Thursday, August 10, 2017

Kota Bharu, Kelantan


Bersambung dari entry sebelum ni...dari KL ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Kota Bharu...suki ke Kota Bharu tanpa menggunakan laluan Kuala Lipis dan Gua Musang..scary ler jalan tu..jalan satu lane dengan double line dan dipenuhi lori balak..maka laluan KL-Kuala Terengganu-Kota Bharu lebih elok..walaupun dari KT ke KB tiada highway tp ok ler perjalanan pun ambil masa hanya 2 jam setengah..


Sebelum ni pun suki ke KB atas urusan keje..kali ni pun atas urusan keje tp melencong balik kampung sekali hahah..penginapan di KB telah di booking oleh pihak cawangan..nama penginapan tu Khalifa Hotel and Apartment..bukan hotel pun gayanya..shoplot yang telah diubahsuai...berhadapan dengan Masjid Muhammadi dan tak jauh dari Istana dan Pasar Besar Siti Khatijah...penginapan ni sebenarnya jauh dibawah budget yang sebenarnya..dan suki amat terkejut kenapa pihak cawangan memilih tempat penginapan ni untuk para pegawai dari HQ..dengan keadaan facilities yang kurang baik dan banyak terdapat kerosakan dari bocor dan bekas banjir...last penginapan suki adalah di Renaissance KB yang jauh lagi baik dari sini...hikmahnya menginap di sini adalah dapat dengar azan dan bacaan Quran dengan jelas sebab berhadapan dengan masjid..


Tempoh masa di KB amat singkat..jadi suki tak sempat nak berjalan2 dan shopping ke mana2...sampai untuk check in dah tengah malam...esoknya lepas solat jumaat dah gerak ke Kuantan..ok kita tunggu next entry KB-Kuantan pula ye...


Friday, August 4, 2017

Ikan Celup Tepung (ICT)


Lanjutan dari entry yang lepas..sesudah je suki order kepok lekor dan makan minum di situ...terus ler bertandang ke rumah makcik2 dan pakcik2 di sana..atuk nenek suki dah meninggal..tp tetap panggil umah nenek..memandangkan hari tu hari bekerja jadi ramai ler sepupu sepapat yang takde..semua kt tempat keje masing2..suki pulak singgah kampung sekejap je..suki tak bagi makcik2 bancuh air semua..tp suki bawak diaorg, jemput dari rumah ke rumah gi minum kat pantai dengan suki..hihi...makcik pakcik suki kebanyakan dah pencen dan suri rumah..jadi diaorg mmg ada ler kt rumah..


Ni untungnya kampung suki...tempat makan best2 takyah cari jauh..semua ada keliling kampung je..kebetulan kot kampung suki ni terkenal hahaha..poyo je...so kitaorang menuju ke Pantai Teluk Ketapang ataupun dipanggil Pantai Airport oleh penduduk setempat sebab lokasinya yang bersebelahan dengan airport Kuala Terengganu....


Bagi yang tak tahu...ICT adalah singkatan kepada ikan celup tepung..tp bukan ikan je..ada udang celup tepung..sotong celup tepung juga...selain tu makanan wajib suki amik adalah goreng pisang..bg yang tak tahu..goreng pisang di Ganu lain sangat dari negeri lain..tak tahu sebab apa...jenis pisang ke..jenis tepung goreng ke..suki mmg wajib cari goreng pisang kalau balik kampung..dulu kecik2 makcik suki ada jual goreng pisang..suki akan sibuk bertenggek kt warung dia nak makan goreng pisang free hahahah...confirm rugi dia time suki balik kampung...selain tu kepok lekor pun wajib dijual di tempat jualan ICT ni..selalunya lokasi ICT mesti ler tepi pantai..dan air selalunya akan order air kelapa ori ataupun coconut shake..mcm set lengkap ler tu..kalau dah makan ICT..korang mmg tak cari nasi dah..sebab kenyang makan semua ni.....ok bersambung next entry...



Thursday, August 3, 2017

Ganu Kiter


Last week suki buat tour tiga negeri di Pantai Timur bermula dengan Terengganu kemudian Kota Bharu dan seterusnya Kuantan, Pahang...semua ni adalah atas urusan kerja tp suki selitkan aktiviti balik kampung sekali..ye ler sambil menyelam minum air kan...


Sejak ada highway LPT2 ni..perjalanan ke Terengganu mmg sekejap je...4 jam dah sampai...so dari KL suki bertolak jam 9pagi..1petang dah smpi..terus je singgah kampung suki ..before gi umah nenek dan makcik pakcik..suki singgah dulu kedai kepok lekor yang terkenal seantero Ganu hihi..iaitu Kepok Lekok Bukit Tok Beng atau singkatannya BTB..selain beratur untuk kepok lekor yang dibungkus menggunakan kaedah vacum untuk lebih tahan lama..suki juga order kepok untuk dimakan di situ..sekarang kepok lekor dah pelbagai..bukan yg asli je ada..yg cheese pun ada..bukan bentuk memanjang je...yg bentuk bulat pun ada..apa lagi dengan harga yang murah semua jenis suki try..hahaha..tamak kan..


Selain bungkus kepok lekor untuk dibawa pulang..suki juga beli makanan fav suki..iaitu karipap inti ikan frozen..dah ler harga murah..sedap pulak tu...semua ni tak dpt di KL ye kawan2..yg dijual di KL pun rasanya amat ler berbeza especially kepok lekor..ringan semacam je...gigit liat pulak tu..sila dapatkan kepok lekor original di Terengganu..yg karipap frozen inti ikan pulak suki lum jumpa dijual di KL..so ambil siap2 untuk dibawa pulang walaupun jauh lgi perjalanan suki..alamatnya kena simpan dlam fridge di hotel ler...ok next..suki ke ICT pulak..tunggu next entry pulak hihi..


Wednesday, August 2, 2017

Pasar Tani Baru


Berita baik bagi penduduk Wangsa Maju especially Bandar Baru Wangsa Maju..setelah 10 tahun bandar baru ni dibuka akhirnya penduduk sini dapat merasa untuk membeli ikan, udang, sotong, ayam dan sayur fresh dari ladang dengan hanya berjalan kaki..kalau tak before ni kena ke Melawati ataupun pasar malam di AU2 dan sekitar..selebihnya beli di pasaraya je ler..sekarang tidak lagi..kita orang dah ada pasar tani..yeeehooo

Lokasinya ada di tapak parking Wangsa Walk Mall di sebelah belakang yang opposite NZ curry house tu...baru mula beroperasi 3 kali ahad..dan suki dah pegi masa minggu ke 2 pasar tani ni beroperasi..mmg happy giler suki..semua barang dijual di situ..pendek kata barang dapur complete boleh dpt situ..moga2 pasar tani ni berkekalan...jangan jadi bahan eksperimen pulak...



Kiranya lepas ni..selepas jogging pagi Ahad tu..terus ke pasar ler untuk mencari barang fresh..rutin Ahad suki sudah berubah hihi..poyo je bunyi kan..pasar bermula dari 7 pagi hingga 12 tengahari..sape belum datang singgah ler..