Wednesday, November 8, 2017

Design Village, Penang


Sebelum suki teruskan dengan entry ni..suki rasa amat2 simpati pada mangsa banjir di Penang..tak sangka selepas suki balik dari sana terjadi bencana alam ni..sedangkan masa tu cuaca panas dan tkde hujan..moga semua terus tabah dengan ujian ni..dan harap pihak berwajib lebih proaktif dalam menjaga alam sekitar..


Ini adalah entry lanjutan dari lawatan suki dua minggu lepas...tak sempat nak menaip hihi..ni yang jadi delay ni...on the way balik ke KL..sempat ler suki singgah ke premium outlet yang terletak di Batu Kawan, Penang..pada mulanya suki ingatkan Design Village (DV) ni ada di island rupanya tidak..ia terletak di penghujung jambatan pulau pinang yang kedua..atau jambatan sultan abdul halim..kiranya tak perlu ke island untuk shopping di DV


Suki check out punya ler awal hari tu demi nak jenjalan ke DV ni..satu hal takut sesat sebab first time ke sini..so lepas je breakfast...terus check out dan menuju ke DV...sampai je situ dalam kul 11 pagi tengok2 satu kedai pun takbuka lagi hahaha...rupa2nya hari biasa kedai semua buka 11.30 pagi...weekend je buka 10.30 pagi...dalam masa yang sama dah ada pengunjung lain yang berlegar2 di kawasan tu sementara menunggu kedai buka..kiranya suki bukan yang pertama ler sampai...


Kawasan DV ni dipanggil Batu Kawan..sebelahnya adalah IKEA Penang yang dalam pembinaan..tahun depan kot siap..depannya pula project perumahan mewah ECOWorld...kiranya kalau semua siap tempat tu baru sibuk ler kan..sekarang mmg sibuk dengan lori bawak batu bata dan simen je ler..dari segi landscape dV bagi suki mmg cantik..cuma open concept dia tu buat kita cepat panas..ye ler..kawasan tu mcm kawasan gurun yang takde pokok2 tup2 kedai2 dibuat open concept ..agak panas ler..nasib baik semua kedai aircond kuat =)


Boleh dikatakan semua kedai best2 kat sini..dan masih banyak shop lot yang belum ada tuan punya ataupun belum dibuka..masalah ekonomi melembabkan semuanya...pengunjung tempatan pun berkira2 untuk shopping di sini..maybe pelancong asing ler tarikan utama..sebab diaorg tak kisah punya nak shopping kan..tempat makan pun limited tmpt gini..maybe sebab masih baru kan..nanti mesti ada penambahbaikan..especially bila Ikea dah buka kot...





10 comments:

  1. Itulahkan tengok news banjir kat Penang tu memang kesian sangat mereka yang terlibat. Bersangka baik adalah yang sebaik-baiknya.

    Mrs. A belum pernah ke DV lagi ialah lagipun ini tempat barukan hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sgt tgk mangsa banjir
      .
      .
      apa lg Mrs A..dtg ler ke penang bila cuaca dah elok nanti

      Delete
  2. cuaca sekarang tak menentu kan, doa untuk penang jugak.

    ReplyDelete
  3. ok baru tau design village ni shopping mall rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih sesuai dipanggil premium outlet sebab brand2 terkenal je kt situ..huhu

      Delete
  4. Nasib baik masa ni x banjir lagi Kan. Tingin gak nkndtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler pasal..betul2 seminggu lepas suki blk kl..dpt berita ni

      Delete