Wednesday, July 31, 2013

Handoiiii...


Sumber : Facebook

notakaki : Abaikan English yg tunggang langgang tu..heheh..kita amik funny side je..



Tuesday, July 30, 2013

Handbag Baru?

Korang dah buat persiapan raya ke? Nak raya ni kalau ikut hati, from head to toe nak beli baru kan..especially perempuan ler..dlm facebook ke..dlm email ke..mcm2 produk org iklan..kalau yg tak tahan dugaan tu..semua benda dia order..sama ler keadaan nyer dgn suki..baru dpt newsletter dari coach utk produk2 baru dia...ikut hati semua benda nak beli..tp tgk budget dulu ler..jom layan mata sama2...





{click to enlarge}



Sunday, July 28, 2013

Quote


#quotestagram


Motor oh Motor


Kehadapan penunggang2 motor diluar sana,

Bersopanlah semasa menyelit, jarakkanlah motor anda dan kereta kami..Sesungguhnya bodykit tu baru je pasang..ni nak raya plak..waaaaaaa kuar duit lg nak cat situ blk :((((

Ikhlas dari kami pemilik kereta

Friday, July 26, 2013

Kelebihan Solat Sunat Tarawih


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Sumber : e-hadith


Jangan Tergoda



hahahahah....larikkkkkk


Islamic Quote



Thursday, July 25, 2013

Perkara Yang Harus Dielakkan Selepas Makan


Jangan Makan Buah Selepas Makan
Kerana ia akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air.  Lebih baik makan buah 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Jangan Minum Teh Selepas Makan
Asid yang terkandung dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan.

Jangan Mandi Selepas Makan
Ia akan menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki da tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaaan ini akan melemahkan sistem percernaan perut.

Jangan Banyak Berjalan
Ini mengakibatkan sistem percernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Ambil masa berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian.

Jangan Tidur Selepas Makan
Makanan tidak dapat dicernakan dengan baik ketika tidur. Jarakkan masa makan dan tidur sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam 

Jangan Merokok Selepas Makan
Menghisap sebatang rokok selepas makan sama kesannya dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain

Jangan Bersenam Selepas Makan
Ini akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik.


Tuesday, July 23, 2013

It's a boy


LONDON (AFP) - Britain's Prince William and his wife Kate were celebrating after she gave birth to a baby boy, providing the royal family with a future king and sparking a global media frenzy.

Cheering crowds rushed towards the gates of Buckingham Palace as it was announced that the Duchess of Cambridge had produced a healthy male heir weighing 8lbs 6oz (3.8 kilos).

The as-yet unnamed baby is third in line to the throne and in the direct line of succession after Queen Elizabeth II's eldest son and heir Prince Charles, and then his eldest son William.

"We could not be happier," William, the son of Charles and the late Princess Diana, said in a brief statement.

Source : The Star Online

Saman


Adakah anda sudah menjelaskan saman? Hehe..ayat takleh blah..last 2 month baru kena saman plat no kan..RM300 ok..bila check di website PDRM di atas..rupanya ada lagi..speed trap di Kuala Terengganu..tp saman ni lg murah dari plat no tau..cuma RM150 je..apsal plat no lagi mahal ek..memandangkan dah trauma kena saman plat no yg mahal..sekarang plat no ku sudah ditukar pada yg kurang fancy..tp kalau ikut org kedai tu still tak memenuhi spec JPJ..takpe kita try dulu..kalau kena saman gak..buat yg bodo tu je ler..hehehe..wish me luck dari kena saman again :)


Sunday, July 21, 2013

Peniaga naik harga ayam berdepan denda sehingga RM500,000


Para peniaga ayam yang berdegil masih menjual ayam melebihi harga standard RM7.70 bermula 26 Julai ini boleh berdepan denda antara RM50,000 hingga RM500,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan peniaga degil dan tamak yang enggan mematuhi ketetapan harga standard itu.

"Kita sudah beritahu harga ayam yang ditetapkan adalah RM7.70 sen sekilogram mulai 26 Julai ini. Kalau peniaga sengaja naikkan lagi harga selepas tarikh itu, kita tak boleh lagi bertolak ansur.

"Kita bertegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM50,000 dan RM100,000, malah hingga mencecah RM500,000," katanya.

Beliau ditemui pada program Gotong Royong dan Ramah Mesra di pekarangan Masjid Al-Jaumhuriah dekat Kuala Besut hari ini.

Hasan turut memberi amaran serupa kepada para peniaga 20 barang kawalan lain sebaik bermulanya tarikh kuat kuasa harga itu yang dilaksanakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa selama 17 hari. - UTUSAN ONLINE

Nota kaki : Asyik upload citer psl ayam je..hehehe

Indahnya berbuka bersama family :)


Minggu kedua berpuasa baru berpeluang pulang ke kampung halaman untuk bersama2 family tersayang..untung balik minggu ni dari minggu depan yg mungkin akan jem sikit sbb kebanyakan org bercuti Nuzul Quran dan menjadikan ia long weekend..seronok dapat masak bersama2 ibu tersayang..dan berbuka secara beramai2 satu keluarga..tak ketinggalan menunaikan terawih bersama jiran tetangga dan kawan2 lama..apakan daya hari ni dah kena kembali ke ibu kota untuk terus mencari rezeki di sini..jumpa lagi di hari raya nanti.. :)

Thursday, July 18, 2013

Bubur Lambuk


~ satu utk berbuka..satu utk sahur ~


Allah Melipatgandakan Pahala Bagi Orang Yang Berpuasa

Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).

Sumber : e-hadith





Islamic Quote



Tuesday, July 16, 2013

This is for You



Makanan ayam mahal


Kuala Lumpur: Kenaikan harga makanan ayam menjadi antara punca utama ayam mahal ketika ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, Malaysia tidak menghasilkan makanan ayam seperti dedak dan jagung, sebaliknya mengimport makanan ternakan itu dari negara luar termasuk Thailand dan Australia.

“Antara bahan yang terkandung dalam makanan ayam adalah kacang soya dan jagung. Kita (negara) memang tidak menanam kacang soya manakala jagung di sini tidak sesuai untuk dijadikan makanan ternakan.

“Pada masa sama, kita percaya wujud masalah di negara pembekal sehingga menyebabkan harga makanan ternakan naik mendadak,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat dengan Exco Pertanian di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, semalam.

Jelas Ismail, pihaknya sudah mengarahkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan kerjasama syarikat di India untuk mengeluarkan makanan ayam dan ternakan sendiri bagi menampung keperluan, sekali gus menstabilkan harga bekalan mentah itu di pasaran.

“Projek perintis berkenaan baru bermula di Perlis dan hasil pertamanya akan dikeluarkan hujung bulan ini dalam kuantiti kecil.

“Begitupun, sasaran utama setakat ini adalah untuk ahli Pertubuhan Perladang dan akan diperluas dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai kos ayam dari ladang, Ismail berkata, harga ternakan itu kini mencecah antara RM5.40 hingga RM5.50 sekilogram berbanding RM5.20 sebelum ini.

“Soal bekalan, kita boleh beri jaminan ia mencukupi sehingga Aidilfitri nanti. Malah, kita sebenarnya turut menjadi pembekal bagi Singapura,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Nota kaki : kena bela ayam sendiri ler nampaknya :(

Sunday, July 14, 2013

Kekeliruan imsak dan akhir sahur


Tiada istilah imsak Misalnya, sudah menjadi kebiasaannya orang Islam hari ini imsak ketika bersahur iaitu berhenti 10 minit sebelum masuk waktu Subuh dan beriktikad pada tempoh masa 10 minit ini tidak boleh lagi menjamah makanan dan perlu berhenti serta-merta. Lebih parah lagi bersangka batal puasa seseorang seandainya masih makan dan minum dalam tempoh imsak ini.


Benarkah dakwaan ini? Apakah ada sandaran daripada Nabi? Pada pemahaman penulis, amalan imsak ini tidak menepati petunjuk dan sunah Nabi. Buktinya di antara sunah dan dianjurkan Nabi ketika bersahur untuk berpuasa adalah dengan melewatkan sahur seperti hadis Nabi yang bermaksud: “Tiga perkara adalah akhlak kenabian; mempercepatkan buka puasa, melewatkan sahur dan meletak tangan kanan atas tangan kiri dalam solat.” (Riwayat Al-Thabarani, dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih al-Jami’, no. 3038) Dan ia dikuatkan lagi dengan hadis daripada Zaid yang ditanya oleh Anas kepadanya, bahawa Zaid mengatakan jarak Nabi dan sahabat, mereka bersahur sebelum waktu Subuh dalam tempoh 50 ayat al-Quran dibacakan. Hal ini seperti terkandung dalam hadis Zaid yang berbunyi: Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh).” Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama sahur antara azan dan sahur tersebut?” Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa tiada petunjuk daripada Nabi yang memberhentikan makan dan minum dalam tempoh tertentu sebelum masuk Subuh. Hal ini dibahaskan oleh Imam Ibnu Hajar di zamannya lagi dengan mengatakan: “Di antara bidaah yang mungkar ialah apa berlaku di zaman ini iaitu melaungkan azan kedua sebelum waktu Subuh dengan anggaran satu pertiga jam pada bulan Ramadan, di samping memadamkan pelita yang dijadikan tanda pengharaman makan dan minum bagi mereka yang ingin berpuasa. Perbuatan ini dianggap satu usaha berjaga-jaga dalam ibadat. Perkara ini tidak diketahui kecuali oleh segelintir manusia. Perbuatan ini juga menarik mereka untuk tidak melaungkan azan kecuali selepas terbenamnya matahari seketika untuk memastikan waktu pada sangkaan mereka. Dengan ini mereka melewatkan berbuka dan mempercepatkan bersahur dan mereka menyalahi sunah. Disebabkan inilah kebaikan menjadi sedikit dalam kalangan mereka dan keburukan menjadi banyak di antara mereka. Allah jualah yang dipohon pertolongan.” (Lihat Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Baari, 4/199) Azan ketika sahur Lebih jelas bukti yang menunjukkan tiadanya imsak dalam Islam ini walau apa sekalipun matlamatnya adalah hadis Nabi yang melarang seseorang berhenti ketika bersahur walaupun azan Subuh sudah berkumandang. Kata Nabi yang bermaksud: “Sekiranya seorang daripada kamu mendengar azan sedang bekas makanan di tangannya, janganlah dia letakkan sehingga dia selesai menghabiskan apa yang perlu.” (Riwayat Abu Daud, Dinilai hasan sahih oleh Syeikh al-Albani) Maka yang sahih dan menepati sunah bersahur untuk berpuasa ini adalah tiada waktu imsak. Berhentilah sebelum azan tanpa perlu dibataskan masa tertentu, itupun terdapat rukhsah dan keringanan sekiranya terdengar azan selesaikanlah makan dan minum barulah berhenti dan teruskan berpuasa. Yahudi lewatkan berbuka Ketika berbuka pula, disunahkan pula kita berbuka puasa dengan segera jangan melewatkannya seperti hadis Nabi yang berbunyi: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka segera berbuka puasa.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Hal ini kerana Islam adalah agama fitrah dan berbuka awal menepati fitrah insan di samping anjuran Nabi kepada umatnya untuk berbeza dengan orang Yahudi yang berpuasa akan melewatkan berbuka seperti perkataan Nabi dalam hadis yang lain: “Agama ini akan senantiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, kerana orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud 2/305, Ibnu Hibban 223, dengan sanad yang Hasan) Tetapi ada juga di sana segolongan manusia berasa warak kepada Allah dengan melewatkan berbuka puasa dan berasa hina jika berbuka awal seperti golongan Syiah yang sesat. Mereka suka melewatkan berbuka puasa menanti sehingga nampak bintang di langit padahal sahih daripada Nabi agar jangan berbuka sehingga kelihatan bintang di langit.


Kata Nabi yang bermaksud: “Umatku akan senantiasa dalam sunahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika berbuka puasa.” (Hadits Riwayat Ibnu Hibban 891 dengan sanad sahih) Jadi yang terbaik adalah mengikut petunjuk dan sunah Nabi ketika berpuasa kerana berasa cukup dengan sunah itu adalah sebuah hidayah. Penulis lulusan Syariahh Fiqh dan Usul (UM) adalah Ketua Biro Massa Ilmuan Malaysia

Sumber : Harian Metro