Monday, March 3, 2014

TONG AIR MAHAL 300%


Peniaga yang mengeksploitasi harga bekas menyimpan air ketika berlaku catuan bekalan terutama di Lembah Klang bakal berdepan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun maksimum RM20,000 selain dipenjara dua tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti baldi, besen dan tong air sehingga 300 peratus.

Menurutnya, kementerian menerima rungutan daripada orang ramai di seluruh negara mengatakan ramai peniaga mengambil kesempatan menjual barangan digunakan untuk menadah dan menyimpan bekalan air itu dengan harga melambung tinggi berbanding harga biasa.

“Dalam seminggu dua ini, kita menerima banyak aduan dari seluruh negara terutama di Lembah Klang mengatakan terdapat peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga dengan melampau berikutan permintaan tinggi terhadap baldi, besen dan tong untuk menyimpan bekalan air di rumah.

“Tindakan mereka sangat keterlaluan apabila mengambil kesempatan ketika orang ramai berdepan krisis catuan air.

notakaki: Semoga musim panas akan berakhir

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment