KUALA TERENGGANU 28 Dis. - Mohd. Firdaus Samsudin @ Mustapha, 27, anak Terengganu pertama yang ditawarkan tempat di salah sebuah universiti paling berprestij di dunia, Universiti Oxford, kini bergelar Doktor selepas menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Biokimia.
Beliau yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bakal memulakan tugas sebagai Felo Penyelidik Kimia di University of Southampton, United Kingdom pada 1 Februari tahun hadapan.
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat kebangsaan pada 2005 itu dijangka menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan ubat-ubatan baharu bagi menangani jangkitan bakteria Psuedomonas yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi lemah.
“Saya ditawarkan pekerjaan di sana (University of Southampton) dan dalam masa sama akan menyertai kumpulan penyelidik lain untuk menghasilkan antibiotik khusus yang pertama seumpamanya di dunia bagi menghalang jangkitan kuman di hospital.
“Dengan pengalaman yang diperoleh kelak, insya-Allah akan diaplikasikan untuk berkhidmat di Terengganu pada masa hadapan. Kejayaan saya adalah untuk semua dan saya akan terus menjaga nama baik keluarga, rakyat Terengganu dan Malaysia,” katanya.
tahniah dan semoga terus sukses dalam studynya :)
ReplyDeletedah abis study nya sis :)
DeleteWoah his totally a nations proud . Ganbarou to him ! .
ReplyDeletesuch a motivation to the youngsters :)
Delete