Last weekend suki pegi wedding di Concorde Hotel, Shah Alam..bukan pasal wedding tu yang suki nak citer tp pasal surau hotel yang suki nak bebelkan...sedih sangat..kita di negara Islam majoriti rakyatnya orang Islam..tp surau kita masih di pandang sepi...sebagai contoh Concorde Hotel ni..hotel punya ler cantik..berbintang-bintang..tp suraunya satu saf hanya muat 2 ke 3 orang sahaja..ikut size badan ler..dan hanya 2 saf boleh muat ...dah takde ruang nak isi orang..biasa ler kalau function di hotel selalunya bermula jam 8 malam..tetamu akan datang awal dan solat maghrib di surau hotel..tp keadaan surau amat daif..
Bukan setakat Concorde Hotel je surau teruk...hotel2 lain pun teruk juga...tp yang lg sedih Concorde ni owner nya Melayu Islam..kenapa taknak jadikan surau sebagai salah satu kemudahan hotel yang terbaik dan selesa...kenapa takde policy yang mewajibkan surau yang selesa di setiap premis perniagaan terutaman hotel dan mall...kebanyakkan surau ada tp letak di parking lot atau hujung dunia..dalam keadaan panas dan kepam..tp lobby dan front desk punya ler mewah dan bergaya...cukup sedih...
No comments:
Post a Comment