Friday, December 29, 2017

Ikan Bakar Keramat


Hari ni suki dan kawan2 lunch ikan bakar..perghh mmg kenyang sampai ke petang ler..tempat ni mmg terkenal ler dikalangan orang Keramat, Setiawangsa dan Wangsa Maju..nama kedai tak tahu hahaha..tp untuk yang tak tahu location dia adalah di belakang Aeon A2 dan berhadapan dengan Sapura..kiranya area keramat ler..


Suki jarang ke sini..satu sebab location yang jauh sikit je pun dari rumah..no dua sebab kedai ni panas sikit sebenarnya, agaknya sebab bumbung zink kot..atau faktor2 lain yang suki tak tahu..tp kalau mmg teringin sangat nak makan ikan bakar..panas pun ku gagahi jua..mmg boleh puji lauk pauk kedai ni..banyak pilihan..sedap...dan staf2 pun mesra..bagi yang belum cuba tu korang cari ler ye..area Sapura tu...location dia betul2 di belakang Fiske Steakhouse, Taman Desa Keramat..

Selamat bercuti panjang ye...


Thursday, December 21, 2017

Cozy Corner, Ampang Park



KUALA LUMPUR: Selepas 39 tahun beroperasi, kedai makan, Cozy Corner yang menjadi antara mercu tanda terkenal di Ampang Park mengumumkan perpindahan mereka ke Ampang Point.

Walaupun jarak di antara Ampang Park dan Ampang Point hanya 3.8 kilometer, ia bakal tersimpan di lipatan sejarah antara lokasi menjamu selera keluarga yang terkenal di negara ini.

Isu pengambilan tanah pusat beli-belah Ampang Park bagi tujuan pembinaan terowong MRT dan laluan pejalan kaki bawah tanah itu menjadi sebab Cozy Corner mengambil keputusan untuk berpindah dan itu mungkin yang terbaik bagi mereka pada waktu ini.

Pemilik kedai makan Cozy Corner, Lim Joo Tan berkata, tapak yang sudah diduduki lebih 39 tahun itu merupakan peninggalan serta warisan kepada generasi baharu keluarganya.

Mengakui sedih, Joo Tan menyifatkan 'hijrah' mereka adalah demi kelangsungan perniagaan dan berjanji memberi kepuasan hidangan sama untuk pelanggan walaupun di lokasi baharu kelak.

"Sedih, tetapi kita seperti 'bawa' Cozy Corner di Ampang Park di Ampang Point. Semuanya sama sahaja, hanya lokasi berbeza," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Restoran Cozy Corner merupakan antara tarikan utama orang ramai ke Ampang Park selain menjadi salah satu simbol kompleks itu.

Joo Tan yang sudah berusia 41 tahun sebelum ini menegaskan tidak akan berpindah ke lokasi lain yang pasti menghilangkan identiti premisnya selama ini.

"Saya mahu kekal di sini. Saya pasti pelanggan setia di sini juga berpendapat yang sama," ujarnya sebelum ini.

Bagaimanapun, kata Joo Tan, pelanggan tetap Cozy Corner harus sabar menanti dua bulan sebelum premis baru mereka siap diubah suai.

"Bila sudah siap nanti, kita mahu peminat hidangan ke lokasi baru, jangan risau, di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu, rasanya tetap sama," jelasnya.

Honda Malaysia recalls 49k units of Accord and Odyssey




KUALA LUMPUR: Honda Malaysia has issued a product recall for 49,116 units of the Odyssey (2014-2017 model) and Accord (2013-2016 model) for faults in the makes involving battery sensor failure and a defective door mirror component.

Honda said 20,233 units of the Accord are being recalled due to inaccurate forming on the printed circuit board in the battery sensor during its production process.

"This may cause electrical short circuit of the sensor, and possibilities of smoke coming from the hood or, in the worst case, a fire," it said in a statement issued on Thursday.

Meanwhile, 27,912 units of Accord and 971 units of Odyssey are being recalled for a defective door mirror component.

"The defective door mirror component is due to inconsistent surface treatment of the movable contact area inside the door mirror retracting switch, which may cause the affected door mirror to retract during driving or parking."

Honda said it has sufficient stocks for current replacement requirements for both the battery sensor and defective door mirror component, and requests affected customers to make an appointment with an authorised dealer.

All affected customers will be informed via notification letters, which will include details of the product recall. Any charges related to the product recall will be borne by Honda Malaysia.

"Honda Malaysia strongly encourages all affected customers to replace the defective battery sensor as it may become a fire hazard, and the door mirror component for a safer drive."

Honda customers can check their vehicle recall status either by logging on to www.honda.com.my or www.productrecall.honda.com.my or by calling the Honda Toll Free number 1-800-88-2020.




Friday, December 8, 2017

Nasi Arab


Baru nak mula entry untuk bulan Disember, dah masuk 8 hari dah..tak sempat nak update blog..kali ni suki review nasi arab pula..bila bawa parents suki makan..wajib ler nasi arab ni..fav diaorg berdua..cumanya kita cari kedai arab mana yang belum jejak..kalau kedai yang sama je boring ler kan..


Al-Rawsha dah, Saba Restaurant dah, Suria dah, Marhaba dah, Al-Amar dah...so kali ni cari yang paling dekat sebab masing2 dah lapar...kitaorg plan solat zohor dulu baru keluar makan tengahari..jadi bila dah sudah solat perut pun berkeroncong la kan..


Dan restoran yang dipilih adalah Restoran Marakesh yang hanya terletak di Kampung Baru, KL...dekat je, selalu lalu depan kedai ni tp tak pernah jejak...dari luar cantik..masuk ke dalam pun cantik..mmg banyak modal dikeluarkan untuk decoration kedai..terasa macam di bumi arab je...cuma pengunjung tak ramai..tak pasti kenapa..maybe sebab weekend..orang pilih restoran dalam mall lagi kot dari ke kedai yang di luar mall..tak tahu ler..or sebab location..so untuk suki sekeluarga jadi mudah ler..sebab parking senang..order cepat..layanan pun terbaik..kitaorg bising2 mcm makan kat umah..hahah...sebab tak ramai orang kan..


Dari segi makanan bagi suki sedap..dari nasi mandy ke chicken sandwich ke manisan dia..semua ok d tekak suki...bagi sesiapa yang suka privacy mmg sesuai ler makan sini...hihi..untuk minum kitaorg order arabic tea...so dia bagi dalam pot..rasanya ada ler 3 kali refill kot hahaha..ye ler gelas diberi halus bebenor..idok ler puas minum ..nasib baik leh refill..adik suki malas layan gelas kecik2 ni..dia order hot chocolate sengsorag dia..hihi...




Restoran ni ada dua bahagian..untuk smoking boleh duduk luar..untuk aircond boleh duduk dalam..tak pasti lak ada beza ke dari segi charge..takde kot kan...so kitaorg pun pilih yang aircond ler tengahari kan...panas kot..hihi..dari segi layanan, kebersihan, decoration dan makanan suki bagi 4 bintang setengah..boleh ler korang try lepas ni..


Wednesday, November 29, 2017

Durian oh Durian


Ini citer minggu lepas..sorry ler lama tak update..busy je skrg ni..disebabkan sekitar kawasan kitaorang, Wangsa Maju dan Setiawangsa dan dilanda musim durian, makanya..kiri kanan jalan ada penjual..setengah tu dari lori terus..kat area rumah ke ofis ke..bau durian mesti menyinggah ke hidung..mana bleh tahan kan..suki mesti cari punya ler..hihi


Macam biasa suki ke area gerai-gerai durian area sri rampai..cuma kedudukan tahun ni dah berubah sikit sebab ada keje2 pelebaran jalan rasanya..semua dah dekat dengan shoplot yang ada area situ..bagi penduduk sekitar kawasan ni tahu ler gerai2 ni pindah area Wahab Cendol dan Domino Pizza..


Macam biasa kitaorg akan terus makan kat situ..senang ada orang bukakan durian..dapat mineral water free hahaha..tp itu ler..harga durian kt KL mmg mahal..untuk durian kampung saja dah RM25 sekilo..so sebiji durian kampung ada le dalam RM45 ke RM50..selalu dengar orang share beli di Perak dan Pahang..harga ikut biji..RM50 boleh dapat 3 biji durian kampung..tp kat sini tak dapek lr...itu yang jadi tak berani tanya musang king..huhu


So durian dah settle..lepas ni nak memburu rambutan lak..saja cari penyakit batuk kan..hihi...



Monday, November 20, 2017

Taman Eko Rimba KL a.k.a Bukit Nanas


Aktiviti suki weekend lepas adalah masuk hutan simpan Bukit Nanas..dah lama tau teringin nak ke sini..tp tak jumpa jalan masuk hahhaa..akhirnya weekend lepas berjaya pergi..pergi ramai2 dlm 15 orang..dah semua first time ke situ...


Kalau korang pun tak tahu juga macam suki..korang pusing2 ler area bukit nanas tu...smpi korang nampak ada church situ..opposite tu je pun...so seawal 7.30 pagi kitaorg dah berkumpul di Pelita Nasi Kandar Jalan Ampang..biasa ler bila ramai ni..nak cukup korum tu ambil masa..sorang sampai tunggu lagi..smpi ler cukup semua baru kitaorg gerak...


Dalam 8.30 baru berjaya cukup korum..dan lg best semua ni last minutes plan tau..dah semua berjaya utk ikut..yg dua tiga orang tak dpt ikut tu mmg ralat giler lr.. sbb bukan senang nak kumpul kawan2 di pagi hari cuti ni ..hahaha...korang boleh parking di depan church yang perlu dibayar ikut jam..iaitu rm1.50 sejam ataupun di sebelah pintu masuk hutan simpan ni yang dibayar rm10 per entry tak salah suki..bila sampai je taklehmasuk lagi rupanya hahaha..excited sangat...hutan simpan Bukit Nanas a.k.a Taman Eko Rimba KL hanya dibuka jam 9 pagi hihi..so sementara nak masuk tu kitaorg pusing2 le mini muzium dalam tu..ada mcm2..best sangat..


Dalam muzium tu ada bilik glowing in the dark..ada bilik interaktif..mmg informatif ler muzium setinggi tiga tingkat tu..boleh kenal segala flora dan fauna yang terdapat di situ..yang menjadi tarikan suki adalah jambatan gantung dia hihi..last suki naik jambatan gantung kt sunway lagoon kot..ada lagi tak jambatan tu hihi..sbb lama tak ke sana... 



Untuk memulakan perjalanan kita kena naik tower nak setinggi tiga tingkat ni..sebab jambatan gantung ada dalam 3 ke 4 ke 5 ntah..suki tak ingat..setiap jambatan disambungkan dengan tower gini..dan makin lama kedudukan jambatan gantung tu makin tinggi..so elok2 kita ni dalam hutan tetiba nampk bangunan2 di KL hihi...lagipun jambatan tu makin tinggi sebab kita seolah mendaki bukit ler gitu..



Setelah melalui jambatan-jambatan gantung ni akhirnya suki pun sampai ler ke puncak..korang tahu apa puncaknya...KLTower hihi...suki pun baru tahu lepas masuk hutan simpan ni..ingatkan pagi2 ni tak ramai orang..dah ramai pelancong luar dan tempatan sekitar KL tower ni..ada yang mmg keluar dari hutan simpan ni..ada yang mmg semata2 nak melawat KL tower..ada yang nak masuk hutan simpan ni melalui KL tower..



Setelah bergambo sana sini di sekitar KL tower ni..kitarog satu group ni mengambil keputusan untuk balik..tapi nak balik kena masuk balik laluan kita td..cuma bezanya dah tak naik jambatan gantung..cuma ikut laluan pejalan kaki yang disediakan dalam hutan tu..kiranya sekali lagi kena masuk hutan cuma laluan berbeza..




Bila dah sampai di bawah ataupun pintu masuk hutan simpan ni..kitaorg lagi sekali masuk ke dalam mini muzium dia..belajar sikit flora dan fauna..segala jenis pokok, serangga, binatang berbisa, batu, kayu dan jenis tanah dipamerkan di situ..selain dapat beriadah..ilmu pun dapat..suki mmg recommend korang yang tak pernah masuk untuk ke sini..free je pun hahaha..


Friday, November 17, 2017

Salam Jumaat


Sekejap je kan dah hari Jumaat...minggu ni suki busy dengan final exam student2 suki...dan apabila final exam datang maka bermula ler juga aktiviti marking paper yang dalamnya ada pelbagai jawapan..time ni ler kita dapat tengok betapa kreatifnya student kita merepek..siap ada nota kaki tu..sorry sebab banyak missing answer..katanya dah try her/his best...yo la tu...den layan yo...takde markah tambahan dengan nota kaki yang pelbagai itu...

Jangan marah dengan gambar di atas ye...hahaha...itu adalah nasi kukus ayam dara favourite suki...mmg sedap ayam berempah tu..tp suki pernah makan yang lagi sedap..kedai nasi kukus tu terletak di Selera Duta, berhampiran dengan Masjid Wilayah dan LHDN hq...pergh nasi kukus dia mmg sedap dan sambal dia pun best..tp bukan senang nak gi sana..on weekend kedai tu tutup..

So Jumaat ni rehat panjang..ke mana korang...yang lelaki tu gi masjid le ye...salam jumaat buat semua

Monday, November 13, 2017

Migrain


Migrain mempunyai pengaruh genetik yang kuat. Hampir 70% pesakit migrain mempunyai saudara yang mengalami masalah yang sama. Jika seseorang itu mempunyai migrain berserta aura, saudaranya yang lain mempunyai 4 kali risiko untuk mendapat masalah migrain juga.

Masih tidak diketahui bagaimana genetik memainkan peranan penting dalam masalah migraine.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan serangan migraine pada mereka yg mempunyai risiko:

Perubahan hormon(sebagai contoh ketika datang haid):
- Tekanan
- Kekurangan tidur
- Merokok
- Bau yang kuat(Pewangi, bau busuk)
- Mabuk laut
- Makan tidak ikut masa

Beberapa jenis makanan yang  dikatakan menyebabkan serangan migraine tetapi masih tidal terbukti:
- Caffeine
- Monosodium Glutamate(MSG)
- Pemanis tiruan(Aspartame)
- Makanan yang mempunyai tyramine(contoh keju yang lama)
- Buah-buahan jenis citrus

Tetapi kajian dengan menggunakan sampel yang ramai menunjukkan tiada kaitan migrain dengan makanan-makanan tersebut. Tetapi dinasihatkan jika anda mengalami sakit kepala lepas mengambil apa-apa jenis makanan, anda dinasihati untuk mengelakkan makanan tersebut. 

Tetapi jika makanan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap anda, anda boleh mengambilnya seperti biasa.


Friday, November 10, 2017

Selamat Berhujung Minggu


Amacam..korang dah ready nak weekend ke? hahaha...saja je sempena hari terakhir di minggu ni suki post gambo nasi beriyani yang suki makan hari tu di Restoran Kapitan, Penang..pergh..dah ler nasi banyak..ayam banyak..minum teh tarik lagi...mmg tak berani ler nak kira kalori kan..rasa2 nya berapa round kena jogging nak bakor balik hahaha..

Semoga hujung minggu korang bermanfaat hendaknya..suki apa lagi menulis dan membuat correction thesis ler..agak2 ngantuk je suki kluor je jenjalan..isnin nanti suki up apa aktiviti weekend suki ye...

Chow dulu...have a nice weekend guys! 


Wednesday, November 8, 2017

Design Village, Penang


Sebelum suki teruskan dengan entry ni..suki rasa amat2 simpati pada mangsa banjir di Penang..tak sangka selepas suki balik dari sana terjadi bencana alam ni..sedangkan masa tu cuaca panas dan tkde hujan..moga semua terus tabah dengan ujian ni..dan harap pihak berwajib lebih proaktif dalam menjaga alam sekitar..


Ini adalah entry lanjutan dari lawatan suki dua minggu lepas...tak sempat nak menaip hihi..ni yang jadi delay ni...on the way balik ke KL..sempat ler suki singgah ke premium outlet yang terletak di Batu Kawan, Penang..pada mulanya suki ingatkan Design Village (DV) ni ada di island rupanya tidak..ia terletak di penghujung jambatan pulau pinang yang kedua..atau jambatan sultan abdul halim..kiranya tak perlu ke island untuk shopping di DV


Suki check out punya ler awal hari tu demi nak jenjalan ke DV ni..satu hal takut sesat sebab first time ke sini..so lepas je breakfast...terus check out dan menuju ke DV...sampai je situ dalam kul 11 pagi tengok2 satu kedai pun takbuka lagi hahaha...rupa2nya hari biasa kedai semua buka 11.30 pagi...weekend je buka 10.30 pagi...dalam masa yang sama dah ada pengunjung lain yang berlegar2 di kawasan tu sementara menunggu kedai buka..kiranya suki bukan yang pertama ler sampai...


Kawasan DV ni dipanggil Batu Kawan..sebelahnya adalah IKEA Penang yang dalam pembinaan..tahun depan kot siap..depannya pula project perumahan mewah ECOWorld...kiranya kalau semua siap tempat tu baru sibuk ler kan..sekarang mmg sibuk dengan lori bawak batu bata dan simen je ler..dari segi landscape dV bagi suki mmg cantik..cuma open concept dia tu buat kita cepat panas..ye ler..kawasan tu mcm kawasan gurun yang takde pokok2 tup2 kedai2 dibuat open concept ..agak panas ler..nasib baik semua kedai aircond kuat =)


Boleh dikatakan semua kedai best2 kat sini..dan masih banyak shop lot yang belum ada tuan punya ataupun belum dibuka..masalah ekonomi melembabkan semuanya...pengunjung tempatan pun berkira2 untuk shopping di sini..maybe pelancong asing ler tarikan utama..sebab diaorg tak kisah punya nak shopping kan..tempat makan pun limited tmpt gini..maybe sebab masih baru kan..nanti mesti ada penambahbaikan..especially bila Ikea dah buka kot...





Wednesday, November 1, 2017

Penang Hill


Last weekend suki merehatkan diri...membawa diri keluar dari KL dan menuju ke Penang hihi..poyo je ayat..walaupun kerap ke Penang tp still tak abis pusing...ye ler bukannya gi sana sampai seminggu..pegi pun 2 hari..sekecik penang tu tak cukup 2 hari nak pusing abis...so kali ni target ke Penang sebab nak naik Bukit Bendera ataupun Penang Hill...



Bila gi weekend ni jangan ler terkejut dengan jumlah pengunjung ye...ramai giler...ala2 mcm penyokong kedah dan jdt nak beli tiket bola..pengunjung tempatan campur dengan pengunjung luar lagi..pastu banyak juga bas-bas persiaran..boleh bayang ler kan berapa ramai kalau turun dari sebiji bas...memandangkan suki bawa ibu dan ayah..maka pejam kan mata pasrahkan hati untuk mengambil fastlane ticket hahaha...kalau tiket biasa sorang rm10 tp fastlane jadi sorang rm40 ringgit...takpe demi ibu ayah dan family tersayang..bukan naik hari2 kan..untungnya naik fastlane ni, kita jadi orang pertama naik tren..tak perlu beratur..pastu kita dpt tunggu di tempat yang ber aircond sambil dulu...tiket biasa kena beratur dan berdiri..kesian juga pada warga emas dan ibu mengandung..



Walaupun pernah naik bukit bendera ni tp dah lama sangat smpi kan takde dlm ingatan suki cmner rupa tempat ni..so dari naik tren smpi ler ke puncak..mmg mcm orang first time ke situ..yang bestnya walaupun cuaca terik sebab naik tengahari tp kita still dapat rasa angin sejuk yang bertiup..maklum ler tmpt tinggi..tak ingat ler berapa ratus meter dari paras laut ntah..



Antara aktiviti suki di atas Bukit Bendera adalah menikmati permandangan dari Sky Walk, bergambar dengan burung kakak tua, naik Buggy pusing kawasan situ dan juga naik tangga sampai ke masjid yang terletak di puncak..dalam kawasan bukit bendera ni ada tempat kena bayar untuk masuk ada yang free..so suki hanya bayar untuk buggy dan amik gambar dengan burung..yang lain2 gi tmpt free je..tmpt makan pun simple je..if datang ramai2 bawak ler bekal ye..ataupun isi perut siap2 kt bawah baru naik atas..kitaorg ni turun baru cari nasi kandaq penang hahaha..