Monday, January 19, 2015

Warga asing kuasai bisnes rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 tahun lalu pekerja asing datang ke negara ini untuk mencari nafkah daripada kemajuan pesat Malaysia, namun keadaan sudah berubah, dengan kebanyakan mereka sudah menjadi majikan dengan mengambil alih perniagaan rakyat tempatan.

Bermula daripada perniagaan pasar dan gerai, sedikit demi sedikit mereka kini sudah mula menguasai perniagaan rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor lain, termasuk telekomunikasi, komputer, tekstil, kedai runcit dan pakaian.

Pekerja asing ini juga kini menjadi kontraktor binaan, tukang rumah, mengendalikan syarikat perkhidmatan sendiri seperti pembaikan elektrik, pendingin hawa dan tukang paip



ANTARA ALASAN YANG DIBERI:

1. Pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya bertanggungjawab terhadap lesen yang dikeluarkan pada perniagaan kecil-kecilan seperti penjaja dan gerai

2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak mempunyai penguatkuasa untuk melakukannya

3. Jabatan Imigresen hanya bertanggungjawab memeriksa, menahan dan mengambil tindakan terhadap terhadap pendatang tanpa izin, mereka yang menyalahgunakan premit pekerjaan atau tinggal lebih masa.

So, takde sapa ler yang ada kuasa nak membanteras isu peniaga warga asing yang dah bersepah ni...emmm 

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment