Friday, October 23, 2015

Lunch Bersama Kawan-kawan


Hari ni suki mengikut kawan-kawan untuk lunch bersama-sama...rehat sekejap dari study..join kawan-kawan yang bekerja bersuka ria sempena rehat yang panjang di hari Jumaat hihi...ke Ikea kitaorg kali ni..ingatkan tak ramai ler sbb bkn weekend kan..tp Ikea tetap Ikea...ramai juga pengunjungnya tak kira ler hari apa anda ke sana...still kena beratur panjang juga..tapi still  ok jika dibandingkan pada weekend...rasa fobia nak gi makan situ time ramai2..bukan apa..letih kaki nak beratur...letih leher nak cari tempat duduk..pastu tak selesa duduk makan bila orang dah mula target nak ambil meja kita..amat ler tidak selesa...

Tapi hari ni takde yang nak berebut meja..so dapat ler kitaorg berborak mcm Ikea tu kitaorg yang punya...sebab bila dah lama tak jumpa ni banyak ler ceritanya kan..hihi...best juga sekali sekala tinggalkan laptop dan buku2 untuk bersama kawan2..rehatkan otak yang letih study...







Kesan Jerebu Pada Kesihatan Kita


Banyakkan minum air suam..dan kurangkan masa di luar rumah...kalau tak dapat penyakit ler kita dengan keadaan jerebu sekarang ni...bertabahlah rakyat Malaysia


Tuesday, October 20, 2015

Cerita Seorang Sahabat


Suki ada seorang sahabat..bukan sahabat karib atau dah lama kenal..tak berapa lama kenal dan tak betul2 kenal..tp kalau berjumpa kitaorg boleh berborak dengan happy nyer..kitaorg pernah bekerja di organisasi yang sama cuma berlainan jabatan..masa kenal dia suki tahu dia ada master dan degree cuma masih bekerja menggunakan kelulusan spm..suki tak tahu kenapa..dan tak pernah meragui pilihan kerjaya yang dia pilih...

Cuma sekarang suki agak terkilan dengan dia sejak awal2 suki sambung belajar, dia tak abis2 menyatakan kerisauan dia pd masa depan suki..katanya sekarang kerajaan dah tutup sebarang pengambilan jawatan pensyarah di mana2 universiti...dan sekarang kerajaan dah takde budget untuk buka jawatan2 tersebut..mulanya suki terima cerita2 dia dan layan je dia cerita..tp bila setiap kali jumpa suki dia ulang citer yang sama...apa korang fikir...

Dia nak suki berenti belajar ke bila dia citer hal semua tu..atau dia nak suki patah semangat dengan study suki sekarang? Suki try to think positive yang maybe dia takde maksud2 tu..dan suki takkan goyah dengan kata2 org luar tentang cita2 suki..

Korang..kawan2 suki di alam maya..please wish me luck..doakan suki berjaya abis belajar dan mampu memperolehi kerjaya yang suki impikan suatu hari nanti..Amin


Sunday, October 18, 2015

Doa Hilangkan Sakit Kepala

Korang selalu sakit kepala tak? Suki mmg terkenal dengan migrain sejak zaman sekolah menengah lagi..tak tahu ler kenapa..rasa-rasanya mmg keturunan kot..sebab masa kecik2 dulu selalu tengok makcik2 suki akan bergilir2 sakit kepala..bila diaorg diserang sakit kepala diaorg akan tido dan tak larat untuk buat aktiviti harian..sekarang suki pula yang warisi..

Tapi takde pulak Dr cakap ini sakit keturunan kan..selalunya Dr cakap its normal..semua org alaminya..hihi..so suki yang dulunya kerap ambil panadol dan pain killer kini tidak lagi..suki cuba sedaya upaya tahan sakit...minum banyak air suam..buat urutan pada belakang leher...makan epal hijau..rendam kaki dalam air suam dan yang terbaru adalah suki amalkan doa dibawah ini..alhamdulillah menjadi..cumanya kesannya takde ler secepat kita telan pain killer..ambil masa sedikit untuk sembuh tp mmg sembuh ... 

Selamat beramal kawan-kawan



Monday, October 5, 2015

Take Care semua :(


Bila ler jerebu nak hilang ni..last weekend paling teruk..suki pun dah mula selsema dan batuk..kemudian makin teruk sampai sakit kepala..alhamdulillah ulang minum air suam dah kurang semuanya...tp sedih ler dengan keadaan jerebu yang teruk gini...sampai sekolah semua kena tutup..aktiviti seharian tergendala...outdoor activity dibatalkan mcm Standard Chartered Marathon dan lain2..penerbangan juga banyak ditangguhkan...pendek kata urusan harian jadi huru hara disebabkan jerebu...moga tahun depan kita tak alami lagi jerebu ni..Indonesia boleh janji ke..huhu



Friday, October 2, 2015

Red Lobster


Korang dah pernah try makan sini? Ni citer seminggu sebelum Aidiladha..kebetulan jalan2 hujung minggu di The Curve...biasa ler situ terlalu banyak pilihan tempat makan sampai tak tahu nak makan yang mana...dalam banyak2 tempat makan..suki and family tengah pilih antara dua..either Bubba Gump Shrimp Co. or Red Lobster...memandangkan kitaorg waktu tu ada di floor bawah dan yang paling dekat dengan kitaorg adalah Red Lobster, makan Red Lobster dipilih...Bubba Gump terletak di floor atas...masing2 dah malas nak naik satu floor lagi...dua2 menghidangkan menu yang sama iaitu udang..bezanya jenis udang yang dihidangkan...

Portion untuk satu2 dishes amat besar..mungkin amik faktor orang Barat yang berbadan besar..dan kita org Asia comel2 dan boleh kongsi jika satu pinggan tu..memandangkan boleh kongsi kitaorg order ler itu ini serba sikit..boleh pakat rasa masing2..hampir semua di dalam menu ada kaitan dengan udang...termasuk pizza hihi..ada bottomless drink mcm di Nandos or restoran lain..so berbaloi ler dengan harga yang dibayar..

Jika tanya pendapat suki..ok ler...not so special utk tekak suki...baik TGi Friday lagi banyak pilihan..hihi..



Birthday di Hari Raya


Lagi best Aidiladha kali ni adalah sebab jatuh pada birthday suki juga..yeayyyy..dapat celebrate dengan family sendiri...takde ler buat party mcm retis Malaysia...cuma beli kek..amik gambar dan makan bersama lauk korban hihi..walaupun simple tp happy sangat...semua ahli keluarga ada...alhamdulillah bertambah setahun lagi umur suki..bersyukur atas segala nikmah yang Allah berikan selama ini..Amin


Hari Raya Korban 2015


Dah seminggu Aidiladha berlalu..baru hari ni suki berpeluang nak update cerita hari raya...kalau citer raya mesti citer happy sebab masanya kita sekeluarga berkumpul...sama2 gi sembahyang sunat hari raya...sama2 gi tgk lembu korban...buat kenduri korban dan dapat jumpa sedara mara yang lama tak jumpa...dapat jumpa jiran2 yang masing2 berhijrah ke negeri2 lain..masa cuti raya ni ler dapat sama2 berkongsi kisah hidup masing...bergurau senda..sebelum semua kembali ke tempat tinggal masing2 dan teruskan rutin harian...sementara ada peluang ni...jgn ler korang jdkan cuti hari raya untuk travel dan bercuti...sorry kalau ada yang terasa sebab masa ni je ler yang kita dapat jumpa kembali sedara mara dan rakan taulan..nak bercuti byk lagi masa lain..

=)