Tuesday, December 31, 2013
Pusat Servis
Nak tanya pendapat korang yang banyak pengalaman servis kete ni....setiap pusat servis kete sebenarnya harga spare part or minyak or anything yang kena tukar time servis mmg berbeza ke..sbb before servis kete suki yang ke 30k mileage baru2 ni..mcm biasa suki akan check dlm website honda dan juga melawat forum2 pengguna kete model yang sama yg lain..mmg kebanyakan bgtahu harga servis untuk 30k bagi model kete kitaorg dlm rm300++ .. so dengan suki hatinya suki pegi ler servis kete last weekend..tup2 terkejut bila kena charge smpi rm600++ .... double tu... aduhh pening2.. bila ditanya kenapa mahal sgt, staff tu ckp mmg untuk mileage 30k gitu charge nyer..emmm..adakah betul kwn2..kalau korang ada pengalaman, sila bgtahu ye..thanks in advance :(
Nasi Kandar Line Clear, Penang
Asyik dengar orang bercerita hal nasi kandar line clear je selama ni..walaupun suki bukan ler penggemar nasi kandar tp memandangkan sifat nak amik tahu atau busy body kan..so cuba ler mencari jua kedai ni..opps bukan kedai ok bagi yg lum sampai..sbb takde kedai pun..cuma di lorong tepi kedai je..heheheh..mula2 ingatkan kedai nasi kandar siap air-cond sebelah tu line clear .. rupanya tertipu..yg org tengah beratur panjang tu baru ler tmpt makannya..hehehe..
Hebat ler..tak perlu kedai besar or cantik or mewah untuk tarik pelanggan...sekadar di lorong tepi kedai pun tak menang tangan...harga mak aiii...terkojut den...kepala ikan rm70...sotong rm20..udang rm40..semua tu harga seunit ye..kalau nak order ber ekor2..sila pikir dulu berapa ada dlm wallet anda..hahahah....makan ramai2 ok ler..enjoy ler..
Tp untuk suki mungkin tak pegi lagi kot..kecuali kena paksa...hahah...sbb tmpt tu agak panas..dan kurang bersih..sorry sgt2 kalau ada yg kata suki ni poyo...sbb itu mmg kenyataan...kalau line clear buat kt medan selera ke..or food court ke..maybe lg best kot..tmpt luas dan teratur... :)
Friday, December 27, 2013
Jangan Menyakiti Hati Sesama Muslim
Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?” Mereka berkata, “Tidak, semoa Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.
Dua Golongan Wajib Dibantu
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seolah-olah berjuang dijalan Allah” dan aku kira baginda telah bersabda, “Seperti orang yang bersembahyang malam tetapi tidak berasa letih dan seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka (tidak rasa lapar)”.
Hak Anak Yatim dan Orang Perempuan
Daripada Abi Syuraih Khuwailid bin Amru RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah Sesungguhnya aku sangat mementingkan hak dua orang yang lemah iaitu hak anak yatim dan orang perempuan”.
Bertaqwalah Kepada Allah S.W.T.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).
Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.
Thursday, December 19, 2013
Wednesday, December 18, 2013
Tuesday, December 17, 2013
T.I.M.U.N
* Di Mesir, jus timun digunakan sebagai ubat penurun panas yang baik bukan saja untuk demam tetapi berasa ‘terbakar’ dalam badan.
* Di Russia, timun pada masa dulu dianggap sebagai makanan penting dan dijadikan ubat dalam perubatan tradisional. Bahkan, ada perayaan tradisional sempena timun, yang diadakan di tempat berlainan di Russia.
* Timun tidak mengandungi sebarang kekotoran yang berbahaya dan sesuai untuk makanan walaupun untuk orang dengan pelbagai reaksi alergi.
* Timun mengandungi 95 peratus air yang bermaksud bahawa makanan ini sememangnya tidak beban pankreas.
* Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
* Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
* Kajian turut mendapati, sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun, membantu mengurangkan paras kolestrol.
* Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata. Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak berkenaan.
* Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.
Membahagiakan Orang Lain
Orang yang mengecapi kebahagiaan adalah orang yang membahagiakan orang lain. Apabila ada dalam kalangan kita orang yang jenis pemalas atau baran, kita perlu kasihkan mereka dan doakan mereka supaya berubah. Orang yang pemarah mendedahkan kelemahan dirinya sendiri. Kerana itu kita perlu memandang mereka dengan rasa kasihan.
Monday, December 16, 2013
Burger Bako lagi...
Sebelum2 ni dah singgah..datang lagi rupanya..ada tarikan lr tu...tarikan untuk menambahkan lemak di malam hari..hahah...mcm biasa benda ni tak plan..adik2 yg suka makan..so layan je ler..burger bakar abg burn di ampang...makan burger di malam hari kt situ tak terasa yg dah makin lewat sbb tk sepi kawasan tu...happening...kebanyakan datang family dan ada juga kawan2 lepak..mmg enjoy ler makan smbil lepak...cuma takleh selalu ler...makan berat di tengah malam..tak elok utk kesihatan..kan kan kan..
Friday, December 13, 2013
Terima Kasih Astro
Mula2 marah ler juga..tp bila diselesaikan dengan baik..hilang marah tu..citer dia gini..sabtu lepas org astro dtg tukar decoder..so selama ni pakai astro biasa dah jadi astro beyond..masa call mmg cakap nak tukar decoder je..takde charge tersembunyi dan takde apa2 perubahan..ok fine...kita setuju sbb dia kata nanti decoder lama dah takleh pakai..
Bila installer dah pasang semua..tup2 ada charge plak rm50..katanya untuk HD..emm..asal td ckp takde charge kan..bayar..sabar lg ni..elok dah pasang semua..try ler buka channel fav kan..710 xde, 711 xde, 712 xde..tanya ler installer tu nape takde channel2 tu..dia ckp 'ooo itu u kena call astro, kitaorg tak tau'...sabar lagi..
Then diaorg dah blk..call customer service..hokey...rupanya decoder tu datang sekali dengan value pack yang bermaksud pek penjimatan dlm bahasa jawa...jimat amendenya bila bayaran sebulan dia lg mahal dari pakej yg kita langgan selama ni...hampeh..masa call dulu takde ckp pun pakej akan ditukar kepada value pack katanya...value pack tu ada indo pack..hello..i tak tgk sinetron hokey...i marah ni..customer service kata boleh kalau nak tukar kepada pakej asal..tp u kena penalty rm120..aikkk...diaorg yg suka2 hati tukar pakej..kita yg kena bayar denda..WTH...
So before suki tambah dosa mencarut lagi..suki complaint pada ruangan complaint di website astro...alhamdulillah dpt staff astro yang layan baik giler..buat siasatan semua dan mmg kesalahan di pihak astro..dan akhirnya value pack kononnya tu dah ditukar pada pakej asal..takde sebarang charge dikenakan...lega sgt..
So moral of the story..kalau korang agak2 kena kencing mcm ni..cepat2 buat report di ruangan complaint..jangan melalak di fb, blog or twitter je..sbb diaorg tak layan cmtu..sbb masih ada peluang utk kita sebagai pengguna menegakkan kebenaran dan hak kita...Alhamdulilllah selesai :)
Thursday, December 12, 2013
Wednesday, December 11, 2013
Tuesday, December 10, 2013
Musim Buah Dah Tiba
Wah syok2..ada kawan2 yg ada dusun buah-buahan ni mmg best ler..lama giler tak makan buah manggis..bertahun gak ler rasanya...mcm rambutan tu tiap2 tahun ada ler juga..tiba2 ada kawan yg baik hati bawak berapa kilo ntah rambutan dan manggis..bestnya...semoga pokok2 korang akan berbuah lebih banyak di tahun2 akan datang...disebabkan sifat pemurah ni kan..thanks again
Friday, December 6, 2013
Jauhi Sifat Bakhil
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, "Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.
Sumber : e-hadith
Luahan di Pagi Jumaat
Belajar dan bekerja di institut pengajian tinggi yang mempunyai pelajar dan staf international yang ramai mmg ada kelebihannya..sbb suki dapat bekerja dan berkawan dengan pelbagai background kawan2...tp lately suki sedikit terkilan dengan sikap segelintir Arab yang amat kurang ajar, tak ikut peraturan dan panas baran..suki bahasakan Arab sbb diaorg semua ni berasal dari middle east dan berwajah putih gebu..tp pakaian dah bukan purdah dan jubah lagi....maybe diaorg dari Iran, Iraq, Saudi Arabia or lain2 negara...diaorg boleh marah2 tanpa usul periksa..diaorg boleh berperilaku kurang ajar pada orang Malaysia..seolah2 ni negara diaorg..sorry suki takde maksud nak bersikap berat sebelah gini..tp bila diaorg dah kurang ajar..rasanya mmg layak dikata sedemikian..
Suki lebih suka berkawan dan berurusan dengan muslim yang berkulit gelap dari negara Somalia, Sudan dan Egypt..sbb diaorg lebih bersopan santun, baik budi pekerti dan mengikut peraturan..memandangkan tempat tinggal suki juga ramai penduduk middle east, mmg tak dpt disangkal lagi..kanak2 arab ler yang suka merosakkan kemudahan di rumah, semua bukti ni dirakam cctv dan dipamerkan di notice board...pak Arab pula suka menengking guard dan melanggar peraturan yang ditetapkan di condo..
Kenapa agaknya ye, bangsa Arab perengus dan pemarah serta panas baran..adakah faktor pemakanan daging merah (kambing, lembu, unta, dll) menjadi punca..ataupun faktor negara berperang menjadikan diaorg hilang rasa bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain..
Rakan2 dari negara Palestin antara bukti, rakan2 suki yang berpewatakan baik dan berhemah kalau nak dibandingkan dengan Arab dari negara2 lain...ntah ler..rasa mcm kalau nak berlagak di negara orang .. baik korang belajar or bekerja kt negara korang yang sedang bergolak tu..mmg sesuai..
notakaki : jangan marahkan suki atas luahan di atas..sekadar meluahkan yg terbuku di hati :(
Thursday, December 5, 2013
Wednesday, December 4, 2013
Tuesday, December 3, 2013
Coffee and health: What does the research say?
Donald Hensrud, M.D.
Recent studies have generally found no connection between coffee and an increased risk of cancer or heart disease. Earlier studies didn't always take into account that known high-risk behaviors, such as smoking and physical inactivity, tended to be more common among heavy coffee drinkers at that time.
High consumption of unfiltered coffee is associated with mild elevations in cholesterol levels. And another study found that two or more cups of coffee a day can increase the risk of heart disease in people with a specific — and fairly common — genetic mutation that slows the breakdown of caffeine in the body. So, how quickly you metabolize coffee may affect your health risk.
Newer studies have also shown that coffee may have benefits, such as protecting against Parkinson's disease, type 2 diabetes and liver cancer. And it has a high content of antioxidants. But this doesn't mean you should disregard the old maxim "Everything in moderation." Although coffee may not be very harmful, other beverages such as milk and juice contain nutrients that coffee does not. Also, keep in mind that coffee accompaniments such as cream and sugar add fat and calories to your diet. Finally, heavy caffeine use — on the order of four to seven cups of coffee a day — can cause problems such as restlessness, anxiety, irritability and sleeplessness, particularly in susceptible individuals.
Source : http://www.mayoclinic.com/
Monday, December 2, 2013
Yang Mana Satu Idaman Kalbu
First time mencuba untuk beli muffin di Occubite ni..ok, tak menghampakan..harga pun berpatutan...lagi best packing dia cantik..so suki beli untuk jadikan buah tangan.. tak perlu ler kita tukar kepada bekas kita kalau packaging diaorg dah menarik kan..suka dengan pilihan mini muffin yg ada di situ...insyaAllah boleh try lagi lepas ni..sape2 yg lum penah rasa boleh ler cuba ye..tp rasa itu subjektif..ada org lidahnya kata lain..org ni kata lain..tul tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)