Tuesday, March 28, 2017

Port Baru Melawati


Baru korang2 yang tinggal area Taman Melawati atau seangkatan dengannya boleh ler try port baru ni..suki dah dua kali ke sini..menu di siang hari dan malam hari tak sama sebab di siang hari ada menu yang disediakan oleh 'Daging Merah Loq Staq'..malam hari hanya dari Sala Corner..di kedai yang sama cuma macam share tempat ler..Sala Corner ni ada dari siang smpi malam..last time suki berkesempatan rasa nasi daging merah yang disediakan..tp takde amik gambar..ni gambar suki makan di malam hari..


Location kedai ni terletak berhampiran dengan Balai Polis Taman Melawati dan tak jauh dari Deen Nasi Kandar...suki rajin gi kedai barang buat kek kt situ..itu yang boleh tahu kedai tu..tp baru org luar mungkin susah nak cari sbb kedai ni mcm tersorok sikit..maklum ler kedai2 kt Taman Melawati ni banyak sangat kan..


Bagi pendapat suki, makanan dia sedap dan menarik..harga pun ok ler dengan hidangan tu...mungkin suki pegi bkn time org lunch hari keje, so tenang je ler situ..maksudnya gi lepas keje..pastu lg sekali gi time weekend...jadi takde ler crowded kan...maybe hari keje ramai ler kot orang..kiranya time suki pegi tu dapat makan dengan tenangnya ler...


Sape2 nak cuba boleh ler cari kedai ni...suki nak gi cari kedai lain lak ni nak buat review .. hahaha..rajin bebenor makcik ni...



Monday, March 27, 2017

Mee Bandung Gemas


Hari ketiga, suki dah balik ke KL tp ada kawan yang suggest untuk suki balik ke KL ikut jalan Gemas..sebelum ni suki guna exit Tangkak..lgpun ini ler masanya suki boleh kenal tempat orang kan..suki pun tak biasa dengan Gemas..nasib baik signboard amat2 membantu..takde sesat pun...sebelum exit ke highway tu suki gi cari Mee Bandung Gemas dulu..ini pun idea kawan suki ler..alhamdulillah senang je carinya..pekan Gemas kecik je..masih lagi konsep pekan lama a.k.a tradisional...takde jem dan tenang je..


Kedai ni pun masih mengekalkan cara kedai lama..rasanya mengimbau kenangan zaman suki minum kedai kopi dengan arwah atuk dulu..boleh panggil kedai kampung ler..rasa mcm flashback ke zaman hitam putih pun ada hihi...lebih2 ler suki ni..tp keadaan kedai tu bukan yang suki nak citer..yang nak citer keenakan mee bandungnya...perghhhh sedap...pedas...lengkap..semua ada...lagi best..tokey dia mmg friendly abis..sekejap2 tanya ok tak..pastu dia akan berckp dengan semua pengunjung kedai tu..pengunjung pun tak putus2..sentiasa penuh kedai ni..puas hati ler makan mee bandung ni...suki siap bungkus bawak balik tu...


Ini ler kedainya...kalau korang ada lalu gemas..singgah ler sedap tau mee bandung dia...tak rugi suki balik ikut jalan ni...


Hari Kedua di Segamat


Memandangkan keje2 penyelidikan suki di daerah Segamat dah selesai..maka suki ambil kesempatan untuk pusing2 lagi buat kali terakhir...entah bila ler lagi nak jejak kaki ke sini...maklum ler bukan kampung halaman suki....antara yang pertama suki singgah adalah Jakel Segamat...sebab Jakel ni merupakan kedai pertama yang dibuka di Malaysia..kiranya Jakel berasal dari Segamat ler..tp sekarang terkenal di KL dan negeri2 lain....kebetulan tgh sales waktu tu..mmg banyak ler harga murah yang ditawarkan..



Selesai di Jakel, suki pusing2 lagi pekan Segamat..terjumpa kedai yang agak menarik ni...apa yang menarik adalah..kalau korang perasan ada kereta mini yang seolah melanggar kedai tersebut di sebelah kanan..tp itu acah je..sebagai tarikan kedai tu barangkali...tp suki tak singgah kedai ni..pusing2 lagi cari nasi beriyani gam segamat...


Akhirnya suki jumpa nasi beriyani gam segamat...perghh nasi banyak giler..smpi tak mampu nak abiskan sepinggan...ayamnya lembut je..daging masak kicap sedap giler..mmg kombinasi yang kena ler...lepas ni kalau nak makan nasi beriyani pastikan perut anda betul2 lapar dan kosong..baru dapat nikmat..lagipun portion nya besar...disebabkan makan nasi beriyani ni...suki smpi ke malam kenyang..malam2 cari sup je hirup...tak mampu mkn nasi dah..hahah


Friday, March 24, 2017

Segamat Lagi


Balik dari Melaka suki kena ke Segamat lagi..atas urusan penyelidikan uni suki...so ini second time ler ke situ..cekap sikit kali ni..takde ler sesat cari hotel, cari tmpat makan..smooth je perjalanan hihi..menginap pun di hotel yang sama sebab tk banyak pilihan hotel di situ..kali ni smpi Segamat awal..lepas je check in..naik hotel solat dulu rehat 10 minit..terus nak jalan2 Segamat...


.Macam tak cayer je..suki datang bulan januari cuaca elok je..bulan february tgk kt tv banjir besar di sini..suki datang balik bulan mac alhamdulillah cuaca elok lagi..rezeki suki ler ..


First day di segamat, terus cari kedai makan baru...then jumpa kedai satay namanya Restoran Arshad yang terletak di tepi jalan besar dan juga di tepi sungai...katanya banjir hari tu..restoran ni pun antara yang terjejas...masa suki datang tu petang..hari bekerja bagi negeri Johor..tp pengunjung tak putus ke sini..sedap juga satay nya...ada kelainan dengan satay sotong..tp suki tak makan...hihi..sesape nak try satay Segamat boleh ler datang sini



Sunday, March 19, 2017

Ikan Bakar Parameswara, Umbai


Antara tempat wajib bila ke Melaka adalah makan-makan di Umbai..walaupun terletak jauh ke dalam iaitu kawasan perkampungan nelayan..tp bilangan  pengunjung yang tak datang ke situ mmg menakjubkan...cukup ramai..smpi nak parking kete pun jem..lagi best semua datang satu family ramai2..semua bangsa ada situ..cukup happening suasana ..nak pulak time suki gi tu malam minggu...mmg ramai ler 


Yang kelakarnya bila datang sini...semua ahli keluarga ada tugas masing2...yg driver kena tunggu ler jem untuk dapat parking..ada yang kena tunggu dapat meja..bila dah dapat meja dia kena duduk jaga kerusi meja sebab ada je mangkuk2 yg dtg nak amik kerusi kita bila nmpk takde org duduk..bukan nak tanya dulu..terus amik je...ada ahli keluarga yang kena beratur di stesen ikan dan seafood yang lain..part ni selalu kena tarik mak kita sekali sebab dia pakar hihi...dan beratur ni ler yang lama dan panjang..makan bertabah ler...


Selesai order ikan dan siap timbang semua, baru leh duduk semua satu family hihi...ada setengah orang sementara nak tunggu lauk-pauk siap tu..order nasi lemak ler..buah2 segar ler..tp kitaorg tunggu je makanan sebab taknak kenyang dulu, kang tak enjoy makan ikan dan lauk2 lain..


Ini sebahagian dari lauk kitaorg malam tu...memandangkan abah suki ada sakit gout...kitaorg kurangkan order seafood dan lebihkan ikan..perghh ikan kerapu diaorg mmg sedap beb..besor pun besor smpi tak muat pinggan .. mmg makan smpi kenyang ler..berbaloi2 ler usaha dari nak dpt parking, nak dapat meja smpi ler beratur nak order ikan dan lauk2...





Penginapan di Melaka



Ke Melaka kali ni suki menginap di Wana Riverside Hotel, dan masa menyusuri Sg Melaka dengan river cruise..mmg nmpk hotel dari tepi sungai..kiranya hotel ni terletak di tengah Banda Hilir..tak banyak gambar di hotel yang suki snap...mana taknya jadual penuh..hihi..bilik ni hanya jadi tempat tido, mandi dan solat je...suki booking secara online sehari sebelum ke sana..rate pun tak mahal...dalam seratus lebih je satu malam..bila bayar murah, tak boleh ler kita nak demand hotel tu bg kita macam2 kan..yang penting ada tempat untuk berehat dah cukup baik...


Walaupun facilities hotel ni biasa2 je..tp yang betul2 suki berkenan adalah view tepi sungainya..cukup cantik dan tenang..tak kira ler malam ke siang ke..mmg cantik..kebetulan coffee house mmg view nya sungai ni ler..best je jalan2 tepi sungai..dapat ler tgk cruise lalu tepi hotel ni..


Bagi yang takde budget besar nak menginap di Melaka, suki suggest hotel ni..tp yang ada lebih banyak lg hotel cantik2 di melaka ni hihi..tunggu pilih je..


Friday, March 17, 2017

Menara Taming Sari, Melaka


Aduhh lamanya amik masa nak update pasal melaka ni..tak abis2 lagi hihi...selain naik river cruise di Sg Melaka..suki dan keluarga juga mencuba naik Menara Taming Sari..dan ini juga adalah request dari abah suki juga...dulu kita kecik2 dia layan kita kan..sekarang turn kita plak layan apa yang di nak..diaorang happy kita happy...


Lokasi Taming Sari ni rasanya senang kot nak cari, sebab dia tinggi kan...bagi yang tak tahu...of course terletak di Banda Hilir, bersebelahan dengan Dataran Pahlawan...jangan lupa kalau datang melaka beli kupon parking ye..sebab majlis bandaran sana mmg aktif menyaman sape takde kupon parking ni...


Tiket Taming Sari ni adalah RM17 seorang bagi dewasa dan RM9 seorang bagi warga emas...bila naik ni teringat kenangan naik tower gini juga di Legoland..hampir sama bentuknya...mcm juga River Cruise..pengunjung yang naik ni bercampur antara local dan antarbangsa...masa mula2 naik tu bising juga memasing sebab excited kan..tp bila dah sampai atas..semua sibuk merekod dan mengambil gambar..rasanya masing2 terpesona...


Bila sampai di atas..taming sari akan berpusing 360 darjah tp slow ler sebab nak bagi kita dapat lihat keseluruhan permandangan..kalau tak satu tempat je kita nampak hihi...seronok juga...mengimbau zaman kanak2 pun ada...dapat tgk permandangan yang cantik pun ye...better gi waktu terang mcm 10 pagi hingga tenghari sebab permandangan amat luas dan indah..




Tuesday, March 7, 2017

Melaka River Cruise


Last weekend suki dan family besar ke Melaka, short getaway omputeh kata...walaupun tiap2 tahun ke sini tp tak pernah boring..untung org Melaka..negeri korang banyak tourist attraction..mula2 sampai melaka tengahari..apa lagi pusing cari tempat untuk lunch ler..walaupun ada fast food, kedai mamak, kedai nasi kukus..kitaorg tetap cari kedai asam pedas..kata datang melaka kan..buat apa makan yang semua ada kt KL hihi..poyo...tapi berpusing2 gak lr .. sebab asam pedas banyak..yang suki cari di Taman Kota Laksamana tp taip gps kete asam pedas jalan laksamana...mmg dia bawak ke tempat lain ler..lastly jumpa juga...penuh kedai walaupun kedudukan dia bkn di tepi jalan besar atau tgh pusat bandar..puas hati le dapat makan asam pedas..


Then, suki memenuhi permintaan abah suki yang nak naik river cruise...suki sendiri pun lum pernah cuba..so berpusing lagi ler cari tempatnya..kalau tak tahu mmg confuse sebab tersorok jeti tu..so buat korang yang nak cari nanti..tempat nak naik cruise adalah lorong bersebelahan muzium kapal yang besar kt banda hilir tu...kereta kena parking di depan taming sari..lepas tu korang boleh cross ikut belakang taming sari tu utk ke jeti cruise..


Tambang untuk melaka river cruise..bagi dewasa RM15.90 seorang..pastikan tunjuk mycard ye..kalau tak korang kena charge mcm harga foreigner..lagi mahal..abah suki dapat rate warga emas iatu rm7.50..alhamdulillah takde kena beratur panjang masa beli tiket..masa menunggu turn naik bot pun ada disediakan tempat duduk yang mencukupi...menunggu pun tak lama..sementara menunggu tu dapat ler kitaorg bergambar tepi sungai melaka..dan tengok bot2 lain yang sedang menyusuri sungai melaka..


Penuh bot kitaorg..bercampur antara pelancong luar dan dalam negeri..ramai juga yang datang bawa ibu ayah mcm suki..dalam bot makcik depan suki siap tertido lagi..maybe sedap kena angin petang yang sejuk tu...sepanjang dalam bot ada ler juga terpercik air2 sungai...tp redha je ler..hihi..bila berselisih dengan bot lain..masing2 bersorak mcm kenal each other..kelakar tul..sepanjang perjalanan cruise tu kitoarg melalui beberapa jambatan..dan jambatan2 ini dinamakan seperti jambatan hang tuah, jambatan hang jebat dan seangkatan dengannya...kiri kanan kita disajikan dengan permandangna yang indah...suki puji dengan kebersihan di situ...semua bersih, tersusun dan cantik...dan lama juga ler kitaorg dalam cruise tu...kira puas ler pusing sungai melaka




Wednesday, March 1, 2017

C.O.L.L.I.D.E.


Last weekend suki gi tgk movie tajuk Collide..walaupun suki tak kenal pelakon dia..tp jalan citer dia masuk ler dengan selera suki..sebab banyak adegan action especially kejar mengejar dengan kete best2..ala2 frust and furious...ada babak kelakar juga...cuma agaknya ni movie baru tayang masa suki tgk tu baru hari kedua...jadi panggung tak penuh...rasa mcm panggung itu daku yang punya..sape2 yang lum tgk boleh ler tgk citer...confirm korang puas hati