Tuesday, July 16, 2013

Makanan ayam mahal


Kuala Lumpur: Kenaikan harga makanan ayam menjadi antara punca utama ayam mahal ketika ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, Malaysia tidak menghasilkan makanan ayam seperti dedak dan jagung, sebaliknya mengimport makanan ternakan itu dari negara luar termasuk Thailand dan Australia.

“Antara bahan yang terkandung dalam makanan ayam adalah kacang soya dan jagung. Kita (negara) memang tidak menanam kacang soya manakala jagung di sini tidak sesuai untuk dijadikan makanan ternakan.

“Pada masa sama, kita percaya wujud masalah di negara pembekal sehingga menyebabkan harga makanan ternakan naik mendadak,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat dengan Exco Pertanian di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, semalam.

Jelas Ismail, pihaknya sudah mengarahkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan kerjasama syarikat di India untuk mengeluarkan makanan ayam dan ternakan sendiri bagi menampung keperluan, sekali gus menstabilkan harga bekalan mentah itu di pasaran.

“Projek perintis berkenaan baru bermula di Perlis dan hasil pertamanya akan dikeluarkan hujung bulan ini dalam kuantiti kecil.

“Begitupun, sasaran utama setakat ini adalah untuk ahli Pertubuhan Perladang dan akan diperluas dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai kos ayam dari ladang, Ismail berkata, harga ternakan itu kini mencecah antara RM5.40 hingga RM5.50 sekilogram berbanding RM5.20 sebelum ini.

“Soal bekalan, kita boleh beri jaminan ia mencukupi sehingga Aidilfitri nanti. Malah, kita sebenarnya turut menjadi pembekal bagi Singapura,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Nota kaki : kena bela ayam sendiri ler nampaknya :(

5 comments:

  1. Pandailah diorg goreng rakyat. Sbnrnya tak mampu nak kawal. Marah btui ni...hehehehe

    ReplyDelete
  2. jawapan standard.. tiap kali harga naik.. jawapan yang sama.. hahahahaha.. dah malas nak dengar lagi.. pi pasar kalau harga naik dah boleh jawab sendiri.. tak payah tunggu menteri yang jawab...

    ReplyDelete
  3. tiap tiap tahun asyik isu ni jeh...susah la nak cakap....tugas pemimpin nak jaga kebajikan rakyat, bukan mengekang rakyat dari makan sesuatu sbb x jupe jalan penyelesaian...:)

    ReplyDelete