{gambar takde kaitan}
1. Jangan berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle' (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.
2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. Minum 8 gelas sehari. Air mengurangkan selera makan secara semulajadi.
4. Elakkan minum minuman bergas.
5. Kurangkan pengambilan garam. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda kurang menangkung air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.
6. Ambil sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
7. Makanlah dengan perlahan-lahan. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.
8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil. Kerana makanan lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang kecil dari makan hanya sekali tetapi kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda dan kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
No comments:
Post a Comment