Kedai-kedai yang wajib suki singgah kalau balik kampung di Ganu...semua takde di KL mahupun negeri-negeri lain..itu ler perasaan orang yang jauh dari kampung..semua dia perasan kampung dia je yang best..hahhaah...layan kan je ler ye...jangah marah...
Monday, April 20, 2015
#throwback Air Buah Gelas Besar
Korang tahu tak kedai air gelas besar..penah datang tak..antara tempat tarikan pelancong di kampung suki adalah air buah gelas besar...pelbagai jenis jus buah-buahan dan gelas-gelas pun pelbagai saiz dan besar...mmg best...boleh order kepok lekor skali untuk dimakan bersama..meja kt sana pun besar2 sebab kebanyakan yang datang semuanya berkumpulan...mcm suki pun kalau nak ke situ bawak semua sepupu sepapat..hihi...best bila berpeluang berkumpul ramai2...bergurau senda..gelak ketawa..berkongsi cerita...selalunya citer zaman kecik kitaorg akan keluar balik..aktiviti kecik2 dulu time nakal2...rindu semua
#throwback IOI City Mall Putrajaya
Banyak entry2 tertangguh dua minggu ni..maklum ler nenek baru meninggal..suki balik kampung..bila baik KL kena cover keje-keje ofis yang bertimbun...kena sambung tulis thesis..nasib baik supervisor memahami..cuma bos di tempat keje agak kerek..takziah pun takde tp tanya bila nak masuk ofis.agak kejam kan..takpe..tak lama lg nak berenti keje dah..nak focus pada study je..buat apa keje dengan org yang tak berhati perut ni..nama je sesama melayu..
Ni citer hujung mac lepas...suki meeting di Putrajaya..walaupun dah lama mall ni buka..tp suki ni amat jarang le nak turun putrajaya...bukan apa...dah tinggal di KL..mall2 di KL lagi best..hahaha...jangan marah ye orang Putrajaya...so bila dah berpeluang ke sana..suki pun try ler nak kenal dengan mall ni...
Fuhh besar giler..best sebab banyak kedai yang fofular dan femes gitu...pendek kata..masuk mall tu terlupa anda di putrajaya sebenarnya..ingat di KL...memandangkan suki pegi hari keje..so tenang je kawasan tu..maybe weekend ramai orang lr kan..banyak pilihan kedai makan...kedai untuk shopping..dan juga suki amik kesempatan bayar bil Maxis dan Celcom kt sana...lengkap ler pendek kata..untung orng2 Putrajaya...byk tempat nak shopping...dulu ada Alamanda je...
Saturday, April 18, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)





