Tuesday, August 9, 2016

SkipTrace


Korang dah tgk ke citer baru Jackie Chan ni...setelah beberapa minggu, suki baru berkesempatan tgk last weekend..walaupun dah tak banyak waktu tayangan tp panggung hampir penuh juga....ramai juga peminat jackie chan yang tgk last minute ye...


Citer ni tak menghampakan..kisah yang melibatkan beberapa negara seperti Hong Kong, Mongolia, Rusia dan Macau...kisahnya Jackie Chan seorang pegawai polis yang menjejaki dan membawa pulang seorang mat salleh ni lakonan Johnny Knoxville...maka bermula ler perjalanan yang penuh adventure dan rintangan memandangkan si mat salleh ni dah bakar passport diaorg berdua...banyak kisah komedi dan of course aksi lasak jackie chan..apa yang bezanya jackie chan dah semakin tua dan aksinya dah semakin kurang..



Bagi yang nak dengar suara Jackie Chan nyanyi lagu Adele..boleh ler tgk movie ni..so suki bagi 3 bintang bagi movie ni

Monday, August 8, 2016

Mee Racun Batu Pahat


Dah seminggu balik dari Johor tp entry pasal gi sana lum abis lagi hihi...sorry ye kekangan waktu dan juga busy jadi lambat post semua ni..masa ke Batu Pahat baru2 ni, suki diberitahu yang selain Beriyani Gam, Mee Racun juga salah satu tarikan di situ...so apa lagi google ler kan..


Mula2 nak cari nasi beriyani tp rupanya nasi beriyani dapat makan siang je..malam tutup...so cari pulak mee racun...setelah sesat ke sana ke mari akhirnya suki jumpa juga tempat ni...gerai tepi jalan besar..ada terbentang banner mee racun hihi...rupanya mee racun ni adalah mee yang dimakan dengan daging kambing..walaupun suki kurang gemar kambing tp sebab nak cuba kan..so order juga..tidak mengecewakan...kiranya dia ala2 mee udang...cuma udang tukar kambing hihi


Walaupun hanya tepi jalan tp ramai pengunjung..nak dapat meja kena tunggu turn...harga pun tak mahal..jadi berlumba2 ler org datang makan situ kan...


Sebelum balik meninggalkan Batu Pahat suki singgah sekejap ke pekan Ayer Hitam..geram tgk deretan kedai2 pasu..Ayer Hitam mmg terkenal dengan tmpt jualan pasu2...cantik2..murah plak tu...banyak sgt pilihan..mmg best ler ... ikut hati nak borong semua .. maka tamatlah entry berkenaan suki ke Johor..ntah bila ler nak ke sana lagi kan..

Friday, August 5, 2016

Hotel Katerina


Pertama kali menjejakkan kaki ke Batu Pahat, Johor...selalu terus ke Johor Bahru je..kali ni ada jemputan kawin di Parit Karjo, makanya pertama kali suki turun ke kawasan ni...masuk agoda cari hotel...nama hotel ni yang banyak kluar so terus booking je..Batu Pahat ni pekan kecil...rasanya dengan adanya Universiti Tun Hussein Onn (UTHNM) pekan ni semakin berkembang, banyak perniagaan2 muncul..



Masa mula2 jumpa hotel ni..terus kagum..walaupun tak banyak bintang tp hotel ni cantik..luar dan dalam cantik...masa suki menginap situ, hotel dipenuhi oleh staf2 institut sukan negara termasuk YB KJ pun menginap situ sebab ada program Fit Malaysia di Batu Pahat..makanya luar dalam hotel nampak kelibat diaorg ni je...kat luar lagi ler ..nampak abg2 polis yang bertugas..ye le menteri turun kan...


Sepanjang suki menginap di sini, staf2 semua baik dan friendly...dari receptionist, housekeeper smpi ler ke FnB staff..semua bagus...pengalaman yang baik..dan susah nak nampak bangla, nepal or pekerja asing lain di sini..mungkin ada suki yang tak nmpk ke kan...rezeki suki ler hihi...

Breakfast yang disediakan pun sedap..banyak suki makan walaupun sedar nak gi makan kenduri kawin lagi hahaha..rezeki jangan ditolak...kalau ada peluang ke Batu Pahat lagi..suki mesti pilih hotel ni...terbaik 

Tuesday, August 2, 2016

Singgah Melaka Jap


Dalam on the way ke Johor, suki ambil kesempatan utk singgah sebentar ke Melaka...walaupun dekat je dengan KL tp dengan kesibukan sekarang, jadi jarang dapat ke bandar Melaka ni..alang-alang dah lalu tu singgah ler sebentar...Melaka pun kecik je, sekali pusing dah abis hihi...


Tempat pertama persinggahan suki adalah Asam Pedas Claypot..first time suki ke kedai ni...just taip dalam gps kereta..tempat makan..yang pertama naik Asam Pedas Claypot Kota Laksamana..maybe waktu tu suki berhampiran kawasan kedai tu kan..


Tidak mengecewakan walaupun pertama kali ke sini...banyak pilihan untuk asam pedas...rasanya sedap..servis bagus..kedai bersih...suki bagi 5 bintang....uniknya kedai ni adalah...dia ada dua kedai...berhadapan...satu kedai kecik dan satu kedai besar...yang kecik buka siang dan yang besar buka malam..tuan punya kedai ckp malam lagi ramai so buka yang besar....mmg ramai pelanggan ni..suki datang tengahari makanya dapat makan di kedai kecil..tp tetap tak mengecewakan..otak-otak sedap...jeruk pedas mangga sedap...perghh teringat lagi rasanya


Selesai lunch, pusing-pusing bandar Melaka kejap..then suki ke Pantai Klebang...apa lagi kalau bukan misi mencari coconut shake yang famous tu...ni kali kedua suki ke sini dan mmg tak sesat dah mcm masa mula2 cari dulu...orang ramai tp disebabkan kedai ni ada sistem yang cekap dan pekerja yang mahir..takde buang masa untuk membayar, dapat makanan dan dapat tempat duduk...sistemnya adalah..mula2 smpi terus beratur untuk bayar...sambil2 beratur tu mintak kawan or family ambilkan kuih2 atau nasi lemak atau kepok lekor yang mmg terhidang atas meja..bukan apa senang bayar terus.smpi kaunter terus bgtahu nak berapa gelas coconut shake dan bayar sekali harga makanan yang kita ambil tu...then cari tempat, duduk dan dpt coconut shake..memandangkan kita makan simple je ...jadi setiap pengunjung tak mengambil masa yang lama di kedai tu....kejap je org akan bangun dan yang baru smpi dpt tempat duduk..senang kan..hihi