Thursday, May 22, 2014

Elakkan 7 Perkara Selepas Makan


Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin anda selalu lakukan sebaik sahaja selepas makan. Tahukah anda perkara tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh badan anda? Baca setiap perkara di bawah dengan lebih lanjut.


Jangan merokok

Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanseer paru-paru


Jangan makan buah

Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan.


Jangan minum teh

Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.


Jangan longgarkan tali pinggang anda

Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.


Jangan mandi

Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah


Jangan banyak berjalan

Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.


Jangan tidur

Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.

Sumber : Mingguan Wanita

3 comments:

  1. semua tu mmg btul..yaya tau..
    tp lau bab teh tu....umm cmne lau teh ubt? yang utk lawaskan pembuangan..
    dia kate seeloknya minum pas mkn..heeee..konfius dah ni.. ^,^

    ReplyDelete