Monday, August 22, 2016

Atmosphere 360 Revolving Restaurant


Baru-baru ni suki memanjakan diri dengan lunch buffet di restoran berputar KL Tower atau namanya Atmosphere 360 Revolving Restaurant..sekali sekala boleh ler kan..selalu gini kering poket...suki pegi kebetulan pada hari bekerja..yang bestnya makan bukan time weekend ni tak crowded sangat...yang ada pun di kalangan tourist luar negara...



Harga buffet ni adalah RM92 nett bagi dewasa dan korang boleh dapat diskaun kalau beli dengan groupon or 11street...suki tak sempat nak cari yang diskaun sbb last minute decide ke situ...dan suki tak tepon untuk reservation pun sebab tahu hari bekerja tak ramai orang..just walk in je...



Pilihan makanan mmg tak mengecewakan langsung..makanan tempatan ada..makanan luar pun ada...semua memenuhi tekak suki yang mmg kaki makan ni..bila dah datang buffet tak perlu ler nak diet bagai kan..hahahha..smpikan pulut durian pun ada tau..suki mmg tak lepas peluang ler..



Untuk lunch ni ada dua sesi...sesi pertama dari jam 11.30 pagi sampai 1.00 petang dan sesi kedua adalah 1.30 petang hingga 3.00 petang..kedekut tul kan...hihi...ikut hati nak stay smpi kul 3 situ..buruk lantak tul suki ni..



Dalam banyak-banyak hidangan...dessert ler yang paling suki tak lepas..berjenis2 kek dan suki tak dapat rasa semua sebab banyak sangat...suki tgk pekerja2 di restoran ni semua local...takde pekerja luar..lagi rasa seronok makan bila yang serve tu rakyat tempatan je..yang bestnya makan restoran berputar ni adalah sebab dia berputar...takde ler kita smpi pening kan..tp seronok bila apa yang disebelah kita akan bertukar...dan buffet makanan yang tadi di belakang dah ada di sebelah je...masa dia di sebelah ni ler rajin2 amik makanan..supaya lepas ni dia dah jauh takyah jalan ke sana hihi


Fuhh mmg puas ler makan situ..cuma harga je yang tak berapa boleh makan selalu..sape yang belum sampai boleh ler manjakan diri anda di sini ye...yang diet takleh masuk..dugaan kuat..lepas je makan di restoran ni suki pun turun satu level ke bawah hanya dengan menggunakan tangga ke observation deck..best juga skodeng KL dengan teropong2 yang ada...cuma suki lum try sky deck sebab lum berani lagi nak pijak lantai gelas..sesape nak masuk sky deck bayarannya rm75 seorang..

Wednesday, August 17, 2016

Kuala Lumpur Upside Down House


Sekarang orang2 di KL dah boleh masuk rumah terbalik, tak perlu ke Sabah lagi hihi..rumah terbalik ni atau dikenali sebagai Kuala Lumpur Upside Down House terletak di KL Tower...antara tempat tarikan pelancong yang terbaru di bandaraya KL..


Tiket masuk adalah RM15 bagi dewasa dan penduduk tempatan..kena tunjuk ic masa nak beli tiket..sebab harga tiket bagi pelancong adalah lebih mahal dari kita penduduk Malaysia..masa mula2 sampai dalam pukul 10.30 pagi gitu...ramai dah pelancong di kawasan KL Tower tp yang masuk rumah terbalik belum ada lagi..rasanya suki orang pertama masuk kot..hihi perasan..lepas suki masuk ada ler dua tiga family datang..so meriah ler 


Mula-mula masuk suki gelak dulu sebab semua benda atas kepala kita...smpi jamban pun atas kepala..pastu ada staff situ yang ajarkan teknik amik gambar supaya nmpk real..selain tu ada juga contoh2 posing yang dilekatkan sebagai panduan di situ..ye ler..kalau tak, nmpk tak real ler umah tu kan..kalau nak merasa jadi spiderman time ni ler..suki perasan budak2 kecik mmg happy betul masuk umah tu..yang dewasa plak terus bertukar jadi kanak2 balik hihi..ok ler kan sekali sekala release tension..join aktiviti ni rasa enjoy sikit


Walaupun suki ke sini hari bekerja..tp pengunjung mmg tetap ramai...sebahagian besar pengunjung luar ler..tp ada juga yang family local datang bawa anak2...cuti sekolah ke sekarang..suki rasa mcm tak je..


Selain rumah terbalik termasuk hiasan2nya...kawasan sekitar pun menarik juga..ada garden untuk bergambar...cuma garden tak mampu terbalik ler..hihi..sebab pokok2 betul kan...yang terbalik pun bunga2 plastik je...hihi


So bagi yang belum sampai..jangan lupa singgah ke sini...mmg best..yang dewasa jadi kanak2 balik...yang kanak2 mmg golongan paling happy ler sbb tgk benda2 pelik keliling diaorg kan..




Thursday, August 11, 2016

Durian


Tadaaa...suki mencari durian lagi hihi....mmg tak pernah boring makan durian..nak pulak gerai-gerai yang menjual makin bertambah..bagi penduduk wangsa maju, setiawangsa, setapak..mmg ramai akan ke sini...gerai durian seri rampai..dulu ada satu je gerai jual durian..tak tahu kenapa tahun ni jadi bertambah-tambah..semua gerai letak meja kerusi dan tempat basuh tangan beserta tisu...mmg jemput kitaorg makan situ terus...mmg dh style org kt KL ni makan kt gerai je..ye ler tak semua pandai buka durian tu..hihi...lagi satu taknak kete berbau katanya..hahaha...so makan situ amik feel macam makan kt kebun durian ler...tak cukup sebijik boleh minta tambah lagi sebiji..makan smpi puas..



Suki datang cari durian tembaga dan udang merah dah takde katanya...skrg turn durian d24 dan musang king...so untuk menjimatkan duit..amik d24 je ler...kang rm100 sebiji musang king nangis situ..yang lagi kelakar..dah ada durian musang queen hihi...dah kawin rupanya durian tu ye..ke mmg dah ada sebelum ni, suki yang taktahu..tp kelakar ler nama dia..


Sambil2 makan tu suki perasan bukan kita rakyat Malaysia je yang beli dan makan durian..tp orang Middle East pun ramai yang berhenti beli..ada setengah tu siap amik gambar dengan durian kt situ..confirm nak tayang kt org kampung kt Arab sana hihi..bagus ler ..dulu kita selau dengar org luar tak suka durian ni..busuk katanya...ish rugi tul kan..



Tuesday, August 9, 2016

SkipTrace


Korang dah tgk ke citer baru Jackie Chan ni...setelah beberapa minggu, suki baru berkesempatan tgk last weekend..walaupun dah tak banyak waktu tayangan tp panggung hampir penuh juga....ramai juga peminat jackie chan yang tgk last minute ye...


Citer ni tak menghampakan..kisah yang melibatkan beberapa negara seperti Hong Kong, Mongolia, Rusia dan Macau...kisahnya Jackie Chan seorang pegawai polis yang menjejaki dan membawa pulang seorang mat salleh ni lakonan Johnny Knoxville...maka bermula ler perjalanan yang penuh adventure dan rintangan memandangkan si mat salleh ni dah bakar passport diaorg berdua...banyak kisah komedi dan of course aksi lasak jackie chan..apa yang bezanya jackie chan dah semakin tua dan aksinya dah semakin kurang..



Bagi yang nak dengar suara Jackie Chan nyanyi lagu Adele..boleh ler tgk movie ni..so suki bagi 3 bintang bagi movie ni

Monday, August 8, 2016

Mee Racun Batu Pahat


Dah seminggu balik dari Johor tp entry pasal gi sana lum abis lagi hihi...sorry ye kekangan waktu dan juga busy jadi lambat post semua ni..masa ke Batu Pahat baru2 ni, suki diberitahu yang selain Beriyani Gam, Mee Racun juga salah satu tarikan di situ...so apa lagi google ler kan..


Mula2 nak cari nasi beriyani tp rupanya nasi beriyani dapat makan siang je..malam tutup...so cari pulak mee racun...setelah sesat ke sana ke mari akhirnya suki jumpa juga tempat ni...gerai tepi jalan besar..ada terbentang banner mee racun hihi...rupanya mee racun ni adalah mee yang dimakan dengan daging kambing..walaupun suki kurang gemar kambing tp sebab nak cuba kan..so order juga..tidak mengecewakan...kiranya dia ala2 mee udang...cuma udang tukar kambing hihi


Walaupun hanya tepi jalan tp ramai pengunjung..nak dapat meja kena tunggu turn...harga pun tak mahal..jadi berlumba2 ler org datang makan situ kan...


Sebelum balik meninggalkan Batu Pahat suki singgah sekejap ke pekan Ayer Hitam..geram tgk deretan kedai2 pasu..Ayer Hitam mmg terkenal dengan tmpt jualan pasu2...cantik2..murah plak tu...banyak sgt pilihan..mmg best ler ... ikut hati nak borong semua .. maka tamatlah entry berkenaan suki ke Johor..ntah bila ler nak ke sana lagi kan..

Friday, August 5, 2016

Hotel Katerina


Pertama kali menjejakkan kaki ke Batu Pahat, Johor...selalu terus ke Johor Bahru je..kali ni ada jemputan kawin di Parit Karjo, makanya pertama kali suki turun ke kawasan ni...masuk agoda cari hotel...nama hotel ni yang banyak kluar so terus booking je..Batu Pahat ni pekan kecil...rasanya dengan adanya Universiti Tun Hussein Onn (UTHNM) pekan ni semakin berkembang, banyak perniagaan2 muncul..



Masa mula2 jumpa hotel ni..terus kagum..walaupun tak banyak bintang tp hotel ni cantik..luar dan dalam cantik...masa suki menginap situ, hotel dipenuhi oleh staf2 institut sukan negara termasuk YB KJ pun menginap situ sebab ada program Fit Malaysia di Batu Pahat..makanya luar dalam hotel nampak kelibat diaorg ni je...kat luar lagi ler ..nampak abg2 polis yang bertugas..ye le menteri turun kan...


Sepanjang suki menginap di sini, staf2 semua baik dan friendly...dari receptionist, housekeeper smpi ler ke FnB staff..semua bagus...pengalaman yang baik..dan susah nak nampak bangla, nepal or pekerja asing lain di sini..mungkin ada suki yang tak nmpk ke kan...rezeki suki ler hihi...

Breakfast yang disediakan pun sedap..banyak suki makan walaupun sedar nak gi makan kenduri kawin lagi hahaha..rezeki jangan ditolak...kalau ada peluang ke Batu Pahat lagi..suki mesti pilih hotel ni...terbaik 

Tuesday, August 2, 2016

Singgah Melaka Jap


Dalam on the way ke Johor, suki ambil kesempatan utk singgah sebentar ke Melaka...walaupun dekat je dengan KL tp dengan kesibukan sekarang, jadi jarang dapat ke bandar Melaka ni..alang-alang dah lalu tu singgah ler sebentar...Melaka pun kecik je, sekali pusing dah abis hihi...


Tempat pertama persinggahan suki adalah Asam Pedas Claypot..first time suki ke kedai ni...just taip dalam gps kereta..tempat makan..yang pertama naik Asam Pedas Claypot Kota Laksamana..maybe waktu tu suki berhampiran kawasan kedai tu kan..


Tidak mengecewakan walaupun pertama kali ke sini...banyak pilihan untuk asam pedas...rasanya sedap..servis bagus..kedai bersih...suki bagi 5 bintang....uniknya kedai ni adalah...dia ada dua kedai...berhadapan...satu kedai kecik dan satu kedai besar...yang kecik buka siang dan yang besar buka malam..tuan punya kedai ckp malam lagi ramai so buka yang besar....mmg ramai pelanggan ni..suki datang tengahari makanya dapat makan di kedai kecil..tp tetap tak mengecewakan..otak-otak sedap...jeruk pedas mangga sedap...perghh teringat lagi rasanya


Selesai lunch, pusing-pusing bandar Melaka kejap..then suki ke Pantai Klebang...apa lagi kalau bukan misi mencari coconut shake yang famous tu...ni kali kedua suki ke sini dan mmg tak sesat dah mcm masa mula2 cari dulu...orang ramai tp disebabkan kedai ni ada sistem yang cekap dan pekerja yang mahir..takde buang masa untuk membayar, dapat makanan dan dapat tempat duduk...sistemnya adalah..mula2 smpi terus beratur untuk bayar...sambil2 beratur tu mintak kawan or family ambilkan kuih2 atau nasi lemak atau kepok lekor yang mmg terhidang atas meja..bukan apa senang bayar terus.smpi kaunter terus bgtahu nak berapa gelas coconut shake dan bayar sekali harga makanan yang kita ambil tu...then cari tempat, duduk dan dpt coconut shake..memandangkan kita makan simple je ...jadi setiap pengunjung tak mengambil masa yang lama di kedai tu....kejap je org akan bangun dan yang baru smpi dpt tempat duduk..senang kan..hihi