#sunsetditanjungdawai
Wednesday, February 25, 2015
Tuesday, February 24, 2015
Korang dah lunch?
Korang semua dah lunch ke? Lunch apa hari ni...suki tengah cari mood kembali ni..maklum ler baru lepas bercuti panjang..balik kampung..nak cari mood keje dan mood menulis thesis amat ler susah..takpe..slow2 ye..rasanya semua orang alami benda yang sama kan..selamat kembali ke kehidupan normal masing2.. =)
Monday, February 16, 2015
Good Morning!
Selamat pagi semua!! Korang dah try ke Magnum Cafe yang menjadi sebutan sekarang ni..suki baru berpeluang try last Saturday...fuhh betul ler..bab beratur tu kena sabar sikit..bab makan mmg puas ler..suki try di Midvalley..ada 2 tingkat rupanya..yang bawah lebih pada yang nak order aiskrim semata dan sebolehnya yang nak take away..yang tingkat atas untuk dine in dan makanan panas juga..so suki pilih yang atas..bukan apa..kurang panjang sikit beraturnya..lagipun mmg nak makan situ pun..ye ler letih pusing midvalley tu..so dalam banyak2 menu yang disediakan...suki pilih aiskrim bersama red velvet cake..nama betul dia apa ntah..glamour sangat nama hidangannya...harganya range antara RM20++ hingga RM60++ kalau tak salah suki ler..maklum ler baru first time gi situ..memandangkan dah amik heavy lunch before tu..takde ler suki nak order makanan panas lagi..family sebelah suki tgk order makanan panas..maybe diaorg lum lunch kot walaupun time tu dah kul 4 petang..so dari 5 bintang suki bagi 4 bintang setengah sebab i like ice cream..nak gi lagi bila ler pulak..sbb malas beratur..hihi
Friday, February 13, 2015
Wednesday, February 11, 2015
Tuesday, February 10, 2015
Laman Seni, Shah Alam
Balik dari Alam Avenue tempah kufi khat..asalnya nak mencari tempat makan memandangkan suki kurang cekap jalan-jalan di Shah Alam ni..sekali terjumpa kawasan SACC Mall..memang cantik ler kan sbb mall so takde lr panas..dalam tu semua aircond..berangan ler..tp penuh tempat parking..sampai tutup takleh nak masuk parking..tak berani lak nak parking tepi2 jalan ni..so teruskan perjalanan mencari tempat makan..lastly ternampak deretan kedai-kedai di belakang Wisma Jakel..mmg banyak pilihan situ..yang lain buat mata juling adalah lambakan butik-butik di sini..mmg tmpat shopping ler katakan..nak cari apa? Tudung, skirt, jubah, blaus semua ada..sedia duit je..fuhh untung orang shah alam ye..especially student uitm sbb depan campus diaorg je..lepas je makan saje je jalan-jalan sekitar situ..pastu nampak remaja-remaja sibuk bergambar di satu lorong belakang kedai2...bila gi usha dekat rupanya lorong ni dijadikan tempat2 lukisan ala-ala 3D tak 3D sangat..maybe hasil karya student kot..tapi ok ler..dari dibiarkan lorong sunyi sepi..sekarang ni dimanfaatkan depan dan belakang kedai..depan kedai untuk shopping....belakang kedai untuk bergambar..dinamakan lorong situ Laman Seni...amat creative sesape yang punya idea ni...agar KL contohi Laman Seni ni..so banyak lagi tarikan pelancong..selain mencantikkan bangunan yang sedia ada..
Kufi Khat
Sekarang ni kufi khat dah menjadi trend dalam menghias dinding-dinding rumah kan..ada cara nak menulis dan membacanya..suki pun baru belajar..memerlukan skill juga tau..dalam pada tu nak juga letak kufi khat ni sebagai hiasan di dinding rumah..so edisi survey mula2 dibuat dengan bantuan mr google..kemudian guna instagram dan facebook..mudah kan sekarang..bila dah ada dua tiga tempat tu dibuat analysis perbandingan pulak..then suki decide untuk ke salah satu kedai di dalam list iaitu Kufi Khat Store yang terletak di Alam Aveneu Shah Alam..sebelum melangkah masuk tu suki dah cakap dalam hati..just untuk survey je dulu..nanti tengok kedai lain pula then baru tempah..tapi masalahnya bila dah melangkah masuk..macam taknak keluar pula..hihi..mmg cantik dan berbeza dari kedai2 hiasan dinding yang suki pernah masuk sebelum ni..sebabnya...kufi khat di dibuat dengan pelbagai design dan di atas pelbagai jenis surface antaranya dibuat dari kayu, dibuat dari kaca, stell dan juga kanvas..banyak sangat pilihan..suki berkenan sangan yang steel dan kayu tp apakan daya..saiz kecik je dah melangkaui budget suki..huhu..takpe..next time ye..kalau ada rezeki lebih..so suki pilih yang kanvas dan lagi best kita boleh customize kaler, surah dan teknik yang nak digunakan pada kufi khat tersebut..takde beza harga dengan beli yang dah siap display di kedai..mmg berbeza kedai ni..so dalam masa 2 minggu frame suki akan siap..tak sabar rasanya nak tengok..
Buat peminat-peminat kufi khat boleh ler ke kedai tersebut..boleh juga lawati instagram dan facebook diaorg di kufikhatshahalam...rasanya ada juga di Bangi tp suki tak tahu kedai tu ktner..boleh pulak gi cari yang jauh kan..sabor je ler..
Monday, February 9, 2015
Thursday, February 5, 2015
Wednesday, February 4, 2015
SEGMEN BERKENALAN BY: DR. SHIKIN
Okeh suki dah join segmen ni..dan sekarang suki tag :
HADIAH :
1. Top Referral - Cash RM20
2. Shiseido face mask hitam + Fridge Magnet (gambar kat banner) x 15 pemenang
Klik sini untuk join : http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html?m=0
Klik sini untuk join : http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html?m=0
Mencari Buku-buku di The Mines
Baru yang belum tahu..Big Bad Wolf buat jualan buku-buku murah lagi di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) yang terletak di belakang The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan bermula 2 hingga 9 Februari nanti...don't worry jualan ni sampai kul 12 malam ye...so mengambil kesempatan cuti umum sempena Thaipusam semalam...suki merajinkan diri ke sana..baru je melangkah masuk, dah jumpa koleksi kegemaran suki iaitu dari penulis bernama Nicholas Sparks..lagi buat suki happy adalah buku yang selama ni suki beli dengan harga di antara RM30 hingga RM60..di sana dapat RM6 hingga RM8 je..wah berbaloi-baloi...selain novel, ada juga buku-buku lain yang dijual..contohnya buku memasak, buku kanak-kanak, dictionary, buku2 under pelbagai topic seperti haiwan, photography, language, business, biography dan juga magazines...selain tu stationary untuk kanak-kanak..dan poster untuk dewasa juga dijual..seronok tengok anak-anak kecil dan remaja yang lagi suka menghabiskan masa di pesta buku berbanding aktiviti kurang berfaedah yang lain..tahniah kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak-anak kecil ini minat pada buku dan membaca..so bila suki nak baca novel yang dibeli ni..uwaaaa..sekarang adalah masa untuk membaca journal article dan menulis thesis.. sabor ye suki =)
Monday, February 2, 2015
Cendol Kuala Pilah
Cuaca panas mmg sesuai ler makan cendol kan..smlm cuti, apa lagi cari cendol sedap ler..org2 kuala pilah cakap cendol ni yang bertempat di bus stand Kuala Pilah memang terkenal..simple je..tp sedap sbb kata diaorg kedai ni guna gula enau untuk memaniskan cendol ni..so rasa di lain macam sedap sikit..hihi.nak pula makan tengahari kan..mmg tgh panas terik tu..sesuai sangat..harga pun amat ler murah...rm1.50 je semangkuk..sebab tu ada yang makan bermangkuk2..boleh letak kacang merah, jagung, pulut, aiskrim ataupun letak semua sekali hihi..paling mahal pun rm3.50..org2 kuala pilah ckp kalau bulan puasa ni beratur panjang orang beli cendol ni..siap bawa bekas masing2 hihi..semoga berpeluang makan cendol ni lagi..jauh tu dari KL =)
Subscribe to:
Posts (Atom)