Thursday, January 30, 2014

Selamat Bercuti Semua


Memandangkan sempena CNY semua bercuti panjang..mesti masing2 dah ada plan or aktiviti untuk long weekend ni kan..bagi yg berjalan jauh or balik kampung..hati2 di jalan raya..bagi yg takde plan mcm suki ni..hati2 semasa membuat plan supaya purse or wallet anda tak bocor..hihi...suki rasanya tak ke mana2 kot..sbb nak buat preparation masuk belajar..dup dap dup dap macam nak masuk darjah 1 blk je..emm mana nak cari pemadam wangi tu ye.. :p

Bye-bye January and welcome February 

Renungan Bersama


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."

.:Surah al-Kahf ayat 50:.



Wednesday, January 29, 2014

Tak berapa nak wordless


Teka-teki
.
.
Kalau anda pengunjung setia restoran mamak..yg mana satu adalah teh tarik
.
.


Tuesday, January 28, 2014

Chocolate and Emotion

Chocolate


How long does chocolate soothe a bad mood? Only 3 minutes according to a study by Macht & Mueller (2007) in the journal of Appetite. After that, the effect dissipates. 

However, the mood elevating properties depends on how good the chocolate is. Believe it or not, all chocolate is not created equally. In their study, subjects received different types of chocolate after the experimenters induced a bad mood. The impact on a negative mood only worked with the "palatable" or "good" chocolate.

The researchers hypothesized that the positive effects were due to the immediate sensory pleasure (taste on the tongue) and emotional associations with chocolate. It's unlikely that the chocolate impacted neurotransmitters or chemicals in the brain. This would generally take up to an hour. "Emotional eaters" seemed to get the most impact from the chocolate.

Monday, January 27, 2014

Macam tak je .. mmm


Korang dapat baca tak kat kerusi tu...dia tulis Original Kayu ... tp sebenarnya kerusi besi ... 
hah camno tu..hihi

Jangan Marah...lariiiii

Happy Monday!


Friday, January 24, 2014

Dosa Besar


Daripada Abdilllah bin Amru bin al-Asr RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa, membunuh manusia yang diharamkan pembunuhannya dan bersumpah palsu”.

Sumber : e-hadith

Patut ler kulit kering sekarang




Thursday, January 23, 2014

Deal With It



“Sometimes life knocks you down....get up, get up, get up!!! Happiness is not the absence of problems, it’s the ability to deal with them by completely trusting on Allah."

Jaga Mulut Tu or Jaga Jari Bila Menaip :)

 
Sumber : Utusan Online



SINGAPURA 22 Jan. - Seorang ekspatriat lelaki Britain yang melabel golongan menaiki pengangkutan awam negara ini sebagai 'orang miskin', meminta maaf hari ini selepas kenyataannya itu mencetuskan kemarahan ramai di Facebook.

Anton Casey, 39, seorang pengurus kewangan dalam permohonan maafnya berkata, dia sangat menghormati penduduk negara ini.

Casey yang berkahwin dengan warganegara republik ini, telah menerima status penduduk tetap Singapura.

Dalam kenyataannya di Facebook, Casey meminta supaya 'bau busuk daripada pengangkutan awam' dijauhkan daripadanya. - AFP

notakaki: Nasib baik takde yg bg penumbuk kan..sebab mulut badan binasa


Tuesday, January 21, 2014

Satay Station


Korang semua mesti dah pernah try makan kt Satay Station kan...kesian suki baru first time try last weekend..yg kt Kg Baru...best juga ye...selama ni asyik makan kt Hj Samuri Kajang je..buat apa jauh2..KL pun bersepah sate sedap...tp takleh makan selalu ler..gemuk2 sate dia...secucuk rm1.20...kang byk mkn sate sia2 je aktiviti jogging.. :p

Tp berbaloi ler dengan sate yg sedap, besar dan tmpt yg cantik dan bersih..thumbs up :)


Taman Tasik Titiwangsa


Asal nak jogging je gi taman tasik titiwangsa..padahal byk lg tempat jogging lain..tak tahu kenapa suka sangat jogging sini...sbb besar dan byk kemudahan kot..walaupun sekadar berjogging tp suki happy tgk cara hidup sihat org lain..masing2 ada agenda masing2 kt taman tasik tu...ada yg dtg main badminton..ada yg cycling...ada yg ajar anak2 main basikal..ada yg main kete lumba...tak kurang juga yg main bola atas air mcm dlm gambar tu..pendek kata semua yg di taman tasik tu mmg berpeluh ler dgn aktiviti masing2..mmg kurang ler nak tgk org sekadar melepak or berdating..malahan org berdating kot patut malu pada yg dtg bersukan or beriadah ni..ye ler..dari korang dok goyang kaki dating tu baik ler korang bawak reket badminton main sama2...baru kena tempat..nak dating gi shopping mall ler ..heheh..tp mmg bagus kan aktiviti2 sihat gini...harap kerajaan tempatan perbanyakkan lg tmpt beriadah gini...

Monday, January 20, 2014

Apabila shopping sudah tidak lg menyeronokkan...


Wanita dan shopping..shopping dan wanita...mmg tak dapat dipisahkan..walaupun takde plan nak beli barang tp mesti ada je yg dibelinya...walau belum gaji...wishlist dah panjang...itu ler hakikatnya...tp rasanya sekarang shopping sudah tidak menyeronokkan...mana taknya...barang keperluan dah naik mendadak..itu keperluan apa lg kalau kehendak...last weekend suki pegi beli barang keperluan di Body Shop..alangkah terkejutnya bila harga barang dah naik rm10...bkn rm1 or rm2 yg naik..ini rm10...bila kita tanya harga dah naik ke..staff tu ckp..naik rm5...ko takyah temberang...gue mmg pengguna tegar brg2 ni..harga semua dlm kepala je..bila kita ckp naik rm10 dia plak yg terkejut..emm sape staff sini..pastu check brg lain..naik rm10 gak..dia kata eh tak skincare je naik harga...adoiii nak tipu lg...itu yg dah sah2 terletak kt situ harga baru...dah ler suki pegang membercard situ..apsal tak maklumkan kenaikan harga yg teramat tinggi tu..maybe pada org lain kecik je kenaikan tu..tp pada suki yg belajar dan bekerja pada masa yg sama...rm10 kenaikkan amatlah besar :(


Thursday, January 16, 2014

How to Stay Healty


Eat Properly
The most important think is "moderation in all things". Don't over eat, and eat a variety of foods. Balance your intake. Eat more fruits and vegetables, whole grains, fat-free or low-fat milk and lean protein. Consume less fats, sugars, refined grains, sodium and dietary cholesterol.

Exercise
"Calories in and calories out" is a good focus. If you burn more calories than you consume, weight will drop. If you eat more calories than you burn, usually you will gain weight as the body stores the excess.

Sleep
Sleep is the great cure-all. It is a time when your body recovers, and when you immune system is improved. Even those who slept 6 hours or less who otherwise had no health problems had death rates 1.8 higher than those who slept "normal" hours. The average adult needs about 8 hours of sleep per night.

Source : http://www.forbes.com/

Sumber Kebaikan



Tiga manusia sumber kebaikan: 

1. Manusia yang mengutamakan diam (tidak banyak bicara) 
2. Manusia yang tidak melakukan ancaman 
3. Manusia yang banyak berzikir kepada Allah


~ Prof. Dr. Muhaya

Monday, January 13, 2014

Opportunity :)



Pelbagai Jenis Minyak Masak


Minyak masak terhasil daripada tumbuhan, namun terdapat juga minyak daripada haiwan yang wujud dalam bentuk pepejal pada suhu bilik seperti marjerin, mentega dan minyak sapi.

“Secara asasnya, semua minyak masak berasaskan tumbuhan tidak mengandungi kolestrol. Namun ia mempunyai komposisi kandungan yang berbeza berdasarkan strukturnya,” kata beliau.

Dalam satu kajian oleh saintis dari Amerika Syarikat pada tahun 2007 mendapati, pengambilan lemak tepu dan PUFA diperlukan untuk nisbah kolestrol LDL (kolestrol jahat)/ HDL (kolestrol baik) yang ideal dalam darah. Ini berikutan kedua-duanya menyumbangkan keseimbangan dalam proses metabolisme lipoprotein.

Disebabkan kandungan asid lemak tepu yang tinggi, minyak kelapa sawit dan kelapa sering digunakan untuk jenis masakan goreng rendam (deep fried) kerana strukturnya yang lebih stabil.

Kumpulan minyak sayuran lain seperti zaitun, kacang soya, bijan, bunga matahari, kanola dan jagung pula mengandungi kandungan MUFA dan PUFA yang tinggi manakala lemak tepu pula rendah.

Ini menjadikan minyak jenis itu sesuai untuk masakan tumis ringkas atau dimakan mentah.

Mungkin ada yang bertanya, jika minyak yang mengandungi MUFA dan PUFA baik, mengapa tidak digunakan untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak?

Selain harga yang tinggi, ia tidak sesuai kerana setiap jenis minyak, mempunyai tahap tertentu (smoke point) di mana jika dipanaskan pada suhu yang melebihi had ditetapkan menyebabkan ia mengeluarkan bahan toksik yang dipanggil 4-hydroxy-trans-2-nonel (HNE). Bahan itu, kata beliau, akan meningkatkan paras kolestrol dalam badan.

“Sebenarnya tidak sukar untuk mengenalpasti kandungan minyak masak kerana ia fakta nutrisinya sudah terkandung pada label produk.

Jenama bukanlah faktor utama yang menentukan baik atau tidak sesuatu jenis minyak masak, tetapi terpulang kepada sebanyak mana yang kita ambil dan bagaimana cara memilih kaedah masakan dalam menghasilkan hidangan yang menyihatkan.

*asid lemak mono tak tepu (MUFA)
*asid lemak poli tak tepu (PUFA).


Syor larang ambil pekerja asing di semua restoran



Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing di semua restoran dan bukan setakat restoran makanan segera bagi mengelak negara terus dibanjiri pekerja asing. 

Presiden CUEPACS, Azih Musa, berkata ini berikutan ramai pekerja tempatan berkelayakan bekerja dalam sektor makanan masih menganggur akibat tindakan majikan mengutamakan pekerja asing.

“Pengambilan pekerja asing perlu dihadkan kerana jika kita terlalu membuka peluang kepada mereka akhirnya sektor itu akan dimonopoli oleh mereka dan bukan orang tempatan. 

“Di hotel dan restoran keluarga contohnya, majoriti pekerja bukan pekerja tempatan. Adakah mereka tidak layak untuk bekerja? Sedangkan ramai mahasiswa jauh lebih berkelayakan tetapi tidak diberikan peluang. Majikan lebih mementingkan pengurangan kos tanpa memikirkan kesan jangka panjang,” katanya.


notakaki : Setuju 200% .. boring bila order je tak paham..masalah komunikasi :(

Thursday, January 9, 2014

Hidangan Apakah Ini


Kalau anda terer, hidangan apakah dalam gambr di atas...
pemenangnya takde hadiah..hihi..