Berakhir sudah Syawal bagi 2017..bermula sudah Zulkaedah...abis sudah edisi makan2..simpan semua balang2 kuih raya...AIdiladha nanti amik balik balang2 tu...gerai2 lemang pun dah tak nmpk lagi..tp diaorg buka balik hujung bulan ni InsyaAllah..hihi
Kawasan perumahan suki pun buat open house minggu last Syawal..lagi tepat Sabtu lepas..so dapat ler kitaorang berhari raya bersama jiran tetangga...semua pakai baju raya masing2..yang dari negara2 lain pun pakai pakaian negara masing2...yang bangsa lain pakai pakaian tradisi masing2..semua meraikan bersama2...time ni lr yg lama tak jumpa berjumpa balik ..hihi...majlis yang bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 3 petang boleh dikatakan berjalan lancar...semua org enjoy dan perut pun kenyang..
Antara menu yang dihidangkan mcm biasa sate, ketupat, rendang, lemang, laksa, keowteow dan mcm2 lain..yang bestnya semua dimasak masa tu juga di stall masing2..jadi dapat makan masakan panas kan...suki dan jiran2 yang lain bawa potluck masing2 yang berupaya makanan manis...so stall ni tak perlu untuk masak apa2..buka tupperware atau kotak je..pastu terus makan..hihi..
Maka semalam berakhir lr sudah Syawal..dan moga dipanjangkan umur untuk bertemu semula Syawal di tahun hadapan..InsyaAllah..Amin
Semoga bertemu Syawal akan datang In Sha Allah.
ReplyDeleteItulah istimewanya rakyat Malaysia unik dengan pelbagai kaum ;-)
betul tu mrs A..time majlis gini ler kita jumpa semua bangsa =)
Delete