Thursday, June 16, 2016

Pengalaman Menaiki ETS KTM


Sebelum puasa hari tu sempat ler suki merasai pengalaman pertama guna ETS atau Electric Train Service dibawah kendalian KTM..suki pilih ETS sebab penat sangat dengan jalan jem every weekend masa tu..badan letih sebab jem bukan sebab jalan jauh..



First time naik suki dah rasa bangga sebab rasanya ni satu-satunya service KTM yang boleh dibanggakan sebab KTM mmg terkenal dengan service yang kurang baik macam komuter dan keretapi before ni..mmg tak pernah terpk nak guna service KTM dengan bad remarks gitu kan..tp bila ada ETS ni nak try juga...tak ramai ahli keluarga suki or kawan-kawan yang dah naik, so takde review dari sape2 pasal ETS ni..makanya nak tahu how good it is..kena try sendiri..



Terbaik! itu review suki sebab dari segi masa mmg tepat dan abis lewat pun cuma 5 minit lewat..then koc yang bersih dan terkini..maybe sebab koc baru..teknologi terkini contohnya ada tv yang bagitahu next station, kelajuan terkini dan juga ada movie ditayangkan...tempat letak barang2 yang tersusun..ada atas kepala dan ada di depan koc...tempat makan di tempat duduk mcm dlm kapal terbang..ada klip di tepi tempat duduk untuk gantung barang..ada penutup tingkap if cahaya maahari terang sangat...air-cond dengan suhu yang terbaik...fuhhh best



Sepanjang koc tu ada dua toilet...satu di depan dan satu di belakang..ada cafe dan juga surau dalam koc ETS ni..antara koc dipisahkan dengan sliding door yang hanya dibuka bila kita tekan button..so tkde ler air-cond tu kluar kan..kalau boring duduk lama boleh jalan2 dan lepak di tempat antara dua koc..amik permandangan dari situ..


Ada dua jenis train..satu gold class dan satu platinum class..dua2 suki dah naik..dan bezanya gold class ada banyak perhentian dari platinum class..bermaksud train yang platinum class akan cepat sampai berbanding gold class..dlm platinum class juga ada disediakan makanan...walaupun ada banyak perhentian di gold class tp suki boleh puji sebab train ni berhenti hanya lebih kurang 5 minit di setiap station...jadi tak buang masa banyak di setiap station..itu bagusnya ETS..

Yang menarik naik ETS ni bagi suki adalah permandangan dia..sbb laluan train tak sama dengan laluan kereta, so banyak kawasan yang kita tak pernah sampai...lg cantik bila lalu di tasik bukit merah, perak...train lalu diantara tasik tu..seolah membelah dua tasik tu...cantik sgt...minggu ni suki nak balik naik ETS lagi...wah kereta dah boleh simpan kt umah...badan tak letih, sampai destinasi pun cepat sbb takde jem...sape yang belum try boleh ler booking tiket..tp tiket dia mcm pisang goreng panas tau...ramai org suka guna eTS ni..

4 comments:

  1. ETS Mrs. A pun belum pernah naik lagi sebab tiada laluannya KL-Sban kan??

    Bolehlah jugak KTM nak bangga ya dengan servis yang bagus macam tu semoga berterusan samapai bila-bila.

    Komuter memang tak payah cakap servisnya kurenggg... cakap berdasarkan pengalaman Mrs. A travel Sban-KL, KL-Sban yang bertahun-tahun tu sama aje servis yang tak boleh dibanggakan.

    Tak tahulah kalau sekarang dah okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A, ada ets ke seremban..stesen akhir arah selatan smpi gemas

      Delete
  2. Wahh mcm best je...tak penah lagi naik ets.. Igt nk try utk raya ni.. But tix dah xda...sobsobsob

    ReplyDelete