Thursday, November 28, 2013

Jemput Minum



Best betul minum kopi2 yg diaorg suka decorate ni....gambar di atas masa minum petang di Citrus, Bangsar Village last sunday..cantik je diaorg decor..aritu tgk rancangan Sembang Teh Tarik di TV, baru tahu cara2 diaorg buat tu cmnr..mmg perlu skill juga..kalau tangan terketar2 tak jadi kot..hahah..sape2 tahu kedai kopi yg decor kopi cantik2 ni bgtahu ye..nak gi jugak...hehehe..

Green Tea


Benefits of Green Tea

Weight Loss. Green tea increases the metabolism. The polyphenol found in green tea works to intensify levels of fat oxidation and the rate at which your body turns food into calories.

Diabetes. Green tea apparently helps regulate glucose levels slowing the rise of blood sugar after eating. This can prevent high insulin spikes and resulting fat storage.

Heart Disease. Scientists think, green tea works on the lining of blood vessels, helping keep them stay relaxed and better able to withstand changes in blood pressure. It may also protect against the formation of clots, which are the primary cause of heart attacks.

Esophageal Cancer. It can reduce the risk of esophageal cancer, but it is also widely thought to kill cancer cells in general without damaging the healthy tissue around them.

Cholesterol. Green tea reduces bad cholesterol in the blood and improves the ratio of good cholesterol to bad cholesterol.

Alzheimer’s and Parkinson’s. It is said to delay the deterioration caused by Alzheimer’s and Parkinson’s. Studies carried out on mice showed that green tea protected brain cells from dying and restored damaged brain cells.

Tooth Decay. Studies suggests that the chemical antioxidant “catechin” in tea can destroy bacteria and viruses that cause throat infections, dental caries and other dental conditions

Blood Pressure. Regular consumption of green tea is thought to reduce the risk of high blood pressure.

Depression. Theanine is an amino acid naturally found in tea leaves. It is this substance that is thought to provide a relaxing and tranquilizing effect and be a great benefit to tea drinkers.

Anti-viral and Anti-bacterial. Tea catechins are strong antibacterial and antiviral agents which make them effective for treating everything from influenza to cancer. In some studies green tea has been shown to inhibit the spread of many diseases.

Skincare. Green tea can apparently also help with wrinkles and the signs of aging, This is because of their antioxidant and anti-inflammatory activities. Both animal and human studies have demonstrated that green tea applied topically can reduce sun damage.

Tuesday, November 26, 2013

Today's Quote



It’s not the years in your life that count. It’s the life in your years. 
–Abraham Lincoln

Friday, November 22, 2013

Be Careful


"Whoever slanders to you about others, 
will slander about you. 
And whoever reports to you, 
will soon report about you."

- Imam Ash-Shafi'ee


Kriteria Orang Yang Bersyukur


Antara kriteria org yg bersyukur: 

Hati yang benar2 syukur kpd Allah SWT
Patuh perintah Allah
Syg Nabi SAW dgn amalkan sunnah
Sentiasa berterima kasih kpd sesama manusia
Sentiasa maafkan org lain
Sentiasa doakan org lain
Sentiasa bantu org tanpa berkira
Lakukan setiap perkara dgn terbaik
Satukan hati & serasikan RUH dgn org lain
Elak buat maksiat
Buang sifat mazmumah 
Bantu org lain untuk sama2 bersyukur
Ingat mati & bersedia utk mati dgn menjaga ibadah 
Bentuk sifat Qanaah
Bentuk sifat ehsan
Syukur bila berjaya, sabar bila diuji
Sentiasa tawakkal

Sumber : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah FB Page

Thursday, November 21, 2013

Love What You Do





Kadar baru cukai pintu - DBKL

 

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan penentuan kadar baru cukai pintu bagi 2014 akan mengikut kemampuan pemilik hartanah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kadar baru itu tertakluk kepada pertimbangan, alasan dan fakta yang diberikan pemilik hartanah merangkumi ekonomi, beban kehidupan dan faktor persekitaran mereka. 

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kadar menerusi Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian Hartanah hanyalah anggaran dan jika tidak berpuas hati, pemilik hartanah boleh mengemukakan bantahan secara bertulis sebelum 17 Disember ini. 

“Kemudian DBKL akan mengadakan perjumpaan dengan pemilik terbabit dan bersedia mendengar sebarang alasan berkaitan.

“Sewaktu perjumpaan itu, pemilik hartanah perlu mengemukakan bukti mengapa mereka tidak boleh dikenakan cukai tersebut seperti beban ekonomi dan sebagainya.

“Seramai 53 panel yang terdiri daripada wakil DBKL dan swasta akan turut sama dalam perjumpaan itu bagi membolehkan penentuan kadar cukai pintu yang berpatutan dikenakan,” katanya dalam sidang media, di sini semalam. 

Ahmad Phesal turut meminta orang ramai bersikap telus dan tidak melakukan penipuan ketika sesi bantahan tersebut.
Sumber : Harian Metro

notakaki : aduhh la...semua benda nak naik..jadi miskin bandar ler gini :(


Tuesday, November 19, 2013

~ Nothing ~



Selesai Chapter 2


Alhamdulillah selesai sudah chapter 2 dlm hidup suki..apa itu chapter 2..mcm tulis novel lak kan..chapter 1 - degree dan chapter 2 - master...sabtu lepas berlangsung ler majlis konvokesyen yg kedua dlm hidup suki...amat gembira sbb dpt meraikannya bersama family tersayang dan juga rakan2 seperjuangan..sekejap je masa berlalu..rasa mcm baru je kenal diaorg..tup2 dah konvo dah....so skrg amat2 berharap agar suki dpt meneruskan lagi perjalanan ke chapter 3..doakan suki dpt melaksanakan impian tersebut ye...Amin


"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."


Friday, November 15, 2013

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.

Sumber : e-hadith

Galakkan Mencari Rezeki Yang Halal



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.

Sumber : e-hadith

Thursday, November 14, 2013

Don't Wait



Pelihara Kata-kata Mu


Jangan berbicara tentang anak di hadapan orang yang tidak punya anak,
Usahlah bercerita tentang rumah dan kereta di hadapan orang yang tidak memilikinya,
Elaklah dari berkata tentang hebatnya kerjaya di hadapan seorang surirumahtangga,
Hidup di dunia bukan sekadar hubungan Allah dan manusia perlu di jaga,
tetapi juga hubungan kita sesama manusia
Semoga dipermudahkan untuk kita semua,
InsyaAllah

Sumber : FB

Tuesday, November 12, 2013

Motivation Quote


Latihan Pertahanan Diri

Kuala Lumpur: “Mungkin sudah masanya mereka juga menerima latihan mempertahankan diri dan mengguna senjata api,” kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
Beliau berkata demikian mengulas kejadian menimpa Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Rafli Abdul Malek yang maut ditembak dari jarak dekat oleh tiga lelaki di rumahnya di Indera Mahkota Kuantan, kelmarin. 
Menurut Nik Ahmad, mengambil kira faktor persekitaran negara yang semakin mencabar, bidang tugas penguat kuasa agama bukan lagi menumpu kepada kes ringan seperti khalwat, sebaliknya ajaran sesat dan pelbagai perkara lain yang berisiko tinggi. 

“Dengan cabaran ini mereka perlukan perlindungan sewajarnya, mereka perlu diberi senjata api selain skim insurans ketika bertugas. Kalau tak diberi insurans pun sekurang-kurangnya mereka perlu mendapat bayaran khas sekiranya berlaku kecelakaan." katanya.

Sumber : Harian Metro


Monday, November 11, 2013

Orang Yang Tahu ..


Petikan Buku Refleksi Diri, Prof Dr. Muhaya:


"Orang yang tahu tak banyak bercakap 
dan 
orang yang ada tak akan menunjukkan apa apa. 

Sama2 kita renungkan diri kita"

Ahmad Busu Meninggal



Klang: Pelakon dan pelawak veteran Ahmad Busu, 60, yang lebih dikenali dengan watak Mat Deris dalam sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia akibat strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal malam tadi.

Beliau yang menghidap diabetes sejak 20 tahun lalu, sebelum ini dilaporkan terkena serangan strok dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum dirawat di HTAR hingga menghembuskan nafas terakhir jam 8 malam tadi.

Sumber : Harian Metro

Happy Monday :)



Busy Bee


Aduhh konon2 busy ler sangat kan..nak update blog hari2 pun tak dpt..nak blogwalking ke blog kawn2 pun tak sempat..ini semua nak rushing dua tiga keje dlm satu masa..dan antara yg menambahkan busy adalah tarikh konvo pun dah dekat..robe dah collect last saturday..tinggal nak naik pentas je this coming saturday..happy tp berdebar pun ye jugak..heheh...

Thursday, November 7, 2013

Santan kelapa dan kolestrol




Ironinya ada kajian sains mendapati masyarakat yang mengambil santan selalu dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol rendah juga.
Di antara kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan Asia Pasifik pada tahun 2011, yang dijalankan di Filipina mendapati pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dalam kalangan wanita pramenopaus meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol jahat jenis LDL dan Trigliserida. Oleh itu, ia mempunyai faedah kesihatan yang baik menurunkan risiko sakit jantung.
Lebih menarik lagi, data dari Filipina yang dilaporkan oleh ‘Philipine National Nutrition Survey’ (PNNS) pada tahun 2003 juga mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) dalam kalangan penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka. Prof Philippe Legrand dari Peranchis, seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Peranchis, mempunyai pendapat yang sama berkenaan santan dan kesannya kepada paras kolesterol.
Beliau menyatakan bahawa bahan di dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol, justeru, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Santan bukan penyebab Ada banyak juga kajian lain yang merumuskan fakta bertentangan, tetapi kajian terbaru menunjukkan santan bukanlah faktor utama menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.
Kajian juga mendapati pesakit kencing manis selalunya mempunyai paras kolesterol lebih tinggi kerana paras gula yang tinggi dalam darah walaupun tidak makan santan setiap hari.
Bagaimanapun, penulis mencadangkan bersederhana dalam pengambilan santan adalah lebih baik dan mengawal pengambilan gula berlebihan strategi yang baik mengawal paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, insya-Allah.
Sumber : Harian Metro