Sunday, February 12, 2017

Sg Dua Char Koey Teow


Masa balik kampung cuti CNY tempoh hari, adik suki bawa makan ke satu kedai yang agak famous di Penang..iaitu Sg Dua Char Koey Teow...camner ler suki boleh tak tahu selama ni tentang kewujudan kedai ni..hahha...kedai ni betul2 terletak di tepi highway Plus..dan kedudukannya di tepi jalan mmg takkan sesat untuk cari..


Kedai ni masih mengekalkan konsep kedai kampung..dan tiada tanda kemodenan di situ..so bagi orang2 bandar boleh merasa makan di kedai2 kampung kalau ke sini..kedai ni dibuka start jam 5 petang sampai ler tengah malam..masa suki sampai tu dalam 5.30 petang..mak aii dah penuh kedainya...yang lagi heran..kebanyakan yang datang dari luar Penang..nampak ada van dari Majlis Perbandaran Melaka, bas persiaran dari kelantan...dan lain2 plate number lagi..cmne semua org dah kenal kedai ni tp suki baru kenal hihi..ini tidak adil..


Buat pengetahuan korang, suki tak makan char koey teow atau apa2 jenis koey teow..tp takpe..kedai ni ada banyak pilihan..so suki amik nasi lemak yang dah siap berbungkus di situ..fuhh best sebab panas2 lagi...lepas tu suki tapau nasi goreng udang hihi...kaw kaw punya alang2 adik nak belanja kan..so bagi kengkawan yang blum sampai ke sini...sila ler pegi ye...




No comments:

Post a Comment