Friday, September 28, 2012

Campus Election



PETALING JAYA: Universiti Malaya's (UM) Pro-Mahasiswa students want to disqualify four campus polls winners, claiming they were ineligible to contest in the first place. The students are also seeking to disqualify another candidate, who will be standing as a candidate in a new election on Friday. Pro-Mahasiswa UM acting chairman Syis Abdul Kadir claimed that the candidates should be disqualified as they were in their last stages of their studies. “The university's constitution states that 'The members of the Undergraduates' Reptesentatives Council and its office bearers shall be elected for one year'. “This means that these students are not eligible to be representatives as they will complete their studies after their final examinations in June. “We urge the vice-chancellor to disqualify these candidates... we are prepared to drag this case to court if the university does not give a positive response,” he said in a statement on Thursday. UM held its campus polls on Sept 25. The Pro-Mahasiswa captured 20 seats while 19 went to the Pro-Aspirasi with independent candidates bagging two seats.
Another two seats were tied. The university will hold a re-election for these two seats on Friday and announce the final results of the overall polls on the same day. When contacted, Syis claimed that Pro-Mahasiswa went through the required university procedure of protesting campus polls winners.
“We protested against these candidates during the nominations itself, but we were unsuccessful. “This time the administration promised to hold a proceeding with the appeals committee to hear our protest, but it never happened,” he claimed.

Thursday, September 27, 2012

Sweet Notes




Umbrella can't stop the rain,
But make us stand in rain
Confidence may not bring success,
But gives power to face any
challenge in life



Honda Civic

Kereta pilihan minggu ini adalah Honda Civic..jom layan gambar dan pricing nya...:)

.
.
.
.
.
Click to enlarge

Source : www.honda.com.m





Mara Oh Mara


Kehadapan Mara especially Eduloan Mara especially staff yang handle pelajar2 yang mohon pinjaman pelajaran tersebut. Berminggu-minggu cuba call dari sebelum raya sampai ler ke hari ni...jumlah dilayan oleh diaorg boleh dikatakan around 3-4 kali je jawab call..kenapa ler tak pernah jawab call kalau kitaorg tepon..bukan sengaja nak susahkan keje korang tp sbb kitaorg ada dateline utk bayar yuran dan juga ada dateline untuk add and drop subject..kalau tak ganggu pembelajaran kitaorg takpe...korang boleh ler bersuka ria di ofis sana..kalau tak jawap call masa sebelum raya tu paham ler sbb semua dah sibuk gi shopping kt sogo tak pun jalan TAR sbb dekat je ngan ofis korang kan..tp ni dah sebulan lepas raya still tak jawap call, nape?? kalau korang cuti takde ke staff yang ganti..tkkan korang cuti sebulan lamanya..tolong ler kitaorg ye..kitaorg ni masalahnya rajin study..sbb tu suka kacau korang..lepas ni nak further phd lak..kacau korang lagi..so please settlekan urusan kitaorg dengan cara yang paling professional..thank you in advance


Rambut Sihat

Thanks to Mr Google

Rambut yang sihat menjadi idaman setiap wanita kan...lelaki jua..tp rambut lelaki pendek..tak susah nak jaga sangat..rahsia untuk dapatkan rambut sihat adalalah dari pemakanan yang sihat. Antara makanan-makanan yang penting untuk diamalkan untuk mendapatkan rambut yang sihat adalah seperti di bawah :-

1)Ikan salmon
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3)Buah segar
Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4)Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

5)Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6)Telur
Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.

7)Bijirin
Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8)Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut.

9)Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.


Tuesday, September 25, 2012

25 September 2012




Cake



Nape tekak rasa nak makan kek ni...ada birthday sape2 ke arini..ahaks...ayat pancing tu...kita listkan birthday selebriti yg kita tahu jatuh pada hari ni...

~: Will Smith
~: Catherine Zeta Jones
~: Heather Locklear
~: Christopher Reeve


Bedroom Wallpaper

Looking for a new look of my bedroom. Sedang mencari wallpaper yang sesuai dan juga cara baru untuk menghias bilik. Bilik tidur kena hias bagai sebaiknya sbb itu ler satu2nya tempat untuk berehat setelah seharian penat bekerja dan belajar. Tidur yang kualiti menyumbang kepada kesihatan yang baik. Jom terjah contoh2 bilik tidur yang telah dihias rapi.




Thanks to Mr Google


Monday, September 24, 2012

Thought for the Day

"Do you know the difference between education and experience?
Education is when you read the fine print;
experience is what you get when you don't."

-Pete Seeger-

Source : http://homeinsteaders.org/

Valentine Roti

Thanks to Mr Google

First time lagi...asyik first time je...ye ler minggu lepas adalah minggu utk test kedai2 yg belum penah try..selalu lalu tepi kedai ni tp tak penah pun try sbb di siang hari nmpk mcm kedai yg dah ditinggalkan, tak tahu lak kedai tu masih beroperasi dan happening di malam hari..

Semua ni secara kebetulan..malam minggu sengaja kuar rumah nak ngeteh..asalnya target port area2 rumah je..ntah camner bleh terlajak smpi jalan semarak..bagi yg tak tahu valentine roti ni just opposite menara celcom yg gah itu...kedai mmg nampak naif bebenor tp kalau jeling kete2 yang park utk ke kedai tu semua nya ala2 kete valet parking kt BSC je..melampau sgt perbandingan tu kan..tp takpe..sekadar perbandingan..

Mula2 takleh agak juga apakah jenis kedai ni...dari nama tak menunjukkan jenis makanan dia..adakah bakeri ataupun warung tomyam atau sebagainya {pdhal dah tertulis best roti canai, still tak nampak}...bila dah masuk rupanya kedai mamak gak..tp warung ler..kebanyakan yg ke situ..order lebih dari satu jenis makanan..kebanyakan ok...dimulakan dengan roti canai dan seangkatan dengannya pastu disudahi dengan makanan berat lak macam sup, mee dan sebagainya..terer ek korang..yg bestnya time tu adalah 10 mlm ke atas..gaya makan mcm baru nak dinner kan..padahal dan supper pun...hehehhe..sekali sekala boleh tp jangan selalu ye...

So far kedai tu ok ler utk lepak2...tp nak komen skit bleh?? jaga ler kebersihan wahai tuan kedai yg comel lotey itu..rasanya kalau bersih lagi best utk lepak..itu je komen dari saya yg serba kekurangan ini..


Tea Time @ Bangsar Village


Selalu jugak ler ke Bangsar Village tp tempat minum ni pertama kali pegi..agaknya sbb banyak sgt cafe dan restaurant kt dalam mall tu plus di luar pun sama banyak .. so terlepas pandang Citrus Cafe ni..first time try kt sni..best gak...decoration cantik..bersih cuma takde tempat basuh tangan je..mmg kita makan pakai sudu garfu tp still nak makan dlm keadaan tangan yg bersih kan..emmm faktor kebersihan kena jaga beb..ada ke patut sape2 yg nak basuh tangan kena masuk dlm kaunter tmpt cashier dia..hehehehe...mmg tak patut..




Service Kereta


Melawat pusat servis kete weekend lepas bukan ler sbb dah cukup milage ataupun kete meragam tp just curious sbb kete tak boleh autolock pintu dia bila kete dah mula gerak sebaliknya kena manually locked bila kita masuk kete..agak pelik kan utk kete2 baru sbb dah 2 kete before ni semuanya autolock dlm masa 30 seconds ataupun bila dah bbrp km bergerak..bila check yg version luar negara semuanya boleh..so dengan perasaan yg curious kitaorg pun gerak ke pusat servis yg biasa kitaorg pegi, check punya check rupanya mmg keluaran baru ni utk edisi malaysia terpaksa dikeluarkan dari spec dia punya autolock, reasonnya...JPJ tak lepas..emm tak tahu ler dari segi teknikalnya kenapa kan..adalah ler tu..takpe2..tak marah pun cuma kena beringat ler utk lock selalu...:)




Friday, September 21, 2012

Enjoy Your Weekend



Yeahh, finally it's a week end..so apa plan untuk weekend kali ni...mesti korang nak :-

>> tgk wayang
>> lepak ngan kengkawan
>> balik kampung {mana yg dekat ler}
>> kemas rumah
>> pusing mall
>> shopping and shopping till u drop
>> jemputan majlis2 kahwin, besday, etc.

semua boleh buat tp buat sesiapa yg ada ASSIGNMENT dan kena submit next week..jgn buat2 lupa ye...{peringatan utk diri sendiri} 


Mutiara Kata




"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca 
kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana 
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu 
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal 
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat 
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat
 itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa." 





5 Condominium Termahal di KL

Any info yg berkaitan dengan statistik akan cepat berubah faktanya...so this is an info on top 5 most expensive condominium in KL in 2011 maybe it's a little bit different today...just for sharing...sharing is caring maaa....:) enjoy the list..

1. One KL 
----> 94 apartments with 95 swimming pools
----> Jalan Pinang, KL

One KL



















2.  The Troika
----> 2 units per floor
----> Jalan Binjai, KL

The Troika



















3.  K Residence
----> 50 storeys
----> Jalan Ampang, KL
K Residence















4.  The Meritz
----> Units with 2 rooms, units with 3 rooms and duplex penthouses
----> Jalan Mayang, Ampang, KL
The Meritz
















5.  Marc Residence
---->  Jalan Pinang, KL

Tahniah Shila Amzah

Gambar dari Beautifulnara

SHANGHAI- Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi.
Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.
Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:
Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting :) Lets trending #TahniahShilaAmzah :)
Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.(MURAI.COM.MY)



Thursday, September 20, 2012

Tips Menjaga Emas Putih



Bagi penggemar emas putih..ada cara2 utk menjaganya dan juga utk mengekalkan kilauannya. Antaranya adalah seperti :

1.  Jangan simpan emas putih dan emas kuning dalam satu bekas yg sama kerana ini akan mengakibatkan emas putih akan hilang kilauannya

2.  Emas putih perlu disadur semula selepas 12 hingga 18 bulan kerana saduran rodium akan terhakis.

3. Simpan dalam bekas berasingan kerana bimbang ia akan bergesel dan menyebabkan calar pada barang kemas tersebut.

Selamat Mencuba!


Credit to : http://toyu2u.wordpress.comhttp://misstuera.blogspot.com


Teman Pengganti : Black ft Malique




Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita

Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi

Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti





Shopping Online

Sape2 yg berminat nak cari jubah2 cun, boleh ler ke blog kwnku yg seorang ni Alkisa Emuslima
Takde dpt komisen apa2 utk iklankan ni...just suka-suka nak promote..
Jangan lupa ke sana ye wahai blogger sekalian...



Antara produk yg dijual di sana seperti dibawah ni :-