Friday, April 21, 2017

Foodtruck di sana sini


Suki puji ler konsep bisnes baru yang sedang berkembang sekarang..nampak lebih menarik, cantik dan kemas..lagi best sebab buat masa sekarang yang bisnes foodtruck ni adalah rakyat malaysia sendiri...penat ler, skrg ni asal yg meniaga makan2 ni..asal buka mulut yang jual makanan semua org luar..diaorg plak jual makanan tempatan kita..patutnya kerajaan lebih tegas pada pekerja asing hanya dibidang tertentu..bidang makanan ni wajibkan rakyat tempatan je..


Di area Wangsa Maju dan Taman Melawati, foodtruck mmg dah jadi satu fenomena baru..buat sebiji sebiji ye..tetapi diberi kawasan yang luas mcm tapak pasar ramadhan gitu..dan semua foodtruck bersusun di situ..menjual pelbagai makanan..bermula 5.30 petang hingga 12.30 malam...best betul..harga semua kena display..rasanya mmg diwajibkan kan kot..so takde ler kita tertipu dengan harga yang bukan2..kalau ada duit lebih beli yang mahal..duit kurang boleh beli yang murah....


Kerusi meja juga disediakan untuk sape2 yang pilih untuk makan minum di situ..kalau nak tapau pun boleh..seronok tengok yang datang beli semua kaum ada..bermaksud foodtruck ni bukanlah sasaran satu kaum sahaja..tetapi berjaya menarik semua orang..mungkin konsep gerai payung dah boleh beransur-ansur tukar kepada foodtruck yang nmpak lebih moden dan menarik..







Thursday, April 20, 2017

KLCC Jogging Track


Baru berkesempatan nak citer kisah jogging last weekend...before tgk Fast n Furious 8..suki gi cari tempat jogging baru...kali ni ke KLCC Jogging Track plak..dah lama dah plan nak jogging sini..tp asyik tak kesampaian..kejap nak naik train pastu tukar nak naik kete..last2 tak jadi pun..hihi.,


Setelah banyak kali tertangguh..akhirnya last weekend suki berkesempatan untuk jogging di sini..mula2 dulu ada perasaan takut..sebab bayang tempat tu tak ramai orang..nanti ada orang jahat ke..kena samun ke time jogging..pikir bukan2 sebab KLCC pun belum buka lagi waktu tu kan..pabila suki tiba pagi2 kt situ..dalam 10 minit sebelum kul 8 pagi...perghh meriah beb...


Ramai orang dah mula jogging..suki je yang lewat...siap ada satu group staf petronas macam ada event diaorg ler situ..berlari gak..marathon kot..suki agak je hihi...tak perlu ada rasa takut ler..mmg ramai yang berjogging situ..dah setiap tempat laluan kita ada guard yang jaga...


Cantik trak jogging KLCC ni..terjaga..selamat dah tak brcampur dengan basikal ke motosikal ke..kita bebas je berlari..ramai mat salleh juga sini..atuk nenek diaorg pun lari laju lagi..ish tergugat tul tengok..memandangkan suki before ni gi jogging kt Taman Metropolitan Kepong yang besar dan luas tu..bila datang ke KLCC rasa aikk kecik je track nya..so suki buat ler 3-4 pusingan baru dapat sama dengan total keseluruhan Taman Metropolitan Kepong tu..


Boleh disimpulkan di sini, track jogging KLCC memang best, terjaga, bersih, teduh dan dikelilingi pokok-pokok cuma kecik je ler..tp takde hal..kita pusing banyak kali hihi..confirm dah jadi antara track jogging kegemaran suki..dah masuk list dah..this coming weekend nak gi mana pula ye...



Monday, April 17, 2017

Fast & Furious 8


Akhirnya suki dah tgk dah Fast & Furious 8..kali ni suki tgk di GSC Pavilion..mmg sold out ler tiket..panggung penuh..maklum ler baru je kluar 13 April lepas kan..dan ni adalah first weekend ditayangkan..so masih panas lagi lr di pasaran..nak pulak ni mmg sequel movie yang diminati di semua peringkat umur..selain banyak babak action..babak lawak pun banyak hihi...


Macam biasa, jalan citer setiap movie ni mmg tak pernah mengecewakan..cuma sedih watak Brian dan takde...itu ler watak Han awal sgt dimatikan..suki minat juga Han..hensem gitu..lagi best tgk kete lawa2 ler dalam ni..bila ler Myvi nak digunakan dalam Fast n Furious ni...hhihi.jgn kecam suki..gurau je...kali ni mengisahkan Dom dah ada anak..dan baru tahu dia ada anak dengan polis Elena tu dulu..so dalam usaha nak selamatkan anak dia..bermula ler babak2 action movie ni...korang nak tahu tgk sendiri ler hihi...cuma suki tgk semua pelakon dah tua2..kesian plak tgk diaorg berlakon babak2 lawan2 ni..selain tu, diaorng ni superhero ke superman sebenarnya...takde cedera langsung..jatuh kete yang tgh laju takde calar ke patah ke..kete terbakar..kena bom..hahahah...lawak ler..lain kali bagi ler cedera sikit..


Walaupun ada yang tak logik dalam movie ni..tp secara keseluruhan ni mmg fav sequel movie suki...tak pernah mis tgk..kalau ulangan kt tv pun tak mis tgk lagi hihi...suka lawak dalam serius diaorg..suki juga tgk friendship diaorang..so sape yang tak tgk lagi..boleh ler book tiket...boleh tgk Brian Jr (anak Dom) dalam movie kali ni...



Thursday, April 13, 2017

Tempat Riadah Baru


Aktiviti yang paling suki gemar apabila weekend adalah keluar jogging di awal pagi...mmg nak tinggalkan katil tu amat susah sekali tapi sekali dah dah sampai tmpt riadah terus happy..suka gemar tukar2 tempat...bukan apa..selain dapat keluarkan peluh dapat kenal tempat baru kan..suki banyak naik bukit belakang rumah atas faktor dekat..selain tu suki dah gi bukit cerakah, taman tasik titiwangsa dan taman tasik perdana.. 


last weekend suki berkesempatan kenal tempat riadah baru..dah lama dengar tp tak tergerak nak ke situ..tmpt tu adalah Taman Metropolitan Kepong..sekali pegi dah jatuh hati hahaha..camno tu..serius best..facilities terbaik..kawasan terjaga..semua peringkat umur ada tempatnya..bagi yang muda akan berjogging..kanak2 ada padang permainan..bagi warga emas ada tempat tai chi dan senaman ringkas..ada yang just bawa stroller jalan2 situ dengan anak..ye ler cuaca pagi kan sejuk dan teduh .. mmg sesuai..


Kawasan taman ni amat luas dan jauh lagi selesa dari taman tasik titiwangsa sebab trek jogging yang luas..berbanding kalau kita jogging pusing taman tasik titiwangsa treknya asyik terputus2 dengan jalan raya..bahaya pun ye..tp taman ni insyaAllah takde kenderaan luar yang kacau trek jogging..selain jogging dan berjalan kaki..ramai juga yang ambil kesempatan menunggang basikal..ada yang bawa basikal sendiri dari rumah dan ada yang sewa di situ...


terdapat tasik yang luas dalam taman ni...dan ada dua pintu masuk utama dari jalan besar...bermakna ada dua tempat parking kereta yang luas..dalam luas tu pun tak cukup..kalau datang lambat sampai tepi jalan besar orang parking..so sila datang awal ye..taman ni dibuka seawal 6 pagi dan tutup 8 malam..


kalau berdasarkan apps pada hp suki..jogging trek tu adalah seluas 7km dan lebih 8000 steps langkah satu pusingan taman tu..harap2 bacaan apps tu betul ler..tp serius best taman ni..thanks pada siapa yang mula2 suggest taman ni..dan tahniah pada arkitek yang merekabentuk landskap taman ni..amat cantik dan praktikal..oh lupa satu lagi..masuk adalah percuma..suki harap one day charge ler rm1...bukan apa boleh ler digunakan untuk upgrade apa2 ke nanti kan..setakat rm1 kitaorg tak marah hihi...





Monday, April 10, 2017

Dah Daftar Haji?


Lain sikit tajuk entry suki kali ni...sebab suki pun antara yang terlambat..korang semua dah daftar haji ke belum..yang sudah alhamdulillah..yang belum cepat2 ler daftar..bayangkan suki yang daftar 2017 pun dapat turn pegi 2118..seratus tahun lagi...sampaikan pegawai tabung haji tu cakap, semua patut daftar haji seawal umur sehari..so baby2 semua dah kena daftar haji ye hihi..ataupun yang ada duit raya anak tu boleh ler guna buat daftar haji diaorg..


sebelum daftar haji, kita perlu ada akaun dengan tabung haji..suki percaya kita semua dah ada buku tabung haji sejak sekolah rendah lagi kan..terima kasih pada ibu bapa kita yang prihatin...so nak daftar haji ada dua cara, first adalah dengan memastikan akaun tabung haji kita cukup RM1300, maka kita layak untuk daftar haji..so boleh ler pegi ke lembaga tabung haji di jalan tun razak ataupun cawangan tabung haji berhampiran anda...pegi sana ckp kt kaunter saya nak daftar haji..dia akan minta buku pastu bagi no giliran..tiba giliran bgtahu lg sekali nak daftar haji..dia akan key in dalam sistem..done! hihi...jika duit kita belum cukup RM1300 dalam tabung haji..kita masih boleh daftar haji dengan menunjukkan statement KWSP yang mana akaun 1 sudah melebihi RM1300..maka  proses dia sama juga..pegi kaunter informasi (gambar atas tu)...bgtahu nak daftar haji guna kwsp..dia akan bagi no giliran dan tunggu lah giliran anda...


suki perasan masa suki gi daftar tu kebanyakkan yang datang dari golongan warga emas je...mungkin golongan muda belum tersedar betapa pentingnya daftar haji ni..semua akan ckp tunggu ler aku pencen nanti..takleh gitu..sebab zaman atuk2 kita dulu boleh ler daftar tahun ni tahun depan gi...sekarang dah cukup duit pun kalau belum smpi tarikh nak pegi belum boleh pegi..walaupun kita nak gi dengan swasta sekali pun still kena daftar dengan tabung haji dulu...rayuan untuk mempercepatkan tarikh tunaikan haji diutamakan pada yang berumur 75 tahun ke atas dulu..sebab kuota haji tak ramai..so mari ler mendaftar..mana tahu Allah buka pintu rezeki kita awal untuk ke sana..InsyaAllah..



Monday, April 3, 2017

Kong: Skull Island


Last 2 weeks suki gi tgk movie Kong:Skull Island..movie ni dah kluar di Malaysia 9 Mac tp 23 Mac baru suki berkesempatan nak tgk..maklum ler sibuk ke Melaka ler, Segamat ler...ni baru masanya nak kembali merehatkan diri di KL..bila dah dua minggu lebih movie tu ditayangkan, suki dah agak mesti tak ramai org dalam panggung...masa booking tiket online pun nmpk ada ler baru 6 orang booking seat...so takpe...sikit pun sikit ler asal dapat tgk...sekali masa hari suki tgk tu, penuh panggung..siap parents bawak anak-anak lagi..meriah tul tgk ramai2 gini...hihi


Movie ni berkisar tentang seorang profesor yang memohon geran untuk buat kajian pasal king kong di pulau ni..tp masa mohon geran dia hanya bagitahu nak kaji tentang pulau yang belum dijumpai oleh sape2 lagi..so nak jadi orang pertama ler..dan banyak kisah kapal terbang dan helicopter yang hilang bila lalu area pulau ni...kira mcm 2nd Bermuda Triangle ler..so bila permohonan lulus...profesor ni bersama pembantu-pembantunya dan group tentera yang bertujuan melindungi operasi diaorg tu pun bertolak..jeng jeng jeng

Nak masuk area pulau ni pun berisiko sebab mcm kena melepasi ribut atau awan bergelora yang kuat dulu baru sampai pulau ni..bila dah sampi...maka bermula lah kisah...king kong ataupun hanya kong dalam movie ni mengamuk ler bila helicopter banyak2 masuk pulau dia..abis dia kutip satu2 helicopter dan hempas..so semua terkandas di pulau tersebut tanpa pengangkutan..dan bermula ler edisi kematian seorang demi seorang ahli rombongan tu...time ni rasa dah macam tgk 'i know what u did last summer' atau 'urban legend' lak...


Citer ni best bagi suki tp suki tak gemor ending dia..sebab ending dia tergantung..seolah suruh kita berfikir ataupun ada sequel movie yang akan datang tahun depan hihi..jadinya kita tak tahu apa kesudahan citer tu..sabor je ler...so suki bagi 4 bintang untuk movie Kong: Skull Island..tak sabar tunggu Fast and Furious 8 plak lagi 2 minggu..