Thursday, September 3, 2015

Jalan-jalan Hari Kebangsaan


Memandangkan last weekend kita bercuti panjang sempena meraikan Hari Kebangsaan negara, suki pun memilih untuk keluar berjalan2 ke Ikea Damansara...suki tak bercuti luar KL memandangkan kena concentrate buat correction pada thesis sekarang..dah boleh main2 lagi...cuti panjang pun ada dalam KL je..takpe utamakan study dulu...nanti dah abis belajar pegi ler cuti ke mana pun...

Dalam Ikea hari tu mmg penuh dengan lautan manusia...maklum ler cuti panjang..ramai ler yang datang melawat Ikea..bukan setakat penduduk KL di situ..rasanya satu Malaysia ada situ...hihi...dah alang2 ke situ suki pun tak melepaskan peluang untuk makan di Ikea Cafe..tp terpaksa ler bersabar untuk beratur membeli dan mencari tempat bila ramai2 ni...

Dalam banyak2 makanan yang suki order aritu...ini ler dua keping gambar yang suki sempat snap...bukan apa...laju benor masuk perut hihi...meatball ikea mmg wajib utk dimakan...lagi satu yang suki gemar adalah salmon nyer...yang lain2 side dish mcm cheese cake, soup, garlic bread...fuhh kenyang sampai ke malam... 



Tuesday, September 1, 2015

Surau Yang Tiada Bintang :(


Last weekend suki pegi wedding di Concorde Hotel, Shah Alam..bukan pasal wedding tu yang suki nak citer tp pasal surau hotel yang suki nak bebelkan...sedih sangat..kita di negara Islam majoriti rakyatnya orang Islam..tp surau kita masih di pandang sepi...sebagai contoh Concorde Hotel ni..hotel punya ler cantik..berbintang-bintang..tp suraunya satu saf hanya muat 2 ke 3 orang sahaja..ikut size badan ler..dan hanya 2 saf boleh muat ...dah takde ruang nak isi orang..biasa ler kalau function di hotel selalunya bermula jam 8 malam..tetamu akan datang awal dan solat maghrib di surau hotel..tp keadaan surau amat daif..

Bukan setakat Concorde Hotel je surau teruk...hotel2 lain pun teruk juga...tp yang lg sedih Concorde ni owner nya Melayu Islam..kenapa taknak jadikan surau sebagai salah satu kemudahan hotel yang terbaik dan selesa...kenapa takde policy yang mewajibkan surau yang selesa di setiap premis perniagaan terutaman hotel dan mall...kebanyakkan surau ada tp letak di parking lot atau hujung dunia..dalam keadaan panas dan kepam..tp lobby dan front desk punya ler mewah dan bergaya...cukup sedih...



Hello September!