Tuesday, June 28, 2016

Berbuka Puasa di Seri Pacific Hotel


Sekejap je dah masuk 10 hari terakhir ramadhan..suki pun tak sempat nak update blog sangat..tp still curi2 masa yang ada..ni citer masa cuti Nuzul Quran lepas..suki dan family berbuka puasa di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan PWTC..best sekarang area situ sebab ada jejantas yang menghubungkan hotel, pwtc, mall dan stesen lrt berhampiran..jadi pengunjung tak perlu untuk melintas jalan yang agak bz area situ..



Di Seri Pacific ni ada dua tempat berbuka puasa..satu terletak di ballroom hotel dan satu lagi di Zende Restaurant..harganya juga berlainan...dan suki pilih Zende..nasib baik suki tak pilih ballroom sebab susun atur meja yang amat rapat dan bilangan pengunjung yang terlalu ramai..buat kita kurang selesa..di Zende susun atur meja jarak2 dan jumlah pengunjung juga terhad..jadi kami enjoy je makan di situ..



Pilihan makanan mmg semua best2...paling suka sebab dapat makan sushi time berbuka..jarang buffet ramadhan sediakan sushi dan makanan selain makanan melayu..banyak pilihan makanan dan puas hati dengan juadah yang disediakan..

Friday, June 24, 2016

My New Lappy


Di saat orang sedang bershopping baju raya, kuih raya dan perabot raya..suki gi shopping lappy raya huhu..rasanya ada dalam dua tiga post dalam blog ni suki mengadu lappy rosak kan..setelah sekian lama berkhidmat dengan suki dan setelah berkali2 gi hantar repair itu ini..akhirnya suki akur..suki kena gak beli laptop baru...bukan apa..kehidupan student ni mmg 100% bergantung dengan laptop...sehari je laptop rosak huru hara jadinya...jadi tabahkan hati untuk menggantikan baju raya dengan laptop raya hihi.. aktiviti blogging pun tak terganggu insyaAllah


Thursday, June 16, 2016

Pengalaman Menaiki ETS KTM


Sebelum puasa hari tu sempat ler suki merasai pengalaman pertama guna ETS atau Electric Train Service dibawah kendalian KTM..suki pilih ETS sebab penat sangat dengan jalan jem every weekend masa tu..badan letih sebab jem bukan sebab jalan jauh..



First time naik suki dah rasa bangga sebab rasanya ni satu-satunya service KTM yang boleh dibanggakan sebab KTM mmg terkenal dengan service yang kurang baik macam komuter dan keretapi before ni..mmg tak pernah terpk nak guna service KTM dengan bad remarks gitu kan..tp bila ada ETS ni nak try juga...tak ramai ahli keluarga suki or kawan-kawan yang dah naik, so takde review dari sape2 pasal ETS ni..makanya nak tahu how good it is..kena try sendiri..



Terbaik! itu review suki sebab dari segi masa mmg tepat dan abis lewat pun cuma 5 minit lewat..then koc yang bersih dan terkini..maybe sebab koc baru..teknologi terkini contohnya ada tv yang bagitahu next station, kelajuan terkini dan juga ada movie ditayangkan...tempat letak barang2 yang tersusun..ada atas kepala dan ada di depan koc...tempat makan di tempat duduk mcm dlm kapal terbang..ada klip di tepi tempat duduk untuk gantung barang..ada penutup tingkap if cahaya maahari terang sangat...air-cond dengan suhu yang terbaik...fuhhh best



Sepanjang koc tu ada dua toilet...satu di depan dan satu di belakang..ada cafe dan juga surau dalam koc ETS ni..antara koc dipisahkan dengan sliding door yang hanya dibuka bila kita tekan button..so tkde ler air-cond tu kluar kan..kalau boring duduk lama boleh jalan2 dan lepak di tempat antara dua koc..amik permandangan dari situ..


Ada dua jenis train..satu gold class dan satu platinum class..dua2 suki dah naik..dan bezanya gold class ada banyak perhentian dari platinum class..bermaksud train yang platinum class akan cepat sampai berbanding gold class..dlm platinum class juga ada disediakan makanan...walaupun ada banyak perhentian di gold class tp suki boleh puji sebab train ni berhenti hanya lebih kurang 5 minit di setiap station...jadi tak buang masa banyak di setiap station..itu bagusnya ETS..

Yang menarik naik ETS ni bagi suki adalah permandangan dia..sbb laluan train tak sama dengan laluan kereta, so banyak kawasan yang kita tak pernah sampai...lg cantik bila lalu di tasik bukit merah, perak...train lalu diantara tasik tu..seolah membelah dua tasik tu...cantik sgt...minggu ni suki nak balik naik ETS lagi...wah kereta dah boleh simpan kt umah...badan tak letih, sampai destinasi pun cepat sbb takde jem...sape yang belum try boleh ler booking tiket..tp tiket dia mcm pisang goreng panas tau...ramai org suka guna eTS ni..

Tuesday, June 14, 2016

Salam Ramadhan =)


Mak aii lamanya tak update status..mcm2 hal jadi..first ibu suki dimasukkan ke hospital..second lappy rosak..makanya semua kelam kabut...belum terlmbat untuk suki ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat sahabat2 blogger semua..moga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..



Bercerita hal ibu suki tak sihat..mulanya hanya sakit perut biasa..ni citer seminggu sebelum puasa..tp makin lama sakit perut makin teruk smpi nak bergerak badan pun sakit..selepas 3 klinik pegi dari diagnose gastrik smpi ke hempedu bengkak, baru ler doktor terakhir dapat detect something serious yang perlu terus ke hospital..maka bila di hospital terus kena tahan wad dan doc sahkan hempedu ibu suki bengkak dan ada batu karang dalamnya..

Suki dan adik-adik bergilir2 tido hospital jaga ibu...bila time jaga ibu sakit ni baru ler kita rasa betapa tak banyaknya masa yang kita ada bersama org tua kita..mmg ajal maut di tangan Tuhan tp bila tgk ibu kita yang tua terpaksa menanggung kesakitan rasa mcm nak tukar je sakit tu dengan dia..suki mmg tak tido langsung sepanjang jaga ibu hospital..tgk dia dapat tido lena kita rasa lega...agaknya gitu perasaan ibu kita menjaga kita masa kita kecik2 dulu kan..hati sentiasa risau..

Alhamdulillah selepas seminggu lebih berada di hospital dan dimasukkan drip antibiotik dan ubatan lain..ibu suki dibenarkan pulang ke rumah tp masih lemah dan perlu berehat..banyak makanan perlu pantang dari makan..suki dan adik-adik bergilir balik jaga ibu sebab time ni..selain kitaorg kena masak makanan yang sihat untuk dia, melayan tetamu yang hadir pun satu hal..rasa macam raya umah suki..setiap jam ada orang datang melawat..gitu ler hidup berjiran...sorang je tahu ibu sakit..satu kampung tahu hihi..

Lepas raya ni ibu suki ada appointment dengan doktor untuk tentukan samada hempedu tersebut perlu dibuang atau tidak..doakan semuanya dah kembali normal dan hempedu ibu tak perlu dibuang ye..tak sampai hati untuk ibu melalui operation di usia dia sekarang..