Friday, November 1, 2013

Halloween



Kuala Lumpur: Individu beragama Islam yang menyambut perayaan Halloween seperti amalan masyarakat barat menunjukkan aktiviti yang menyimpang daripada akidah.

Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sharul Nizam Abu Bakar berkata, sambutan yang merujuk pada amalan agama Kristian itu boleh mengundang persepsi negatif dan aktiviti tidak sihat jika masyarakat Islam turut serta. 

“Dalam al-Quran ada menyebut, jika kita meniru perbuatan atau amalan kaum tertentu, kita boleh terjerumus dalam kalangan mereka. Secara jelas, amalan sambutan Halloween ini tidak mengikut syarak langsung,” katanya. 

Menurutnya, tidak sepatutnya masyarakat Islam terpedaya untuk bersama menyambut perayaan berkenaan. Malah, apa yang dibimbangkan ia boleh menggalakkan aktiviti lain seperti pesta minuman keras dan seks bebas.

Sumber : Harian Metro

4 comments:

  1. mengada-ngada betul yang sibuk nak sambut halloween tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya diaorg ni tak sedar yg org barat secara halus mempengaruhi diaorg

      Delete
  2. xfaham kenapa perlu smbut... =_="

    ReplyDelete