Wednesday, July 27, 2016

Selamat Hari Raya 6


Alhamdulillah akhirnya suki berjaya menyiapkan puasa sunat syawal tahun ni..walaupun hari ni dah 22 Syawal dan suki hanya mampu buat selang seli akhirnya berjaya juga habis..sipi2 dah tu hahahah..nak abis syawal dah...moga suki mampu jadikan puasa sunat syawal amalan setiap tahun dan puasa sunat isnin khamis sebagai amalan harian..Amin...dan suki juga doakan kawan2 blog suki semua dapat mengerjakan ibadah puasa sunat ni..

Memandangkan hari ni hari raya suki makanya suki makan besar hari ni hahaha...tp tak jumpa ketupat dan lemang...western pun boleh ler kan...

Tuesday, July 26, 2016

Mee Udang Pulau Sayak


Edisi entry tertunggak...ni citer masa cuti beraya yang lepas..suki tahu tempat ni pun dari member2 di KL...diaorg dah ramai try mee udang sini...suki pun tak tahu tempat..so masa pegi beraya umah sedara mara abah suki tanya tempat mee udang yang disebut2 sangat tu..so ada ler sedara yang guide bawak...rasanya kalau pegi lagi sekali confirm tak ingat jalan..sebab kitarg gi malam..lg satu banyak simpang nak ke sini..hihi


Nama tempat ni Pulau Sayak tp bukan pulau pun..berdekatan dengan Pantai Merdeka..mmg kawasan laut ler...kedai mee udang ni sebelah je pantainya...tak nmpk view tp dengar bunyi ombak sebab takde lampu kawasan pantai tu..first time try mmg sedap ler ikut tekak suki...harganya bagi mee udang biasa rm10 sepinggan dan bagi special rm13 sepinggan..special maknanya udang lebih lagi...murah ler kan..udang plak adalah udang dari situ juga...bukan dari kawasan luar..best kan..tangkap udang situ masak situ juga...fresh yang penting..


Masa suki gi situ raya ke3...mmg kedai tu dipenuhi oleh orang luar...mungkin org tempatan bagi chance kot sbb diaorg tiap2 hari boleh makan situ...org luar ni amik kesempatan cuti raya baru dapat ke situ...lgpun org tempatan masih sibuk beraya hihi...selain mee udang ada juga menu lain..contohnya nasi goreng udang, nasi putih bersama udang goreng...dan juga nasi goreng tak berasaskan udang bagi yang alergic seafood..


Bagi sesiapa nak try silakan..katanya ada facebook kedai ni..korang google le ye...sbb suki mmg tak ingat jalan ke situ :)



Friday, July 22, 2016

Puasa Sunat Syawal


Bila dapat tahu kawan2 blogger suki masih berhari raya..rasa mcam suki di perantauan lak hihi....takpe2...siapkan belajar dulu

Korang dah selesai puasa 6 lum? Masih ada seminggu lagi kan syawal...sempat lagi tu..suki pun baru selesai 4 hari..sebab buat selang sehari...tak mampu lagi nak puasa straight 6 hari...insyaAllah lagi 2 hari tinggal...chaiyok2 untuk diri sendiri

Wednesday, July 20, 2016

Korang Raya lagi ke?



Mak aii lamanya tak update blog...bukan sebab suki beraya sakan ye tp sebab suki sibuk dengan menyiapkan thesis suki ni...tahun ni suki raya seminggu je...masuk minggu kedua terus bergelumang dengan buku, laptop dan journal articles...bunyi cam boring kan..tp nak buat camno itu jalan yang suki pilih..moga suki dapat siapkan thesis pada masa yang ditetapkan dan tak perlu extend belajar sebab takde duit ler nak bayar yuran yang mahal ni..lgpun suki dah rindu nak keje balik ... korang masih beraya ke..jeles nya suki...tkpe2 abiskan belajar then boleh raya sakan cam korang hihi..

Friday, July 1, 2016

Salam Aidilfitri


Suki ambil kesempatan hari ni untuk ucapkan 

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"

buat semua teman-teman blogger

Maaf Zahir dan Batin

Bagi yang akan pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya.