah, sejam sebelum waktu solat dah kira lambat ler..nak dapat tempat solat depan kaabah mmg dah penuh..pintu2 utama pun dah tutup..kena solat dalam kawasan yang tak nampak kaabah..sebab tu waktu solat amat dijaga di sana..semua berlumba2 nak solat depan kaabah..di sana solat jumaat semua org buat..jadi ni first time untuk suki solat jumaat dan dengar khutbah..alhamdulillah dapat tempat yang mengadap kaabah..seawal 9.30pagi orang dah mula ambil tempat masing2 untuk solat 12.30tghari tu..seronok suasana sana..berlumba2 untuk beribadat...setiap hari ada je orang yang bersedekah kurma, gula-gula, air panas dan pelbagai makanan lagi sementara menunggu waktu solat...
|
Lampur hijau di tempat saie menandakan tempat untuk jemaah lelaki sunat berlari2 anak |
Dari segi ibadah umrah pula..selalunya niat dibuat selepas subuh...dan balik dari tempat berniat..suki akan terus tunaikan rukun umrah iaitu tawaf, saei dan tahalul supaya selesai sebelum solat zohor..selalunya mmg selesai sebelum zohor..terus tunggu zohor sebelum balik ke hotel..dalam banyak2 solat..solat asar hingga isyak mmg semua org tak balik hotel..semua ada di tempat masing2 di masjid..dan adakalanya suki akan buat tawaf sunat sementara menunggu waktu solat..indah sungguh beribadat di sana..
|
Tempat solat mengadap Kaabah sama level dengan Kaabah..best time subuh dan maghrib dpt tgk perbezaan langit |
|
Tempat solat yang bertutup dan tak nmpak kaabah |
|
Air zam zam di dalam masjidilharam..ada sejuk ada tak sejuk |
|
Pekerja masjidilharam yang amat cekap membersihkan kawasan setiap masa |
Moga ibadat suki disana diterima Allah dan mendapat umrah yang mabrur. Amin