Friday, October 27, 2017

Salam Jumaat


Kajian yg dibuat oleh Muhammad Abdul Khalid, ahli ekonomi dlm bukunya "the colour of inequality : ethnicity, class, income and wealth in M'sia" mengariskan realiti berikut :

1. Lebih 53% rakyat M'sia tidak mempunyai apa2 aset kewangan

2. Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara

3. 80% rakyat yg berpendapatan rendah cuma miliki 5.5% dari aset kewangan negara

4. Lebih dari 70% rakyat M'sia tidak punyai sebarang aset kewangan itu adalah Bumiputera

5. Walaupun ASB dikhaskan utk Bumiputera tetapi lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai akaun ASB

6. 72% Bumiputera yg menabung dlm ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang yg bersamaan hanya 2.6% keseluruhan tabungan ASB

7. Org kaya dari kalangan Bumiputera yg hanya berjumlah 0.2% dari keseluruhan penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yg lain

8. Statistik pemilikan aset kewangan tersebut menggambarkan sebahagian besar rakyat tidak punyai lebihan pendapatan setelah ditolak hutang dan perbelanjaan bulanan utk menabung atau melabur

9. Menggambarkan betapa meruncingnya masalah pendapatan boleh belanja (disposable income) rakyat M'sia

10. Jurang miskin kaya di M'sia semakin melebar

Monday, October 23, 2017

Nasi Ayam Mancongkam


Baru-baru ni suki terjumpa kedai makan baru...itu pun jumpa dalam GPS kete..taip kedai makan berhampiran..hahhaa...so ini yang paling hampir..nama kedai ni Nasi Ayam Mancongkam..maybe mencengkam dalam loghat negeri sembilan..so ikut ler direction dan akhirnya jumpa...betul2 tepi jalan besar..jalan gombak yang nak menghala ke Pasar Besar Gombak..entah macam mana jauh pula perginya suki cari tempat makan hahahah

Suki puji cara operasi dia..iaitu order dulu di kaunter..bayar dan kemudian diberi no order..pastu baru cari tempat duduk dan tunggu order sampai..kiranya konsep fast food restaurant le kan..sebab senang sudah makan dah boleh terus balik..takde lr kena gi kaunter ulang balik apa yang makan tadi..pastu kena check dulu apa yang order tu betul ke tak baru bayar..perut kenyang rasa nak balik je hihi..


bila dah selesai order dan bayar..masa yang diambil untuk hantar order pun cepat...so takde ler menunggu lama sangat kan..so far makanan dia not bad..tp takde lr best giler..sebab dia takde sos nasi ayam yang biasa kita makan..sos yang diberikan adalah sos botol yang kita ada kt umah tu..so kekok sikit nak makan dengan nasi ayam..suki banyak amik sup je ler..kira tak pedas kurang uumm ler untuk suki..

tp lain orang lain selera kan...maybe ada yang suka...so apa2 pun suki puji cara bayar dulu makan kemudian..tp dari segi rasa makanan..boleh diperbaiki lagi ... wahhh ala2 chef plak komen




Friday, October 20, 2017

Student Sekarang..amboii



Dulu time suki study takde nyer nak bagi mcm2 kt lecturer..bukannya suki kejam..tp time student dulu, duit mmg limited...kalau bagi pun hasil keje yang baik..on time..bg lecturer happy..tp student suki sekarang..mcm2 benda dibelinya untuk lecturer..dlm seminggu ada yang bagi pizza. mcd, Starbucks coffee, dan macam2...amboi banyak benor duit korang ye...kalau bagi tu dengan harapan dapat markah tinggi mmg tak ler..sbb suki masih lagi mengikut konsep belajar yang sama masa suki sebagai student dulu...iaitu hadiah yang paling bermakna buat lecturer adalah jadi student yang baik..tak ponteng..buat semua keje..dan perform dalam exam..itu ler yang suki tunggu2...kalau setakat pizza, mcd..iols pun boleh beli hahhah...kejam tul lecturer ni kan...


Tuesday, October 17, 2017

Masak Lemak Ikan Tenggiri


Yeah..suki dah berjaya kotakan janji untuk update blog at least seminggu sekali..hihi..,ni gambo suki makan di restoran bernama Periuk Belanga yang terletak di Kelana Jaya..tak pernah tahu restoran ni..tp memandangkan nak makan nasi putih juga aritu..suki pun berpusing2 area Kelana Jaya tu mencari restoran yang dihajati..yg nampak banyak restoran mama..takmau menu mamak tengahari tu..pastu nampak Sari Ratu..suki tak gemor masakan Indon pula...fast food pun taknak...pusing dalam 3 kali kawasan yang sama..ternampak restoran masakan melayu ni...perghhh...terus cari parking...dalam restoran pun hampir penuh...bila tengok menu mmg menarik...lagi best dia buat set gitu...mksudnya nasi putih dan apa2 lauk...ada nasi putih dengan lauk asam pedas, masak lemak...set ayam penyek (suki tak makan)...dan mcm2 lagi...so of course masak lemah pilihan suki...bab2 berlemak ni mmg i suka benor...hihi..tp untuk selera suki mmg sedap masak lemak tu...tak rugi i makan situ 

Sunday, October 15, 2017

Terengganu Darul Iman


Dua minggu lepas balik kampung beramai2...semua adik-adik suki amik cuti untuk balik kampung...mmg best ler walaupun sekejap...tp kampung suki agak busy masa suki balik tu...ada Jom Heboh yang dibuat di stadium Gong Badak, pertunjukan payung terjun ATM juga di sekitar dan juga acara Fastarkim anjuran Pas...so semua orang luar dari seluruh Malaysia turun ke Kuala Terengganu..bayangkan suki nak belok masuk ke rumah nenek suki pun tak boleh sebab jem teruk...mmg salah pilih date balik kampung hihi..


Bila berkumpul ramai2 ni...acara wajib adalah makan2...ye ler mana nak dapat makanan Ganu di luar negeri Ganu...ada tu ada tp tak sama...dan tak sedap...dah diubah dan tak original lagi...balik kampung...start dari breakfast dah cari nasi dagang, nasi minyak, tepung kapur, pulut sambal...bila tengahari cari ikan singgang dan lauk pauk tempatan...bila petang cari ICT, ikan celup tepung,sotong celup tepung, goreng pisang, sata, sate ikan...bila malam lepak2 air gelas besor...minum air buah, makan kepok lekor, laksam, sate dan macam2 lagi...sila lupakan diet anda ... sebab bila berkumpul ramai2..acara makan ler yang menyatukan semua orang hihi...





lagi best balik  kali ni suki naik kete kuda di Pantai Batu Buruk dan berpeluang untuk bermain buaian tepi pantai di Pantai Teluk Ketapang..mmg best ler...masa terhad tp sempat lg suki ke Pasar Payang mencari souvenir untuk orang di KL, melawat Masjid Kristal dan juga Masjid Terapung...lengkap pusing kampung suki ... kebetulan semua sedara pun free...kitaorg boleh jalan2 cari makan ramai2...best sangat..moga dapat balik kampung kerap2 lagi lepas ni..






B.U.S.Y.


Amboi lamanya tak update blog ni...byk sawang dah ni..adoii laa..suki mmg suka tulis blog tp masa dah tak mengizinkan sekarang ni...sejak dah mula mengajar dan masih lagi belum habis study..suki mcm tak cukup masa dah..tp mcm membongak je kan..orang lain pun busy...maybe suki yang tak pandai membahagi masa kot..moga lepas ni ada peluang untuk update blog at least once a week...supaya tak bersawang lagi :)