Friday, December 16, 2016

Jambatan Baru


Tak abis lg citer balik kampung hari tu..sekarang warga Seberang Takir akan dapat jambatan baru tak lama lagi..jambatan tersebut masih dalam pembinaan...sebelum ni penduduk sekitar sini akan guna Jambatan Sultan Mahmud untuk ke pusat bandar...tp lepas ni ada lagi jambatan baru yang menghubungkan seberang takir dan pusat bandar...


Masa suki kecik2 dulu rajin juga naik bot penambang dari seberang takir nak ke pusat bandar atau lagi tepat lagi Pasar Payang....tp bila dah besar ni takut pulak nak naik bot tu..sebenarnya dekat je kalau ikut jalan bot nak ke pasar payang..takut punya pasal sanggup naik kete hihi...suki tak pasti lepas jambatan baru ni siap, apa akan jadi pada pengusaha bot penambang..adakah akan hilang punca pencarian atau akan diberi destinasi baru sebab perkhidmatan bot ni amat sesuai untuk jadi tarikan pelancong di Kuala Terengganu..


Walaupun Terengganu mengalami pelbagai krisis politik dalaman, suki harap pembangunan untuk negeri kelahiran suki ni diteruskan..kadar kemiskinan dapat dikurangkan...tahap pendidikan dapat ditingkatkan dan kadar jenayah makin menurun...harapan dari rakyat marhaen untuk pemimpin yang pegang amanah...



Tuesday, December 6, 2016

Balik Kampung dan Makan Besar Tak Dapat Dipisahkan


Salam semua, apa khabar..kejap je dah masuk bulan december tanda tahun 2016 akan berakhir tak lama lagi..masing2 tgh sibuk kan hujung tahun ni...yang keje nak kejar dateline untuk complete kan kpi masing2...yang belajar nak kena hantar pelbagai report progress, article dan sebagainya..sebab tu ler suki agak tak sempat nak update blog lately...

Ni pun nak up citer balik kampung bulan October lepas..punya ler lama tertunggak kan..bila balik kampung ni syarat wajib adalah makan segala makanan yang takde di KL..disebabkan kampung suki di ganu...so minum air buah gelas besor dan makan kepok lekor adalah acara wajib...tu acara supper kitaorg hihi...segala diet tolak tepi ye bila balik kampung..sebab automatik kitaorg akan kluar makan beramai2...semua sepupu sepapat.makcik pakcik akan makan beramai2..meriah tul keluarga kitaorg..breakfast lak suki akan cari tepung kapur, nasi dagang, cek mek molek, pulut sambal dan mcm2 lagi menu terengganu tp bukan ler makan semua tu satu hari...ni menu berbeza tuk hari berbeza hihi..


Setelah puas makan makanan tradisi..sepupu2 bagi idea nak makan western lak tuk dinner..so mcm biasa kitaorg akan explore tempat baru...mcm last year kitaorg gi makan western di restoran bernama RAHSIA di kuala terengganu..tp kali ni kitaorg tukar ke restoran Mamaniey's Corner yang terletak berhmpiran dengan airport Kuala Terengganu..restoran ni cantik..bersih..cepat..staf pun bagus..pendek kata suki happy ler makan sini..kitaorg lak datang ramai..abis semua meja kena sambung2...


Sekarang pantai timur dalam musim tengkujuh.....jadi tunggu next year plak balik kampung...lepas ni kitaorg akan cari tempat makan baru lagi hihi..dah mcm jalan-jalan cari makan lak...tungguuu