Monday, July 30, 2018

Lambakan buah durian tidak dieksport kerana langgar piawaian




SUNGAI PETANI - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa memastikan semua buah-buahan tempatan khususnya durian, mematuhi piawaian ditetapkan, sebelum dieksport ke pasaran luar negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, isu jumlah bekalan durian yang masih banyak di negara ini disebabkan kegagalan mematuhi piawaian eksport, tidak seharusnya timbul memandangkan aspek piawaian bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

"Tahun lalu harga durian mahal disebabkan pengeluaran yang kurang...yang mana kita jangkakan 10 peratus sahaja yang menjadi...berbanding tahun ini, hasil durian banyak, menyebabkan harganya lebih murah di pasaran.

Untuk eksport, kita tetap kena ikut piawaian...ada sistem kawalan dan bukan boleh eksport sembarangan, ada proses-proses tertentu yang perlu dilalui termasuklah mengemukakan sijil bagi membuktikan kualiti durian itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan sempena Program Jom Nikmati Buah-buahan Tempatan di Pusat Operasi FAMA Sungai Petani dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil durian yang bertambah sehingga menyebabkan durian yang sebelum ini dijual pada harga yang mahal, turut mengalami kejatuhan harga.

Ahmad berkata, kajian yang dijalankan FAMA menunjukkan berlaku peningkatan tiga kali ganda pengeluaran buah durian pada tahun ini, iaitu daripada 60,000 tan metrik tahun lepas kepada 180,000 tan metrik.

"Pengeluaran hampir serentak di seluruh negara, khususnya di negeri seperti Johor, Pahang, Perak, Kelantan, Melaka dan Kedah.

Bekalan banyak justeru harga durian menjadi lebih berpatutan sebagai perbandingan, purata harga runcit bagi Musang King (D197) pada bulan Julai tahun lalu ialah RM60-80/kilogram (kg) manakala bagi tempoh sama tahun ini, RM30-40/kg...turun separuh harga dan ini masa yang sesuai untuk menikmati durian sama ada yang biasa atau yang lebih baik," katanya.

Kata beliau, isu lambakan buah juga tidak timbul walaupun pengeluaran buah-buahan tempatan pada tahun ini, lebih banyak berbanding tahun lepas.

"Tidak timbul isu lambakan khususnya membabitkan lima jenis buah-buahan tempatan yang utama iaitu durian, rambutan, manggis, dokong dan cempedak, setakat ini tiada aduan namun pihak berkenaan boleh menghubungi FAMA untuk kita bantu jika buah-buahan mereka tidak dapat dijual," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, dianggarkan sebanyak 50 tan metrik buah-buahan ditawarkan di setiap lokasi penganjuran Program Jom Nikmati Buah-buahan Tempatan.

"Setakat ini program ini sudah dijalankan di 56 lokasi di seluruh negara dan ia sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai kerana ia bukan sahaja memberi peluang pengusaha untuk menjual serta kepada pengguna untuk membeli pada harga berpatutan," katanya. - Bernama

Thursday, July 26, 2018

Kek Lapis Sarawak


Sape sini peminat kek lapis sarawak mcm suki? Walaupun bukan anak kelahiran sana tp minat tu mengalahkan orang sarawak sampaikan kawan2 sarawak mmg dah tahu dah..if diaorg balik kg wajib belikan buah tangan untuk suki.  Sebelum ni suki akan beli melalui kawan2..tp tahun ni suki dah jumpa kedai kek lapis yang tak jauh dari rumah.

Nama kedai tu Mira Cake House yang terletak di Keramat, KL.  Lagi best kedai tu tak tutup pun hari raya hari tu.  Suki yang beraya di KL ni asyik ulang gi beli kek lapis je. Dah ler sedap2.  Memang rasa original sangat pastu murah lak tu. Satu potong tu masih dijual RM10. Rupanya kedai ni mmg cawangan dari sarawak. Diaorg ada 12 cawangan if tak salah suki.

So sekarang selain utk makan sendiri, suki dah tahu tempat yang nak dituju if nak beli buah tangan untuk kwn2 or sedara mara.





Wednesday, July 25, 2018

Musim Buah Datang Lagi


Melampau-lampau musim durian sekarang ni ye..sabar je suki sebab tahun ni kena pantang durian..takpe tahun depan umur panjang boleh makan lagi..walaupun kena pantang durian buah2 lain suki bedal juga..

Gambo atas tu dari kebun pakcik dari Sg Lui..manggis sedap ooiii..tak cukup rasanya bila makan..nak lagi dan lagi..bila dah takde stok dari kampung..mula ler cari area KL plak..tp serius ckp durian lagi banyak dari buah2 tempatan lain..setengah peniaga tu jual durian je..

Lastly sebab hari keje masa suntuk kan..so, beli je ler mana2 yg ada..dpt ler rambutan sekilo..tak berani nak beli banyak sebab tgk tak fresh pun..beli bg hilang teringin je..nasib baik ler ada 2-3 biji je yg rosak..yg lain ok..sampi tgk tv tak sedar malam tu juga abis sekilo..hahha..parah gini..

Monday, July 23, 2018

Monday Blues or not?


Morning semua! Ke dah tengahari? Hihihi jangan marah, lama betul suki tak update blog. Sejak busy mengalahkan PM ni, mmg masa amat terhad. Tapi rindu nak blogging. Harap kawan2 yang still aktif blogging tak busy mcm suki.

So, korang monday blues tak hari ni? Biasa ler monday kan? Suki semangat sikit hari ni, maybe cukup rehat last weekend kot. Banyak keje dpt disiapkan just setakat pagi ni je. Doakan suki sentiasa bersemangat hendaknya, dlm keje mahupun dlm study.

Chaiyok2.