Buffet kedua suki untuk Ramadhan kali ni adalah di Bangi Golf Resort yang terletak bersebelahan dengan Bangi Putrajaya Hotel yang dulunya dikenali sebagai Equatorial Hotel, Bangi. Pengalaman baru suki dengan berbuka di sini..mmg agak terkejut dengan ramainya umat manusia..hihi..tp boleh puji ler..
Walaupun ramai tp tersusun dan teratur pengurusannya...bermula dari parking yang dipantau dan diatur oleh staff...pastu bila sampai je muka depan dewan makan ada staf yang menunggu untuk bagitahu no meja kita...bila dah masuk dewan mak aii terkejut dengan saiz dewan yg agak besar...tp tersusun dengan kedudukan group2 makanan sebagai contoh ada tempat untuk kambing bakar sahaja...ada tempat untuk western food sahaja..ada bahagian makanan melayu sahaja..kiranya dibahagi ikut section2 ler..kalau buffet kt hotel selalunya semua sebaris je kan..cuma pilih stall yang mana ler.
Semua makanan sedap, smpi kan suki tak makan nasi langsung sebab banyak pilihan lain yang kita boleh amik dan makan...mmg berbaloi2...dengan hanya RM55 nett pilihan makanan cukup banyak...parking ok, surau ok, staff ok..so mmg korang boleh ler try...cuma jgn terkejut ler dengan jumlah manusia yang hadir..sebab rasanya buffet paling murah di Selangor dan KL kot...hihi
Kalau orang ramai tuu tandanya best laa tuu kan. Hehe Saya pulak belum pernah berbuffet nie. Kekeke
ReplyDelete