Wednesday, July 12, 2017

Open house di sini


Last weekend suki perasan jalanraya amat sesak..dlm fikiran suki mesti semua orang masih sibuk beraya kan...byk dpt jemputan open house kan..jeles tgk...takpe kehidupan kita tak sama..suki dah abis belajar nanti nak join korang beraya selama sebulan hihi...

Dalam korang beraya sakan tu..suki pula seminggu tu sibuk edit hasil keje di laptop..pastu print di library universiti buat master copy..then berakhir di Achik Printing di Taman Melawati untuk di photocopy dan binding sebanyak 6 set...ini ler yang kami para student korbankan..selain korbankan masa bersama kawan2 dan family..duit ringgit pun kena korbankan untuk printing semua ni..bukan murah2 ye...moga pengorbanan ini berbaloi..moga ilmu yang kami dapat ni akan dipanjangkan ke generasi seterusnya..InsyaAllah..Amin

Jangan stress2 senyum sokmo =)


Sunday, July 9, 2017

Puasa Syawal


Puasa 6 di bulan Syawal

"Siapa sahaja yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa 6 hari bulan Syawal. 
Maka seperti puasa satu tahun"
~ HR. Muslim


Raya dah habis


Walaupun bulan Syawal masa banyak hari lagi berbaki..dan ramai ckp raya tu sebulan..tp tidak bagi suki yang ada assessment a.k.a exam dua minggu lagi...betul2 di hujung Syawal..memandangkan bulan puasa kurang produktif...raya pulak mmg tak sentuh buku and laptop langsung..maka ini ler masanya suki korbankan open house..tgk movie Spiderman mahupun Transformers...lepak makan sana sini..demi untuk study ku....


Korang masih beraya kah? Jeles tau i, takpe2 sikit je lagi...lepas ni boleh raya sakan..sebelum tu suki nk tanya ada tak kawan2 blogger yang biasa beli air dlm gambar ni...jenama 'Ayaq Botoi'...suki beli di pasar ramadhan wangsa maju ramadhan lepas..sedap pulak tu..mana nak dpt kalau bukan di bulan puasa..

Wednesday, June 21, 2017

Suasana raya dalam mall


Dah tak sampai lagi seminggu nak raya..rasanya ramai dah siap persiapan raya dari segi baju raya, kuih raya dan tukaran duit raya kan...suki bersederhana je tahun ni..takde shopping sakan seperti tahun2 sebelum ni..


Walaupun tak shopping sakan tp suki tetap pusing dua tiga mall macam biasa..selain dapat window shopping, suki dapat tgk suasana raya yang pelbagai dan kreatif dari pengusaha mall ni...sempat ler suki gi sunway putra mall, midvalley megamall, nu sentral dan the curve...setiap mall ada decoration yang berbeza...yang pasti semua nampak meriah..suasana yang dapat raya setahun sekali je kan..


Korang shopping mana tahun ni?