Tuesday, April 12, 2016

Tanda Seseorang Itu Kaya

ANDA SEORANG ITU KAYA IALAH APABILA BELIAU MAMPU MEMBERI.

KAYA MISKIN semata-mata diukur atas dasar harta, padahal banyaknya harta tidaklah membuat seseorang menjadi KAYA.
Kekurangan harta tidak membuatkan seseorang menjadi MISKIN.
KEKAYAAN tidak berbicara tentang berapa banyak yang seseorang MILIKI, melainkan tentang berapa banyak yang dia KONGSIKAN.
Ketika seseorang mahu berkongsi dengan sesamanya sekalipun tidak memiliki harta yang banyak, Ketahuilah dia adalah seorang yang KAYA!
Sebaliknya, seseorang yang tidak pernah berkongsi dengan orang lain sekalipun memiliki nikmat harta yg melimpah, dia adalah seorang yang MISKIN.
"Bukan seberapa BANYAK yang kita DAPATKAN, tapi seberapa BANYAK yang dapat kita kongsikan"

Sumber :





Thursday, March 31, 2016

Lorong Seni Negeri Sembilan

Selama ni lukisan dinding terkenal di Penang kan..selepas Penang ada 2-3 negeri yang mula manfaatkan dinding buruk belakang lorong-lorong dengan lukisan yang menarik contohnya di Terengganu, Kedah dan Shah Alam..ini setakat yang suki tahu ler..rasanya ada lg kot negeri-negeri lain..tujuan utama untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara selain mencantikkan lorong belakang kedai yang selalunya comot dan kotor..

Yang terbaru adalah di negeri sembilan..untuk makluman lanjut boleh usha di Page FB Ujang..rasanya beliau ketua projek ni kot..kalau tak salah ler..kalau salah maaf kan den yo...ada peluang nanti suki nak bergambar di situ juga ler..