Tuesday, July 25, 2017

Open House Hujung Syawal


Berakhir sudah Syawal bagi 2017..bermula sudah Zulkaedah...abis sudah edisi makan2..simpan semua balang2 kuih raya...AIdiladha nanti amik balik balang2 tu...gerai2 lemang pun dah tak nmpk lagi..tp diaorg buka balik hujung bulan ni InsyaAllah..hihi

Kawasan perumahan suki pun buat open house minggu last Syawal..lagi tepat Sabtu lepas..so dapat ler kitaorang berhari raya bersama jiran tetangga...semua pakai baju raya masing2..yang dari negara2 lain pun pakai pakaian negara masing2...yang bangsa lain pakai pakaian tradisi masing2..semua meraikan bersama2...time ni lr yg lama tak jumpa berjumpa balik ..hihi...majlis yang bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 3 petang boleh dikatakan berjalan lancar...semua org enjoy dan perut pun kenyang..


Antara menu yang dihidangkan mcm biasa sate, ketupat, rendang, lemang, laksa, keowteow dan mcm2 lain..yang bestnya semua dimasak masa tu juga di stall masing2..jadi dapat makan masakan panas kan...suki dan jiran2 yang lain bawa potluck masing2 yang berupaya makanan manis...so stall ni tak perlu untuk masak apa2..buka tupperware atau kotak je..pastu terus makan..hihi..

Maka semalam berakhir lr sudah Syawal..dan moga dipanjangkan umur untuk bertemu semula Syawal di tahun hadapan..InsyaAllah..Amin



Saturday, July 22, 2017

Suki Makan-makan


Lama rasanya suki tak buat review jalan-jalan cari makan kan....maklum ler bulan lepas sebulan puasa....lepas tu raya..lepas raya sibuk dengan study...makan ini baru ada kesempatan suki buat review lepas raya...hihi

Sekarang ni kan tgh in dengan makanan2 hipster ni..especially shell out kan..to be honest, suki lum pernah try lagi mana2 shell out..hahah...sungguh ketinggalan zaman..so dah lama usha kedai ni kat sri rampai..dalam area wangsa maju saja mmg bersepah kedai shell out..tak tahu ler bertahan lama ke idak kan..maka suatu hari berjaya ler suki menjejakkan kaki ke sini..lepas belek punya belek menu tu..shell  out ditukar kepada western tray hihi..seperti gambar di atas..hahhaa..maka melepas lagi suki nak merasa shell out..takpe2 di lain kali..kita citer pasal western tray ni...


Ada tiga pilihan western tray di kedai ni...tiga pilihan dengan tiga harga yang berbeza..tp rasanya menu dia tak jauh beza..yg berbeza cuma pasta yang digunakan..samada spaghetti atau fettuccine atau macaroni..or maybe suki yang tak perasan sgt menu lain..so mula2 nak pilih fettuccine tp takde tukar kepada spaghetti..seperti yang di dalam gambar tu..dlm tray tu ada meatball ala2 ikea, spaghetti bolognese, chicken chop dan fries..satu tray untuk makan 1-3 orang..harga dalam rM30++ .. boleh puji mmg sedap..especially sos yang digunakan..ayam pun isi tebal..tak tipu punya hihi..kira sesuai ler makan santai2 tp kenyang..sebab makan dalam tray a.k.a dulang kan..

Air ada mcm2 pilihan..so dalam gambar tu apple milkshake..mmg sedap...air suam dan air kosong disediakan free..boleh amik byk mana korang nak..dari segi layanan dan makanan..suki bagi 4 bintang..cuma kalau boleh upgrade dari segi deco dan perhiasan ler..baru kena dengan harga dan jenis makanan hihi...sorry..sis cuba...jgn kecam =)

Definitely we come again..bravo 'Tabura Food Junction', Sri Rampai KL



Thursday, July 20, 2017

Melawati Mall Dah Nak Buka


Sape2 yang tgh cari keje atau ahli keluarga ke kawan2..boleh ler cuba tu..suki pun tgk ni dari facebook..saja share sini, kot2 ada yang sedang cuba nak buat part time ke kan..wah Melawati Mall dah nak buka..bertambah sesak ler kawasan tu nanti..suki rasa amat2 ler tak sesuai mall besar gedabak buat kt situ...bukan apa..seolah2 nak membunuh perniagaan kedai2 runcit, kedai makan, kedai serbaneka yang ada sekeliling tu..mesti nanti slowly bisnes2 yang dah dah sekian lama bertapak di situ kena tutup...kesan dari perniagaan besar-besaran ni..ntah ler..ni cuma suki punya pendapat..harap2 tak betul ler..harap2 ia jadi the other way around..dengan terbinanya mall ni bisnes2 di sekeliling tu makin maju..ekonomi penduduk setempat makin baik..hihi...hopefully 

Wednesday, July 12, 2017

Wordless Wednesday



Open house di sini


Last weekend suki perasan jalanraya amat sesak..dlm fikiran suki mesti semua orang masih sibuk beraya kan...byk dpt jemputan open house kan..jeles tgk...takpe kehidupan kita tak sama..suki dah abis belajar nanti nak join korang beraya selama sebulan hihi...

Dalam korang beraya sakan tu..suki pula seminggu tu sibuk edit hasil keje di laptop..pastu print di library universiti buat master copy..then berakhir di Achik Printing di Taman Melawati untuk di photocopy dan binding sebanyak 6 set...ini ler yang kami para student korbankan..selain korbankan masa bersama kawan2 dan family..duit ringgit pun kena korbankan untuk printing semua ni..bukan murah2 ye...moga pengorbanan ini berbaloi..moga ilmu yang kami dapat ni akan dipanjangkan ke generasi seterusnya..InsyaAllah..Amin

Jangan stress2 senyum sokmo =)


Sunday, July 9, 2017

Puasa Syawal


Puasa 6 di bulan Syawal

"Siapa sahaja yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa 6 hari bulan Syawal. 
Maka seperti puasa satu tahun"
~ HR. Muslim


Raya dah habis


Walaupun bulan Syawal masa banyak hari lagi berbaki..dan ramai ckp raya tu sebulan..tp tidak bagi suki yang ada assessment a.k.a exam dua minggu lagi...betul2 di hujung Syawal..memandangkan bulan puasa kurang produktif...raya pulak mmg tak sentuh buku and laptop langsung..maka ini ler masanya suki korbankan open house..tgk movie Spiderman mahupun Transformers...lepak makan sana sini..demi untuk study ku....


Korang masih beraya kah? Jeles tau i, takpe2 sikit je lagi...lepas ni boleh raya sakan..sebelum tu suki nk tanya ada tak kawan2 blogger yang biasa beli air dlm gambar ni...jenama 'Ayaq Botoi'...suki beli di pasar ramadhan wangsa maju ramadhan lepas..sedap pulak tu..mana nak dpt kalau bukan di bulan puasa..