Thursday, April 10, 2014

Jangan Mencela Makanan


Jangan Mencela Makanan

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah RA kataya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya”.

Huraian Hadith:

Setiap rezeki yang dikurniakan Allah semuanya baik kerana dengan rezeki tersebut juga dapat memberi beberapa faedah dan manfaat kepada hambanya, sesuai dengan tempat dan keadaan di mana berada.

Islam melarang umatnya mencela atau mencaci makanan yang diperolehinya.

Islam menuntut umatnya supaya memuji makanan yang diperolehinya sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat tersebut.

1 comment:

  1. Betul tu.... Saya ada dengar ustaz cakap, kalau tak sedap, diam je.. Thanks for the info..

    ReplyDelete