Tuesday, November 4, 2014

Kompleks Yayasan Al-Bukhari


Baru-baru ni suki berpeluang singgah ke kompleks ni..mmg cantik struktur binaannya..nmpk mewah dan menarik..sayangnya belum banyak kedai dlm kompleks tu..suki tak tahu apa punca takde yg meniaga dalam tu..sepatutnya kalau ada bangunan secantik itu..banyak ler pilihan kedai yang best dan menarik dlm tu kan..ini lebih pada kiosk baju2 yg biasa kita jumpa di uptown..kalau diberi pilihan .. dlm tu suki nak ada satu level penuh dengan restoran yang pelbagai bangsa boleh makan dan minum..ada level yang menjual pelbagai cenderamata atau souvenir hasil tangan penduduk tempatan..ada level yang sediakan kemudahan perbankan atau pej pos atau courier service..semoga pada masa akan datang kompleks al-bukhary akan meriah setanding dengan rekabentuknya yg cantik...

Sedikit sedutan berkenaan kompleks ini yg suki copy dari blog Memory Kedah

Kompleks Yayasan Al-Bukhari

Kompleks Yayasan Al-Bukhari merupakan mercu tanda yang terbaru dapat dilihat di daerah Kota Setar. Kompleks ini telah di bina di atas tapak seluas 11.6 hektar dilengkapi 2 komponen utama iaitu dataran yang menempatkan kemudahan seperti bilik kuliah, perpustakaan, masjid dan sebagainya.

Keindahan kompleks ini lebih terserlah pada waktu malam apabila dilimpahi lampu limpah. Keunikan kompleks ini dapat dilihat melalui kubah yang berwarna kebiru-biruan yang lebih mirip seperti kubah yang terdapat di Timur Tengah.




4 comments: