Monday, November 13, 2017

Migrain


Migrain mempunyai pengaruh genetik yang kuat. Hampir 70% pesakit migrain mempunyai saudara yang mengalami masalah yang sama. Jika seseorang itu mempunyai migrain berserta aura, saudaranya yang lain mempunyai 4 kali risiko untuk mendapat masalah migrain juga.

Masih tidak diketahui bagaimana genetik memainkan peranan penting dalam masalah migraine.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan serangan migraine pada mereka yg mempunyai risiko:

Perubahan hormon(sebagai contoh ketika datang haid):
- Tekanan
- Kekurangan tidur
- Merokok
- Bau yang kuat(Pewangi, bau busuk)
- Mabuk laut
- Makan tidak ikut masa

Beberapa jenis makanan yang  dikatakan menyebabkan serangan migraine tetapi masih tidal terbukti:
- Caffeine
- Monosodium Glutamate(MSG)
- Pemanis tiruan(Aspartame)
- Makanan yang mempunyai tyramine(contoh keju yang lama)
- Buah-buahan jenis citrus

Tetapi kajian dengan menggunakan sampel yang ramai menunjukkan tiada kaitan migrain dengan makanan-makanan tersebut. Tetapi dinasihatkan jika anda mengalami sakit kepala lepas mengambil apa-apa jenis makanan, anda dinasihati untuk mengelakkan makanan tersebut. 

Tetapi jika makanan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap anda, anda boleh mengambilnya seperti biasa.


Friday, November 10, 2017

Selamat Berhujung Minggu


Amacam..korang dah ready nak weekend ke? hahaha...saja je sempena hari terakhir di minggu ni suki post gambo nasi beriyani yang suki makan hari tu di Restoran Kapitan, Penang..pergh..dah ler nasi banyak..ayam banyak..minum teh tarik lagi...mmg tak berani ler nak kira kalori kan..rasa2 nya berapa round kena jogging nak bakor balik hahaha..

Semoga hujung minggu korang bermanfaat hendaknya..suki apa lagi menulis dan membuat correction thesis ler..agak2 ngantuk je suki kluor je jenjalan..isnin nanti suki up apa aktiviti weekend suki ye...

Chow dulu...have a nice weekend guys! 


Wednesday, November 8, 2017

Design Village, Penang


Sebelum suki teruskan dengan entry ni..suki rasa amat2 simpati pada mangsa banjir di Penang..tak sangka selepas suki balik dari sana terjadi bencana alam ni..sedangkan masa tu cuaca panas dan tkde hujan..moga semua terus tabah dengan ujian ni..dan harap pihak berwajib lebih proaktif dalam menjaga alam sekitar..


Ini adalah entry lanjutan dari lawatan suki dua minggu lepas...tak sempat nak menaip hihi..ni yang jadi delay ni...on the way balik ke KL..sempat ler suki singgah ke premium outlet yang terletak di Batu Kawan, Penang..pada mulanya suki ingatkan Design Village (DV) ni ada di island rupanya tidak..ia terletak di penghujung jambatan pulau pinang yang kedua..atau jambatan sultan abdul halim..kiranya tak perlu ke island untuk shopping di DV


Suki check out punya ler awal hari tu demi nak jenjalan ke DV ni..satu hal takut sesat sebab first time ke sini..so lepas je breakfast...terus check out dan menuju ke DV...sampai je situ dalam kul 11 pagi tengok2 satu kedai pun takbuka lagi hahaha...rupa2nya hari biasa kedai semua buka 11.30 pagi...weekend je buka 10.30 pagi...dalam masa yang sama dah ada pengunjung lain yang berlegar2 di kawasan tu sementara menunggu kedai buka..kiranya suki bukan yang pertama ler sampai...


Kawasan DV ni dipanggil Batu Kawan..sebelahnya adalah IKEA Penang yang dalam pembinaan..tahun depan kot siap..depannya pula project perumahan mewah ECOWorld...kiranya kalau semua siap tempat tu baru sibuk ler kan..sekarang mmg sibuk dengan lori bawak batu bata dan simen je ler..dari segi landscape dV bagi suki mmg cantik..cuma open concept dia tu buat kita cepat panas..ye ler..kawasan tu mcm kawasan gurun yang takde pokok2 tup2 kedai2 dibuat open concept ..agak panas ler..nasib baik semua kedai aircond kuat =)


Boleh dikatakan semua kedai best2 kat sini..dan masih banyak shop lot yang belum ada tuan punya ataupun belum dibuka..masalah ekonomi melembabkan semuanya...pengunjung tempatan pun berkira2 untuk shopping di sini..maybe pelancong asing ler tarikan utama..sebab diaorg tak kisah punya nak shopping kan..tempat makan pun limited tmpt gini..maybe sebab masih baru kan..nanti mesti ada penambahbaikan..especially bila Ikea dah buka kot...





Wednesday, November 1, 2017

Penang Hill


Last weekend suki merehatkan diri...membawa diri keluar dari KL dan menuju ke Penang hihi..poyo je ayat..walaupun kerap ke Penang tp still tak abis pusing...ye ler bukannya gi sana sampai seminggu..pegi pun 2 hari..sekecik penang tu tak cukup 2 hari nak pusing abis...so kali ni target ke Penang sebab nak naik Bukit Bendera ataupun Penang Hill...



Bila gi weekend ni jangan ler terkejut dengan jumlah pengunjung ye...ramai giler...ala2 mcm penyokong kedah dan jdt nak beli tiket bola..pengunjung tempatan campur dengan pengunjung luar lagi..pastu banyak juga bas-bas persiaran..boleh bayang ler kan berapa ramai kalau turun dari sebiji bas...memandangkan suki bawa ibu dan ayah..maka pejam kan mata pasrahkan hati untuk mengambil fastlane ticket hahaha...kalau tiket biasa sorang rm10 tp fastlane jadi sorang rm40 ringgit...takpe demi ibu ayah dan family tersayang..bukan naik hari2 kan..untungnya naik fastlane ni, kita jadi orang pertama naik tren..tak perlu beratur..pastu kita dpt tunggu di tempat yang ber aircond sambil dulu...tiket biasa kena beratur dan berdiri..kesian juga pada warga emas dan ibu mengandung..



Walaupun pernah naik bukit bendera ni tp dah lama sangat smpi kan takde dlm ingatan suki cmner rupa tempat ni..so dari naik tren smpi ler ke puncak..mmg mcm orang first time ke situ..yang bestnya walaupun cuaca terik sebab naik tengahari tp kita still dapat rasa angin sejuk yang bertiup..maklum ler tmpt tinggi..tak ingat ler berapa ratus meter dari paras laut ntah..



Antara aktiviti suki di atas Bukit Bendera adalah menikmati permandangan dari Sky Walk, bergambar dengan burung kakak tua, naik Buggy pusing kawasan situ dan juga naik tangga sampai ke masjid yang terletak di puncak..dalam kawasan bukit bendera ni ada tempat kena bayar untuk masuk ada yang free..so suki hanya bayar untuk buggy dan amik gambar dengan burung..yang lain2 gi tmpt free je..tmpt makan pun simple je..if datang ramai2 bawak ler bekal ye..ataupun isi perut siap2 kt bawah baru naik atas..kitaorg ni turun baru cari nasi kandaq penang hahaha..