Wednesday, November 26, 2014

Legoland


Selepas seharian di JPO, keesokannya harinya suki and family konvoi ke Legoland pula..semua org dah sampai..suki and family baru first time pegi..kesian tak..hihi..memandangkan kitaorg dah beli tiket online dengan harga rm112 untuk dewasa..so kitaorg tak perlu ke kaunter untuk beli tiket..sebenarnya beli tiket di kaunter lagi murah..sbbnya rm120 untuk dewasa termasuk rm10 voucher makanan..tp kitaorg yang beli online tak dapat voucher..so terpaksa guna duit sendiri untuk makan dlm tu..emm agak mahal ye makanan dlm tu..dan juga tak banyak pilihan..jenis makan sekadar lapik perut je ler...

Permainan untuk kanak2 sahaja dan untuk org dewasa bersama kanak2 boleh dikatakan sama banyak..takde ler org kata Legoland ni untuk kanak2 je...so main permainan dalam tu dpt ler kembali ke zaman kanak2...menjerit juga ler..gayat rupanya daku..hahahah...release tension sekejap..kitaorg mula masuk seawal 10 pagi dan keluar balik jam 5 petang..don't worry dalam tu ada semua kemudahan termasuk surau..sepanjang 7 jam dalam Legoland tu sempat ler 3 kali hujan dan berhenti hujan..nasib baik banyak tempat berteduh..kebetulan masa hujan kitaorg masuk dalam panggung 4D..dan Star Wars..ada juga time hujan berhenti makan di cafe2 yang ada dlm tu..kalau boleh bawa bagpack sorang satu ye..supaya banyak benda ler bwk masuk dlm tu..hihi..dah mcm nak hiking lak ye..

Paling digemari adalah MiniLand dalam tu...banyak tempat2 menarik dalam Malaysia dan negara berhampiran dijadikan miniature...cute sangat..lego2 bergerak pula tu..itu lg menambahkan tarikan..

Cuma terkilan dengan souvenir ler..supaya dlm bentuk patung lego je..kanak2 suka ler..kalau dewasa cam suki ni..kalau boleh nak fridge magnet or key chain yang tertulis Legoland Malaysia tp hampa..takde pun..terpaksa ler beli lego2 patung superman dan star wars tu..satu key chain tu rm20 hokey..mak aiii takleh diskaun ke..

Itu ler sekadar coretan suki sepanjang ke Legoland..happy sebab dapat spent time dengan family dan bergembira dalam tu..terima kasih pada semua staf Legoland yang amat friendly..





7 comments: