Tuesday, April 29, 2014

Sunset by the bay


Mohon doakan agar ibu dan adik suki segera sembuh dari denggi..
masih di hospital..doa kalian amat bermakna

Friday, April 25, 2014

Hidup Suatu Ujian



Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, “Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.”

Sumber : e-hadith

Thursday, April 24, 2014

(^ - ^)


Credit to : English is Fun


Pak Ngah Cafe


Sebelum ni ada terbaca di paper pasal Cafe Pak Ngah ni..bagi yang tak kenal, Pak Ngah ni adalah komposer lagu-lagu asli yang terkenal juga ler di Malaysia..antara penyanyi yang mendapatkan khidmat dia adalah Siti Nurhaliza..bila dah tahu org terkenal buka restoran, pastu kawasan yang rasa2 tak sesat punya kan..suki pun cuba ler merasa...terletak di Setapak..Prima Setapak..agak tersorok dan bersebelahan dengan workshop baiki kereta...rasanya tak sesuai ler Pak Ngah..nape ler tak buka di Wangsa Walk or shoplot baru yang bersepah di Wangsa Maju...makanan ok tp agaknya suki datang kurang tepat pada waktunya..sbb kalau tgk komen2 dari blogger2 lain mcm happening je kan..agaknya happening start lewat petang sampai malam ler..sbb bila datang tengahari yang ada cuma ler nasi putih dan lauk-pauk yang dalam 4-5 jenis je..takde pilihan..nak cancel makan situ tak sampai hati sbb pelayan cafe dah mula jemput masuk dan bawak menu..kedai cantik dan bersih..cuma kurang dari segi location je kot....area kebanyakan orang datang pasar yang terlekat tak jauh dari situ..takpe Pak Ngah, slow2 dah maju karang tukar location ye..hihi


Dieyla's Cuisine


Kawan suki yang tinggal di Kelantan ada buat perniagaan cookies dan kek secara kecil-kecilan di rumah..kalau kawan-kawan terasa nak order apa2 dari dia boleh ler masuk fb :

Dieyla's Cuisine

Bantu membantu amalan mulia :)


Tuesday, April 22, 2014

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Bersabarlah ;(





Friday, April 18, 2014

Salam Jumaat



"Wardina berlaku tak adil"


Kuala Lumpur: “Apakah niat sebenar Wardina memuat naik video yang sudah disunting sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya?” soal penceramah bebas Don Daniyal berhubung kontroversi beberapa rakaman video ceramahnya yang didakwa mengandungi hadis palsu dan menyesatkan.

Don, 30, atau mesra disapa Ustaz Don tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu bagi menjernihkan kekeliruan umum berikutan tindakan selebriti dan penceramah motivasi Wardina Safiyyah memuat naik dan membidas kandungan dakwahnya menerusi Facebook, kelmarin. 

Menerusi rakaman video berdurasi hampir 18 minit itu, Don menyifatkan tindakan Wardina mengkritiknya berdasarkan beberapa rakaman ceramah yang sudah disunting sebagai sesuatu yang tidak adil buat dirinya. 

“Adakah (Wardina) bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda,” bidasnya dalam video penjelasan itu.

Sumber : Harian Metro

Thursday, April 17, 2014

Salam Khamis



PosLaju


Ok hari ni suki amat baik hati..hari memuji perkhidmatan yang suki dah guna..lepas Pusrawi sekarang PosLaju..bulan ni mmg ramai org beli kain2 untuk dijahit sempena aidilfitri yang akan datang kan..suki pun salah sorang yang menyibukkan diri tp bukan untuk diri sendiri tp untuk ibu ayah di kampung..cuma yang suki respect pada pos malaysia sekarang adalah dibuka pada hujung minggu..mmg mudah sangat..sbb itu ler waktu yang semua orang free..dan lagi baik dalam mall2 semua dah ada pos malaysia ni..lagi ler senang kan..sbb sebahagian besar rakyat malaysia dalam mall di hujung minggu..betul tak...tak perlu bungkus untuk pos..suki bawa je kain tu dgn plastik2 sekali suki ke Pej Pos Midvalley...terus diberi kotak Poslaju..tak perlu kita cari kotak sendiri, bungkus sendiri..semua dah tersedia di Pej Pos..yang bestnya lagi..byk tul best ni..hihi...suki pos ke sibu satu parcel dan ke kedah satu parcel..di pos pada hari sabtu tengahari dan sampai ke destinasi isnin tengahari..wow..cepatnya..bagusler PosLaju..thumbs up..

Medical Check Up


Bulan lepas suki gi Pusrawi untuk buat medical check up..dan ini adalah first time gunakan perkhidmatan situ..selalunya gi melawat orang sakit je..sekalung tahniah diucapkan pada pengurusan Pusrawi yang mempunyai sistem yang teratur, tak perlu menunggu lama dan staff yang mesra pelanggan..sebelum2 dah pernah buat medical check up di private hospital di melawati..harganya dlm rm80++ .. kawan buat di universiti dlm rm70++ dan di Pusrawi hanya ler rm66...tak sangka kan dengan servis yang baik, staf yang cekap, hospital yang bersih dan kemas kita still boleh dapat harga murah...cuma doc bhgn medical check up cuma seorang...bila dia ada urusan luar..semua kena menunggu..boleh open vacancy utk doc tambahan lagi tu..hihi...so suki bg high recommendation ler pada kawan2 yang nak buat medical check up di pusrawi...good job.. 

Karpal Singh killed in crash



KAMPAR: Bukit Gelugor MP and veteran DAP leader Karpal Singh was killed when the car he was travelling in collided with a five-tonne lorry near Gua Tempurung on the North South Expressway here early Thursday.

The impact of the crash at about 1am killed the prominent lawyer and his assistant, C Michael, on the spot. Karpal's son, Ramkarpal, and the car's driver, C Selvam, were injured.

Karpal's Indonesian domestic helper was also injured and is in critical condition.

He was on his way to Penang to attend a court case later in the day.

Tuesday, April 15, 2014

H.A.P.P.I.N.E.S.S



Steamboat Jom


Sejak minggu lepas cuaca mcm extreme sikit kan..kalau panas..panas betul..kalau hujan..sejuk betul..badan pun macam terkejut dengan perubahan cuaca..rasa mcm seram sejuk nak demam gitu..bukan seram sejuk takut hantu ye..sebelum demam menyerang baik kita hilangkan rasa tu..sbb suki jarang demam..dalam setahun ada ler sekali kot..tp kalau demam mak aiii..tak tertanggung sakitnya..so terus ler cari makanan yg konon2 boleh jadi penyembuh pada demam or bakal demam..layan ler steamboat..takde pun doktor mana2 cakap..Dr Suki yang memandai2 buat andaian dengan minum air kelapa dan makan steamboat leh sihat..hahahah..sbb nyer masa kita rebus2 tu dapat wap panas kan..so makan pun rebus2 je..hihii..lepas tu tak jadi demam..smpi sekarang..rasanya bkn penyembuh demam tu..alasan je nak makan steambot..hahahahh...jangan marah :p

Monday, April 14, 2014

Times Square KL


Asal datang sini mesti nak main Motion Sensor dengan Musical Stairs dia...jadi budak2 jap..lagi best tgk gelagat orang2 yang tak perasan bila terpijak motion sensor tu..mcm2 reaksi ada..ada yg terkejut ada yang terus main2 situ..hihi..bagus ler ada tarikan gini kan..sekali sekala dtg sini best juga..mcm2 barang murah dan berjenama ada...mmg kalau dtg Times Square datang nak shopping ler..tempat makan pun banyak..ruang pun luas..lif dan escalator pun byk..takde ler letih kaki..cuma pening time bayar parking ler..hihi..ada mahal sikit.. :)




Thursday, April 10, 2014

You're right :)



T.H.I.N.K



Jangan Mencela Makanan


Jangan Mencela Makanan

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah RA kataya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya”.

Huraian Hadith:

Setiap rezeki yang dikurniakan Allah semuanya baik kerana dengan rezeki tersebut juga dapat memberi beberapa faedah dan manfaat kepada hambanya, sesuai dengan tempat dan keadaan di mana berada.

Islam melarang umatnya mencela atau mencaci makanan yang diperolehinya.

Islam menuntut umatnya supaya memuji makanan yang diperolehinya sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat tersebut.

Catuan lagi 3 bulan??????????

Shah Alam: Warga Lembah Klang khususnya di Selangor bakal berdepan catuan bekalan air yang berlarutan sehingga tiga bulan lagi berikutan kapasiti takungan air di empat daripada tujuh empangan di negeri ini masih di tahap membimbangkan apabila bacaan di empangan terbabit masih di bawah paras 55 peratus.

Walaupun operasi pembenihan awan dan catuan bekalan air yang memasuki fasa keempat sudah dilaksanakan sejak bulan lalu, kapasiti takungan di empangan terbabit tidak menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Md Khairi Selamat berkata, kapasiti takungan air di setiap empangan terbabit berupaya mencecah tahap 55 peratus sekiranya faktor cuaca serta kadar taburan hujan yang diterima di kawasan tadahan itu berterusan sehingga tempoh tiga bulan.

Sumber : Harian Metro

WHAT THE H...