Monday, December 21, 2015
Friday, December 18, 2015
Monday, December 14, 2015
Langkawi : Part II
Hari kedua..awal-awal pagi kitaorg dah siap..walaupun tak cukup tido sebab hari pertama kitaorg merayau pusing Langkawi sampai tengah malam...tp sebab nak join Island Hopping, senang je nak bangun tido...bot kitaorg dijangka bertolak jam 9.30 pagi..makanya bangun awal...breakfast awal..dan kluar hotel awal..
Island hopping ni antara aktiviti popular di Langkawi...selalunya pelancong akan amik pakej ke 3 pulau...dan suki pun amik pakej yang sama...kitaorg amik satu bot untuk satu family...kalau yang datang bercuti berdua bertiga selalunya kongsi bot dengan pelancong lain..tp kalau datang ramai2 best amik satu bot je..kos bergantung pada bot yang kita ambil..suki dapat rm200, kiranya antara yang murah sebab ada yang charge rm300 dan rm350 bergantung pada pengusaha bot tersebut..kena pandai runding hihi...untuk ke sana kitaorg naik bot di jetty berhampiran Langkawi Yacht di Kuah...
1. Pulau Beras Basah
Tempat pertama yang kitaorg singgah dan berhenti adalah Pulau Beras Basah...subhanallah...cantik sungguh pulau ni...airnya jernih, bersih dan terpelihara...berbeza dengan pantai yang boleh dikunjungi dengan kereta..pantai sini amat bersih...semua org tak kira tua dan muda amik kesempatan untuk bermain air dan pasir...sebab tu suki datang hanya dengan t-shirt, seluar track dan selipar sebab aktiviti di sini tak perlukan kita untuk bersiap lawa2...semuanya nak mandi laut, main air dan main pasir..selain berkelah di tepi pantai..mmg best..kitaorg berhenti di pulau tersebut lebih kurang sejam juga ler..
2. Pulau Singa Besar
Destinasi kedua adalah Pulau Singa Besar, tp pulau ni tak perlukan kita untuk mendarat sebab aktivitinya adalah memberi makan helang..hampir 10 biji bot juga ler yang sedang berhenti untuk memberi makan helang..nak ambil gambar pun tak sempat sebab helang ni laju betul..seronok diaorg takyah cari makan sendiri...orang datang bagi makan je. hihi..masa di sini tak lama .. dalam lebih kurang 15 minit gitu je...
3. Tasik Dayang Bunting
Lokasi terakhir adalah Tasik Dayang Bunting...cantik betul air di sini...nak ke tasik..mula2 bot turunkan kita di jetty kemudian kita kena amik tiket untuk masuk..rm3 seorang dan mulakan pendakian anda..nak ke tasik tu kena naik dan turun tangga baru jumpa tasik yang amat cantik itu..mcm tempat tersembunyi juga ler..dinasihatkan anda tak banyak makanan yang menarik minat monyet sebab terdapat monyet2 di tepi2 laluan kita nak ke tasik...banyak aktiviti boleh dibuat disini...antaranya mandi...snorkeling...jet ski...dan juga fish spa...ikan dia bukan ikan kecik2 tp ikan besar2 hihi...memandangkan tmpt ni tasik..makanya air dia mmg dalam...takde tebing...dari tepi dah mmg dalam...so ada ler disediakan satu tempat untuk kanak2..ala2 swimming pool gitu sebab mmg bahaya kalau kanak2 terus terjun tasik tu..tempoh masa di tasik dayang bunting ni lebih kurang sejam lebih juga ler...puas hati dapat datang sini...
Selesai aktiviti island hopping...kitaorg balik rehat di hotel...kemudian kluar semula untuk melawat tempat2 menarik yang lain contohnya Beras Terbakar, Pantai Cenang dan pelbagai tempat lain...
Thursday, December 10, 2015
Langkawi : Part 1
Suki baru je balik dari bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga...so sekarang masanya untuk update entry berkenaan short getaway tersebut..tak perlu lama pun...3 hari 2 malam je..lagipun mmg susah nak cari hotel bila hujung tahun ni..hampir semua hotel penuh...kena booking awal2 baru dapat..
Suki ke sana menaiki feri Langkawi..naik feri di jeti Kuala Kedah..dan ada perkhidmatan untuk parking kereta..suki suggest korang gi awal supaya dapat parking dalam kawasan sekolah yang mana lagi selamat dan lagi tersusun..parking kete dikenakan RM10 untuk sehari atau 24 jam...makanya 3 hari RM30 je..
Kemudian jarak perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa sejam setengah..alhamdulillah cuaca baik dan takde gelombang kuat..itu yang paling orang risau kalau naik feri...nanti perut akan rasa tak selesa..
Sampai je Langkawi...lepas lunch, solat dan check in hotel..kitaorg tak masuk hotel pun..just check in dan tinggal beg pada bellboy..,terus kitaorg keluar merayap...hihi...seminit pun tak kasi chance...ye ler langkawi ni banyak sangat tempat menarik..tak pernah jemu turun sini...memandangkan suki datang bersama keluarga besar seramai 9 orang makanya kitaorg sewa van Inova sebagai transportation ke sana..sewa sehari Inova adalah RM160...tp sekarang dah ada perkhidmatan untuk bawa kereta dan tuannya sekali ke langkawi...namanya Langkawi Auto Service tak salah suki...boleh naik di jeti Kuala Perlis...kosnya dari RM250 ke RM340 pergi balik...dan harga termasuk pemandu..jika membawa penumpang perlu bayar RM15 untuk setiap penumpang...next time suki nak bawa kete sendiri ler..senang sikit...
Lepas check in di kaunter hotel..kitaorg terus pusing-pusing pekan Kuah..ye ler...masing2 nak survey barang-barang murah di sana...kitaorg masuk kedai dan kompleks Haji Ismail Group...Rams...Idaman Suri..serta Saga...nasib baik semua berdekatan je...so survey dulu...beli coklat untuk dimakan dalam kete...then teruskan perjalanan ke Pantai Cenang...selepas ke Pantai Cenang kitaorg gerak pula ke Langkawi Airport iaitu di Padang Matsirat...sebab di situ memang sesuai untuk minum petang...ada deretan tempat makan yang betul2 di tepi pantai...sambil makan sambil menghirup udara laut..mmg best...tak dapat di kl...so hari tu family kitaorg makan Laksa, Pasembor dan air kelapa ... selepas seharian pusing Langkawi..malam baru kitaorg masuk bilik hotel...hihi
Bersambung ke Part 2 pula ..
Subscribe to:
Posts (Atom)














