Friday, March 14, 2014

Cuaca panas melampau bawa penyakit


Cuaca panas melampau ini mendatangkan suasana tidak selesa dalam masyarakat negara ini. Lebih buruk lagi apabila beberapa kawasan sudah dikenal pasti akan dilanda kemarau sekiranya paras air di beberapa empangan tidak kembali ke paras normal.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 30 juta rakyat Malaysia kini terdedah dengan bahaya serangan strok haba yang boleh membawa maut berpunca daripada cuaca panas dan kering yang berterusan hampir sebulan lalu.

Beliau menjelaskan, antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi pantas.

Suhu tinggi mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian

Apabila berdepan dengan musim panas yang melampau seperti sekarang, golongan yang berisiko digalakkan berada di dalam rumah atau bangunan, lebih baik dengan kemudahan alat pendingin hawa.

Hadkan aktiviti luar semasa awal pagi dan lewat petang sahaja kerana ia kurang merbahaya dan kurang panas serta berehat dengan kerap sekiranya terdedah kepada pancaran matahari.

Lakukan langkah pencegahan seperti memakai topi atau payung yang besar dan pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang serta longgar.

Jangan lupa memakai krim pelindung matahari yang mempunyai SPF 15 atau lebih 30 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari untuk mengelakkan sinaran UVA dan UVB dan gunakan secara berterusan.

Sentiasa mengamalkan konsep pusingan kerja dan rehat seperti yang dicadangkan terutama mereka yang bekerja di bawah terik matahari.

Berita penuh : http://www.utusan.com.my/

2 comments:

  1. hakak guna olay punya prodak mengandungi 24 SPF dari dulu hingga sekarang:)

    ReplyDelete