Wednesday, November 29, 2017

Durian oh Durian


Ini citer minggu lepas..sorry ler lama tak update..busy je skrg ni..disebabkan sekitar kawasan kitaorang, Wangsa Maju dan Setiawangsa dan dilanda musim durian, makanya..kiri kanan jalan ada penjual..setengah tu dari lori terus..kat area rumah ke ofis ke..bau durian mesti menyinggah ke hidung..mana bleh tahan kan..suki mesti cari punya ler..hihi


Macam biasa suki ke area gerai-gerai durian area sri rampai..cuma kedudukan tahun ni dah berubah sikit sebab ada keje2 pelebaran jalan rasanya..semua dah dekat dengan shoplot yang ada area situ..bagi penduduk sekitar kawasan ni tahu ler gerai2 ni pindah area Wahab Cendol dan Domino Pizza..


Macam biasa kitaorg akan terus makan kat situ..senang ada orang bukakan durian..dapat mineral water free hahaha..tp itu ler..harga durian kt KL mmg mahal..untuk durian kampung saja dah RM25 sekilo..so sebiji durian kampung ada le dalam RM45 ke RM50..selalu dengar orang share beli di Perak dan Pahang..harga ikut biji..RM50 boleh dapat 3 biji durian kampung..tp kat sini tak dapek lr...itu yang jadi tak berani tanya musang king..huhu


So durian dah settle..lepas ni nak memburu rambutan lak..saja cari penyakit batuk kan..hihi...



Monday, November 20, 2017

Taman Eko Rimba KL a.k.a Bukit Nanas


Aktiviti suki weekend lepas adalah masuk hutan simpan Bukit Nanas..dah lama tau teringin nak ke sini..tp tak jumpa jalan masuk hahhaa..akhirnya weekend lepas berjaya pergi..pergi ramai2 dlm 15 orang..dah semua first time ke situ...


Kalau korang pun tak tahu juga macam suki..korang pusing2 ler area bukit nanas tu...smpi korang nampak ada church situ..opposite tu je pun...so seawal 7.30 pagi kitaorg dah berkumpul di Pelita Nasi Kandar Jalan Ampang..biasa ler bila ramai ni..nak cukup korum tu ambil masa..sorang sampai tunggu lagi..smpi ler cukup semua baru kitaorg gerak...


Dalam 8.30 baru berjaya cukup korum..dan lg best semua ni last minutes plan tau..dah semua berjaya utk ikut..yg dua tiga orang tak dpt ikut tu mmg ralat giler lr.. sbb bukan senang nak kumpul kawan2 di pagi hari cuti ni ..hahaha...korang boleh parking di depan church yang perlu dibayar ikut jam..iaitu rm1.50 sejam ataupun di sebelah pintu masuk hutan simpan ni yang dibayar rm10 per entry tak salah suki..bila sampai je taklehmasuk lagi rupanya hahaha..excited sangat...hutan simpan Bukit Nanas a.k.a Taman Eko Rimba KL hanya dibuka jam 9 pagi hihi..so sementara nak masuk tu kitaorg pusing2 le mini muzium dalam tu..ada mcm2..best sangat..


Dalam muzium tu ada bilik glowing in the dark..ada bilik interaktif..mmg informatif ler muzium setinggi tiga tingkat tu..boleh kenal segala flora dan fauna yang terdapat di situ..yang menjadi tarikan suki adalah jambatan gantung dia hihi..last suki naik jambatan gantung kt sunway lagoon kot..ada lagi tak jambatan tu hihi..sbb lama tak ke sana... 



Untuk memulakan perjalanan kita kena naik tower nak setinggi tiga tingkat ni..sebab jambatan gantung ada dalam 3 ke 4 ke 5 ntah..suki tak ingat..setiap jambatan disambungkan dengan tower gini..dan makin lama kedudukan jambatan gantung tu makin tinggi..so elok2 kita ni dalam hutan tetiba nampk bangunan2 di KL hihi...lagipun jambatan tu makin tinggi sebab kita seolah mendaki bukit ler gitu..



Setelah melalui jambatan-jambatan gantung ni akhirnya suki pun sampai ler ke puncak..korang tahu apa puncaknya...KLTower hihi...suki pun baru tahu lepas masuk hutan simpan ni..ingatkan pagi2 ni tak ramai orang..dah ramai pelancong luar dan tempatan sekitar KL tower ni..ada yang mmg keluar dari hutan simpan ni..ada yang mmg semata2 nak melawat KL tower..ada yang nak masuk hutan simpan ni melalui KL tower..



Setelah bergambo sana sini di sekitar KL tower ni..kitarog satu group ni mengambil keputusan untuk balik..tapi nak balik kena masuk balik laluan kita td..cuma bezanya dah tak naik jambatan gantung..cuma ikut laluan pejalan kaki yang disediakan dalam hutan tu..kiranya sekali lagi kena masuk hutan cuma laluan berbeza..




Bila dah sampai di bawah ataupun pintu masuk hutan simpan ni..kitaorg lagi sekali masuk ke dalam mini muzium dia..belajar sikit flora dan fauna..segala jenis pokok, serangga, binatang berbisa, batu, kayu dan jenis tanah dipamerkan di situ..selain dapat beriadah..ilmu pun dapat..suki mmg recommend korang yang tak pernah masuk untuk ke sini..free je pun hahaha..


Friday, November 17, 2017

Salam Jumaat


Sekejap je kan dah hari Jumaat...minggu ni suki busy dengan final exam student2 suki...dan apabila final exam datang maka bermula ler juga aktiviti marking paper yang dalamnya ada pelbagai jawapan..time ni ler kita dapat tengok betapa kreatifnya student kita merepek..siap ada nota kaki tu..sorry sebab banyak missing answer..katanya dah try her/his best...yo la tu...den layan yo...takde markah tambahan dengan nota kaki yang pelbagai itu...

Jangan marah dengan gambar di atas ye...hahaha...itu adalah nasi kukus ayam dara favourite suki...mmg sedap ayam berempah tu..tp suki pernah makan yang lagi sedap..kedai nasi kukus tu terletak di Selera Duta, berhampiran dengan Masjid Wilayah dan LHDN hq...pergh nasi kukus dia mmg sedap dan sambal dia pun best..tp bukan senang nak gi sana..on weekend kedai tu tutup..

So Jumaat ni rehat panjang..ke mana korang...yang lelaki tu gi masjid le ye...salam jumaat buat semua