Friday, December 16, 2016

Jambatan Baru


Tak abis lg citer balik kampung hari tu..sekarang warga Seberang Takir akan dapat jambatan baru tak lama lagi..jambatan tersebut masih dalam pembinaan...sebelum ni penduduk sekitar sini akan guna Jambatan Sultan Mahmud untuk ke pusat bandar...tp lepas ni ada lagi jambatan baru yang menghubungkan seberang takir dan pusat bandar...


Masa suki kecik2 dulu rajin juga naik bot penambang dari seberang takir nak ke pusat bandar atau lagi tepat lagi Pasar Payang....tp bila dah besar ni takut pulak nak naik bot tu..sebenarnya dekat je kalau ikut jalan bot nak ke pasar payang..takut punya pasal sanggup naik kete hihi...suki tak pasti lepas jambatan baru ni siap, apa akan jadi pada pengusaha bot penambang..adakah akan hilang punca pencarian atau akan diberi destinasi baru sebab perkhidmatan bot ni amat sesuai untuk jadi tarikan pelancong di Kuala Terengganu..


Walaupun Terengganu mengalami pelbagai krisis politik dalaman, suki harap pembangunan untuk negeri kelahiran suki ni diteruskan..kadar kemiskinan dapat dikurangkan...tahap pendidikan dapat ditingkatkan dan kadar jenayah makin menurun...harapan dari rakyat marhaen untuk pemimpin yang pegang amanah...



3 comments:

  1. Kalau jambatan dah siap masa perjalanan lebih cepat ya...
    Itulah ada pro dan kontra jugakkan?

    ReplyDelete
  2. eeii lama xp Terengganu..umm
    nth bila nk g jenjalan sana

    ReplyDelete
  3. Last year first time sis naik bot penambang keliling sg terengganu. bajetciputselerabesar.blogspot.my/2015/07/kuala-terengganu.html?m=1

    Dekat seberang takir ada karipap kecik2 inti ikan. Sedapnya. Sampai KL masih rangup. Mana nk dpt dekat sini.

    ReplyDelete